Aura hebat pelakon bertaraf antarabangsa, Dato’ Shah Rukh Khan (SRK) bertebaran ke seluruh pelosok dunia. Manakan tidak, bakat lakonan semula jadi yang ada dalam dirinya membuatkan namanya terkenal di seluruh dunia. Sumbangan beliau terhadap dunia lakonan tidak boleh dipertikaikan lagi setelah memenangi banyak anugerah di dalam dan luar negaranya.
Nama Dato’ SRK terus mewangi apabila aktif menjalankan aktiviti kemanusiaan sehingga diiktiraf menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang kemanusiaan (Philanthropy) dari University of Law, London. Sebelum ini Raja Bollywood ini telah menerima pengiktirafan yang sama dari University of Bedfordshire dan University of Edinburgh.
Anugerah tertinggi ini dihulurkan kepada Dato’ SRK sebagai pengiktirafan karyanya dalam memperjuangkan hak asasi manusia, akses kepada keadilan dan pengurangan jenayah.
Ads
Dalam ucapan yang diberikan oleh Dato’ SRK selepas menerima anugerah tersebut, “The acid attack victims are the bravest women I have met in my life. They have suffered tremendously,” katanya yang bekerja keras di bawah badan kebajikan naungannya, Meer Foundation. Badan kebajikan ini berusaha untuk memperkasakan mangsa serangan asid di sana.
Ads
Dato’ SRK memulakan kerja amalnya dengan memperjuangkan hak asasi manusia di India dan sentiasa memberi sokongan kepada kempen kerajaan India.
Ads
Dato’ SRK turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada University of Law, London di laman media sosialnya, “Thank u for the honour @universityoflaw and my best wishes to the graduating students. It will encourage our team at @MeerFoundation to strive ‘selfishly’ to share more,” ucap suami kepada Datin Gauri Chibber ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina baru sahaja selamat melahirkan anak kedua, semalam. Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama Rayqal Arees. Berita gembira itu telah dikongsi oleh Aina dan suaminya, Hafiz Mahamad menerusi satu posting di akaun Instagram masing-masing.
Nursyafiqah Aina Abdul Wahab merupakan pengasas bersama produk kecantikan Ainaa Beauty dan Ainaa Clinic bersama suaminya.
“Assalamualaikum Rayqal Arees. Semangat anak lelaki Daddy & Mummy (3.59KG)”
@raisyaarisa nak tengok adik?
“Ya Allah, ramai sangat yang mendoakan Rayqal pun anak awak juga, Terima kasih Awak sahabat sahabat saya.
Dengan perkongsian tersebut, rata-rata para pengikutnya meluahkan rasa gembira dan syukur sambil menitipkan ucapan tahniah buat Aina dan Hafiz. Tak kurang juga ada yang memuji kecomelan bayi kedua mereka walaupun wajahnya masih dirahsiakan.
Terbaharu, Hafiz turut menitipkan pesanan penuh bermakna buat anak Rayqal. Titipan itu mendapat lebih dari 100 ribu tanda suka dari para pengikutnya.
“Ketika aku menulis ini, awak masih lagi berusia baru 18 jam.Rayqal Arees, Daddy syukur awak datang dalam kehidupan kami dalam keadaan sihat, semangat & Daddy tahu awak adalah “lelaki hebat”
“Wahai anak lelaki ku,Seperti mana pun keadaan mu, “Jangan pernah lupa tentang ibu mu”. Besar jasa ibu mu, jagalah hati Mummy hingga nafas yang terakhir.
“Mummy awak seorang yang cantik, lembut. Puji & jagalah dia seperti mana “atuk” kamu menjaga Mummy. Jangan pernah biarkan dia menangis kerana kecewa ataupun dihina manusia. Ibu mu kuat menjaga kamu & kamu “anak lelaki” Daddy pun harus kuat untuk menjaga keluarga.
“Jika setitis air mata ibu mu jatuh,“Ambil penting perkara itu!” Tanya dia sehingga kamu dapat jawapan. Mummy kamu suka sembunyikan.. Tanya sampai dapat jawapan.
“Jika menitis kerana dia bangga dengan perjuangan kamu, kamu harus teruskan. Jika menitis kerana manusia lain, kamu harus kuat, bijak & tahu “bagaimana untuk menguruskan”
“Membesar & belajaralah anak kuRayqal, jangan merendahkan orang yang kamu rasa dia lemah. Angkat darjat & pimpin mereka yang dalam keadaan lemah. Wujudkan jiwa “pemimpin” dalam diri kamu.
