Besar kasih sayang seorang ibu. Walau anak tersayang sudah berkahwin, bergelar ibu dan mempunyai keluarga sendiri, kasih sayang ibu tak pernah ‘terpadam’. Begitu jugalah perasaan Datin Noor Kartini terhadap anaknya, Noor Nabila yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada 4 September lepas.

Ads

Dalam posting Datin Noor Kartini, ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa ini menzahirkan ucapan teristimewa buat Nabila yang disifatkan seorang anak yang penyayang.

Kongsinya, “Anakku sayang yang ku kasihi hingga ke hujung nyawaku. Happy Birthday permata hatiku. Syukur Allah kau kurniakanku puteri yang penyayang, yang sentiasa menjadi temanku.

Ya Allah peliharalah, lindungilah dan cintailah anakku. Ya Allah rahmatilah dan berkatilah anakku ini. Ya Allah tinggikan darjatnya, makbulkan doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan cita-citanya.

‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila ‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila ‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila

Ya Allah kurniakan umur yang barokah untuknya, umur yang panjang dan rezeki yang tidak pernah disangka-sangka. Ya Allah kurniakan kebahagiaan untuknya, kurniakan kasih sayang setiap yang bersamanya. Ya Allah ku mohon redailah anakku ini kerna aku telah pun meredainya. Amiiin Allahhumma Ammiiin.

Ads

Terima kasih Nabila menjadi anak yang sempurna untuk mama, love you my baby Bella. Happy Birthday.”

Tersentuh dengan ucapan penuh kasih sayang Datin Noor Kartini. Mereka bukan hanya akrab malah mengusahakan perniagaan Naelofar dan minuman kesihatan Kucate bersama-sama. Datin Noor Kartini misalnya turut menguruskan empayar Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen. Manakala Nabila pula membina empayar Bukuh KL.

Ads

‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila ‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila ‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila ‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila ‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila

Dalam pada itu, Nabila memberikan reaksi berikut terhadap ucapan terindah ibu tersayang. “I love you mama. Terima kasih kerana melahirkanku. I love you so much.”

Nabila sah bergelar isteri Engku Emran Engku Zainal Abidin 19 Mac tahun lepas. Sebelum ini Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia empat tahun.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI