Meskipun mempunyai jadual masa yang padat, Datuk Wira Dr. Azizan Osman mencari jalan bagi menyediakan dirinya untuk sentiasa ke hadapan dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Mentor usahawan itu terpaksa mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini agar memberikan kelebihan persaingan buat usahawan di bawah bimbingannya.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, beliau merupakan role-model kepada warga syarikat dan semua anak didik bimbingannya bila mana tidak pernah berhenti mencari ilmu-ilmu baharu walaupun sudah terbukti kepakarannya membimbing usahawan.
Katanya, Dr. Azizan bukan hanya pergi belajar malah mengolah dan lakukan tindakan bagi membuktikan keberhasilan perkara yang dipelajari.
“Bayangkan meskipun ketika musim sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, beliau sanggup meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu.
“Dr. Azizan bukan saja cakap malah melakukan apa yang disebut kepada ramai bangsa usahawan di luar sana,” katanya mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian ketika sesi konvokesyen Asia e University (AeU) yang merupakan universiti swasta bertaraf global dengan Akreditasi MQA bagi ijazah doktor falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan sejak 2010 di mana tesis Dr. Azizan bertajuk Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia di World Trade Centre Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.
Pada majlis konvokesyen tersebut, kejayaan Azizan turut disaksikan oleh ibu Mariah Ahmad serta isteri tersayang yang menjadi tulang belakang kejayaannya selama ini.
Petua yang menjadi pegangan figura keusahawanan, Datuk Dr Azizan Osman ini amat mudah. Kuncinya terletak pada ibunya, Mariah Ahmad.
Biar betapa sibuk pun dengan urusan membina empayar perniagaannya, Azizan yang juga mentor usahawan terkenal percaya, membuatkan ibunya gembira dan bahagia adalah asbab kepada rezeki yang dinikmatinya hari ini.
Ads
“Walau macam mana sibuk sekalipun dengan urusan, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak iaitu emak mesti happy,” kata Azizan secara terus terang.
Hasrat di hati sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan Azizan mudah hadam ilmu dan sekali gus, beliau cemerlang dalam akademik.
“Menyantuni kehidupan dengan berpegang kepada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling.
“Ini merupakan jambatan rezeki yang melimpah ruah dalam perniagaan yang kita jalani,” ujar Azizan yang dikagumi ribuan usahawan protégé sambil menambah, beliau sentiasa bersiapsiaga untuk menempuh hari-hari mendatang dengan memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Ads
“Isteri saya juga ada KPInya. Saya akan selalu mencari masa untuk bersama-sama dengan isteri dan anak-anak.
Tambah Radz, selain membimbing secara dekat sekitar 300 usahawan jutawan di RichWorks, Dr. Azizan kini mempunyai tanggungjawab besar apabila dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.
Dalam pada itu, Dr. Azizan ketika ditemui memberitahu, beliau sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diterimanya itu.
“Matlamat saya untuk mempersiapkan diri agar dapat terus memberikan nilai dan panduan berkesan buat bangsa usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.
“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi untuk diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya.
Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan passion dirinya untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon Rashidi Ishak yang cukup terkenal dengan drama Kampung People. Bekas suami kepada pelakon Vanidah Imran ini kini mengakui dirinya sedang diulit bahagia selepas mendirikan rumahtanngga bersama isteri barunya, Wan Hazliza yang juga pengarah drama terkenal.
Menurut sumber Harian Metro, Rashidi Ishak diminta mengimbas episod awal perkenalannnya dengan Wan Hazliza.
Jelas Rashidi, dia mengajak Wan Haslina berkahwin secara spontan tanpa membuat perancangan majlis perkahwinan besar-besaran. “Kami mulai rapat selepas terbabit dalam penggambaran drama Kampung People 2 sejak tiga tahun lalu kerana saya banyak membantu Wan Hasliza di belakang tabir sepanjang penggambaran.
Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang berlangsung pada Februari lalu itu diadakan secara sederhana atas faktor usia.
“Saya juga tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan percintaan kami, cuma saya dan isteri sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan tertutup sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkahwinan kali keduanya, Rashidi berkata, dia bersyukur keluarga dan anak-anaknya menerima dengan hati terbuka apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin semula.
“Dua anak saya pun sudah dewasa, jadi mereka sangat memahami dan menerima keputusan saya untuk bernikah semula dengan hati terbuka,” katanya.
Terdahulu, Rashidi pernah berkahwin dengan pelakon Vanidah Imran pada Oktober 2000, namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu berakhir pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 22 dan Mariyam Rashika, 19.
Alhamdulillah, hubungan keluarga Shila Amzah dilihat kembali pulih selepas kelibat bapa, ibu dan adik-beradik penyanyi ini hadir ke majlis akikah cahaya mata baharunya iaitu Rhea Akira berlangsung pada 28 September lepas.
Kisah keluarga pelantun lagu Selamanya Cinta ini pernah menjadi perhatian pada Oktober tahun lalu ekoran keputusan Shila mahu menjual kediaman banglo miliknya di Hulu Langat yang didiami ibu, Fauziah Sarman dan adik-beradiknya, Syada Amzah dan Syahir.
Pun begitu, keluarga ini kembali bersatu dalam majlis akikah Rhea Akira termasuk kehadiran bapa Shila iaitu Dato’ ND Lala yang sudah pun berpisah dengan ibu Shila.
Dalam majlis tersebut, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah anggun mengenakan persalinan rona putih sedondon suami tercinta, Ubai dan anak kesayangan iaitu Seth Uwais dan Rhea Akira.
“Just a day before we went to China, we had an akikah celebration for our daughter Rhea Akira.
Terima kasih buat semua family dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami.”
Antara rakan artis yang hadir ialah Fara Fauzana.
Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata kedua yang juga bayi perempuan pada 9 Mei lepas.
Sementara itu, penyanyi berusia 34 tahun berkenaan kini sedang bertanding dalam sebuah program hiburan di Negara Tembok Besar China iaitu Singing with Legends dan penyertaan Shila mendapat sambutan hangat peminat di sana.
Mengimbas karier seni Shila, dia sebelum ini pernah merangkul gelaran Juara Asean Wave 2012 dan melakar nama di persada seni di negara China.
Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli pada 5 Ogos 2023. Menerusi perkahwinan terdahulu Shila, selebriti ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Seth Uwais yang kini berusia enam tahun.
Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.
Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.
Terbaharu, dilancarkan pula Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 pada 3 Mac lalu dalam satu majlis glamor bertemakan Timur Tengah di Glam Hall, Damansara dengan sentuhan dekorasi, Mahligai Creative.
Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama dan duta ‘kecil’ jenama inai berkenaan, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.
“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.
“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.
“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” kata Che Ta.
Tambah Che Ta lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.
“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kata Che Ta.
Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.
“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua.
“Untuk butiran lanjut boleh ke laman sosial, @Mazaville di platform Instagram dan TikTok,” kata Anas.
Pada acara gilang gemilang penuh mega itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.
Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit. Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke 50 tahun 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah bernilai RM100,000!.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.