“Jangan pernah sombong, kerana asal usul orang tuamu juga seperti mereka. Orang-orang ini adalah sahabat-sahabat ku & mereka yang menghulur doa untuk keluarga, perniagaan kita & “KAMU”. Kamu terhutang budi dengan mereka, membesarlah kamu untuk membantu Ummah
“@ainaabeautyofficial, ini punca rezeki Daddy & Mummy. Di dalam ni ada pasukan & hamba Allah yang perlu kamu hormati. 1 hari nanti, jika mereka memanjakanmu & memanggilmu “anak boss”. “Tundukkan muka mu” & berlatih untuk “merendah diri”.
“Rayqal, ini hadiah untuk kamu. Hadiah Daddy adalah, “Amanah” untuk kamu. Daddy akan mendidik kamu untuk menjadi “lelaki yang sebenar”. Jalankan tugas mu wahai anak. Kayakan lah ibumu, ingat pesan ini.
“Carilah kejayaan yang sebenar dalam hidupmu. Membesar, cari & kenal lah ayat yang terakhir ini. Apa dia?Ini yang selalu Daddy pegang & jadikan prinsip hidup.
“Kejayaan Demi Kebahagiaan”Kamu akan faham nanti.
Hafiz Mahamad Insan yang hanya menumpang rezeki isteri AINAA & anak anak Raisya & Rayqal
Semoga Aina dan Hafiz makin bahagia bersama keluarga tersayang. Semoga Rayqal dan Raisya Narisa menjadi anak yang soleh dan solehah serta berbakti kepada ibu bapa dan ummah.
Untuk rekod, Aina dan Hafiz berkahwin pada 24 November 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa.
Pernah digelar sebagai pasangan kekasih viral, mereka seringkali tular dengan isu yang mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya di media sosial.
Kredit Foto: Instagram Syafiqah Aina & Hafiz Mahamad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahagia sungguh melihat pasangan selebriti ini yang semakin berjaya dalam perniagaan. Bukan hanya Sarah malah Shuib sendiri sudah mempunyai empayar perniagaannya sendiri. ‘Tokey’ Bumblebee Malaysia ini bertambah murah rezeki bila rezeki yang ada dikongsi bersama isteri tercinta, Siti Sarah.
Rata-rata netizen memberikan semangat dan memuji cara Shuib melayan isterinya. Komen-komen di laman media sosial begitu positif dan ada yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Tentunya ketiga-tiga anak pasangan ini, Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin adalah yang paling gembira!
“Sebagai seorang ketua keluarga, besar harapan saya untuk menjaga keluarga kami dengan baik. Saya akui, saya seorang workaholic dan semuanya saya lakukan demi keluarga, isteri dan anak-anak khususnya. Teringat lagi tiga tahun lalu kami berhadapan dengan masalah kewangan. Susah apabila kami tidak ada pendapatan tetap ditambah pula ketika itu anak-anak sedang membesar.
Dulu demi cari duit, macam-macam pertandingan saya masuk. Stres jangan cakaplah kerana untuk menawan hati penonton, kami perlu pecah kepala mencari idea. Keinginan untuk menang pertandingan sangat tinggi. Nak tak nak, kami perlu teruskan juga walaupun terpaksa tinggalkan keluarga.
Lebih sedih lagi, ketika Uwais dilahirkan, saya terpaksa meminjam duit daripada orang lain kerana pada waktu itu saya tak mampu. Sarah sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah patah semangat walaupun dia melalui kesusahan ketika bersama saya.
Sikap Sarah itulah yang menjadi penguat semangat untuk saya bekerja lebih kuat. In real life, money means everything. Dari situ, barulah datangnya bahagia. Sedikit kesenangan yang Allah pinjamkan inilah menguatkan lagi hubungan saya dengan Yang Maha Esa,” ujar Shuib.
Siti Sarah sendiri aktif menerajui tiga cabang perniagaan iaitu Ratasya Cosmetics, Loveta Scarves by Siti Sarah dan Ratasya Care. Pendek kata, pasangan ini memang sedang bersaing hebat mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Tidak hairanlah jika impian Shuib akan terlaksana nanti.
“Saya merancang untuk membina sebuah perkampungan yang boleh mengumpulkan seluruh ahli keluarga kami termasuk ibu bapa dan adik-beradik. Minat saya terhadap suasana hutan dan lereng-lereng bukit bagai menjadi lokasi indah untuk kami sekeluarga berhimpun.
Bagi kami, family is number one! Macam sekarang pun, saya bawa keluarga Sarah ke Puchong untuk sama-sama bekerja dan menjayakan perniagaan yang kami jalankan. Target saya, 1 Januari 2029 nanti perkampungan Shuib sudah boleh didiami,”katanya mengakhiri perbualan.”kata Shuib.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membina empayar perniagaan bukan suatu tugas yang mudah dan memerlukan kekuatan seputar 360 darjah. Cabaran berniaga itu berliku-liku, tapi berjaya ditempuh oleh usahawan sarung tangan yang tersohor ini.
“Saya bermula dari bawah, malah sejujurnya saya sendiri yang memasarkan sarung tangan buatan tempatan berasaskan kain kapas ini dari pintu ke pintu.
Masa itu, cabaran utama sudah tentulah dengan lambakan produk dari negara China yang jauh lebih murah daripada produk tempatan.
Tapi disebabkan keyakinan terhadap kualiti produk sendiri, saya bersyukur kerana sarung tangan kami mula diterima pengguna dan akhirnya berjaya mendominasi pasaran sarung tangan di Malaysia,” tutur Dato’ Jennifer Ong membuka mukadimah.
Kewibawaannya tidak perlu disangkal lagi. Dato’ Jennifer pernah dinobatkan dengan beberapa anugerah termasuk Asia Pacific Most Promising Woman Entrepreneur Award 2014, Asia Top Business Award 2016 dan 100 Most Influential Young Entrepreneur 2016. Beliau turut tersenarai di Malaysian Book of Records dalam kategori Women Achievement 2017.
“Percaya tak, di universiti dulu saya tak pernah ambil jurusan perniagaan kerana lebih tertarik dengan dunia perhotelan.
Sebabnya waktu kecil dulu, saya teruja bercuti di hotel-hotel besar sampaikan berhasrat nak menceburi bidang perhotelan yang glamor. Tapi sebaik tamat pengajian dan pulang ke tanah air, lain pula jadinya,” kata Pengarah Urusan JO Glove tersebut.
Anak Malaysia
Walaupun masih muda dan menguasai sebuah organisasi di bawah telunjuknya, wanita kelahiran Perak ini bangga bergelar bangsa Malaysia. Megah membawa diri ke merata pelosok dunia sebagai anak Malaysia yang merdeka.
“Saya tak pernah malu untuk memperkenalkan diri sebagai warganegara Malaysia. Definisi merdeka bagi saya adalah sebuah negara berdaulat yang mempunyai kebebasan, hak kewibawaan dan kuasa.
Laungan kemerdekaan pada tahun 1957 itu benar-benar menyentak nurani. Saya sangat mengagumi tokoh kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kerana semangat yang tidak pernah padam menuntut kemerdekaan dari kerajaan British.
Sebenarnya sejak zaman remaja, saya dihantar menuntut ilmu di Amerika Syarikat dan menghabiskan masa membesar di sana. Budaya di sana, semua orang dilayan sama rata.
Kini apabila memegang sebuah organisasi sendiri, saya tekad membentuk syarikat mengikut acuan yang adil dan saksama.
Tiada perbezaan bangsa dalam organisasi syarikat dan saya selalu memberi peluang kepada sesiapa sahaja. Pembantu peribadi saya pun seorang wanita India yang sangat cekap dan setia bersama saya selama hampir 10 tahun lamanya.
Pada saya perbezaan bangsa bukan penghalang untuk mengecap sebuah kejayaan, yang penting mereka boleh dipercayai dan jujur ketika bekerja.
Cuma sejak beberapa bulan lalu, saya masih terbawa-bawa dengan kesedihan selepas pemergian bapa. Mendiang seorang yang peramah dan baik hati.
Ketika hari pengebumiannya, terlalu ramai orang datang untuk memberi penghormatan terakhir. Terngiang-ngiang kata-kata yang sering diucapkan ketika kami bersama dahulu.
Dia pesan agar kita sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain tak kira siapa pun,” akhiri bekas penuntut jurusan Pengurusan Hospitaliti, di salah sebuah universiti Knoxville, Amerika Syarikat itu. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.