Pereka fesyen terkenal ini sentiasa menjadi perhatian kala minggu fesyen berlangsung kerana kreativiti dan juga cara persembahan yang cukup kreatif. Ketika Kuala Lumpur Fashion Week 2017 yang lalu, dia mempersembahkan koleksi yang diberi nama ‘The Interiors’. Bertepatan dengan konsep ini, di atas pentas peragaan daripada mula ke hujung setiap sudut dihias dengan pelbagai jenis kerusi mewah.
IKLAN
Koleksi ‘The Interiors’ ini sebenarnya bertepatan dengan penjenamaan semula sekali gus mengejutkan tetamu dengan satu arah fesyen yang lebih segar dan baru. Walaupun begitu pereka fesyen ini masih kekal dengan signaturnya agar DNA jenama ini tidak hilang. Menjadikan koleksi ini lebih istimewa, Melinda menjadikan corak cetakan imaginasi daripada koleksi lukisannya sendiri sebagai asas kepada pembinaan koleksi secara keseluruhan.
IKLAN
Merealisasikan corak ke atas fabrik yang dipilih, Melinda berkolaborasi dengan Epson yang menggunakan kepakaran cetakan teknologi terkini mereka lantas menghasilkan sehelai fabrik yang cukup mewah. Daripada segi rekaan siluet busana, kebanyakan rekaan menerapkan gaya longgar dan juga potongan tidak simetri yang diserikan dengan perincian seperti lipatan lisu dan ropol. Daripada gaya gaun pendek, gaun panjang, jaket dan juga persalinan sut warna-warna yang diserlahkan cukup memukau pandangan.
Sejak kebelakangan ini, perniagaan hijab yang diusahakan oleh Fazura dikatakan mendapat sambutan luar biasa. Dengan harga serendah RM27, banyak pelanggan berebut-rebut mendapatkan Tudung Fazura, iaitu himpunan tudung empat segi atau bawal dengan motif flora.
Penglibatan Fazura dalam bidang keusahawanan bukan lagi rahsia. Terdahulu pelakon Gol & Gincu ini menceburi perniagaan fesyen melalui House of Doll. Pernah juga mengeluarkan rangkaian haruman badan di bawah nama Mystical by Fazura dan rangkaian produk kecantikan di bawah label Fazura Skincare.
Menjelang musim pandemik ini, usaha ibu kepada si comel Nur Fatima Aisya bertambah ligat dengan pelancaran Tudung Fazura. Perniagaan hijab ini jelas mempunyai hikmah tersendiri kerana selain menambah pendapatan, ia juga boleh menjadi permulaan perubahan imej seseorang.
SENI TUDUNG BAWAL
Sebenarnya seni penggayaan hijab bukanlah tentang siapa pemakainya, tapi kesesuaian tudung dengan bentuk muka seseorang dan baju yang dikenakan. Tak semua orang sesuai dengan gaya tudung bawal dan tak semua juga sesuai dengan gaya selendang @ shawl. Pada akhirnya ia berbalik pada karakter serta bentuk muka kita sendiri.
Jom semak inspirasi gaya Fazura dalam tudung empat segi ni. Pakai ringkas-ringkas pun tetap nampak bergaya!
(1) Tudung bawal rona nude dengan baju kurung
Nampak sopan dan manis gaya begini dikenakan dengan baju kurung. Terserlah wajah ‘mak mak’ Fazura!
(2) Gaya ‘Zoom-Meeting Ready’
Walaupun bekerja dari rumah tapi tetap bergaya dengan fesyen begini. Siap untuk bermesyuarat online!
(3) Gaya ikatan effortless untuk ke pasar raya
Fazura tetap stailo walaupun sekadar untuk shopping grocery! Cermin mata hitam pelengkap gaya santai
(4) Dah lengkap 2 vaksin? Ayuh kembali bekerja!
Profesional dan berani. Gaya tudung Fazura inspirasi untuk back to office tak lama lagi
(5) Sederhana & ‘sweet-sweet’ Muslimah
Terserlah keayuan dan keanggunan seorang Muslimah apabila bertudung manis begini ketika bekerja
(6) Denim untuk hujung minggu
Gaya hujung minggu berasaskan denim. Tanpa helaian yang ketat dan melekap di tubuh, stail Fazura ni sesuai untuk sesi high-tea atau shopping
(7) Kuasa rona tanah
Tak sempat bersiap? Padanan gaya dari rona-rona earthy boleh menyelamatkan gaya anda
(8) Hitam penyelamat keadaan
Rona hitam tetap menjadi rona penyelamat dalam apa jua acara. Fazura bijak memadukan kemeja dan tudung hitam dengan jeans
Model, pelakon, dan pengacara Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen bukan, apatah lagi selepas berkahwin dengan pelakon tampan Harris Alif dan seterusnya melahirkan cahaya mata pertama mereka, iaitu Eviee Khadeeja pada penghujung Januari lalu.
Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan menjadi perhatian ramai dek jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tetap tampak sepadan dan cukup bahagia apabila kedua-duanya diliht aktif di media sosial sambil berkongsi kisah seharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.
Dan baru-baru ini, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya menaiki kapal persiaran. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab ketika bergambar bersama suami dan anak di atas kapal persiaran yang dipercayai kapal persiaran Resort World Cruises.
Perkongsian di Instagram serta IG story Hariss nyata mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat mereka, dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan yang terkini. Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus istiqamah mengenakan hijab.
Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi dari Intan berhubung dirinya sudah berhijab penuh atau sebaliknya, yang pasti Intan tampil lebih manis dan ayu bila berhijab. NONA doakan semoga Intan turut istiqamah mengenakan hijab. Insya-allah..
Fasa kedewasaan banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Pada usia lewat 20-an, Daiyan Trisha antara selebriti cantik yang tidak terkecuali… diuji putus cinta. Lebih mengesankan, pandemik COVID-19 memburukkan keadaan seolah mencurahkan minyak ke dalam api.
Berusia 29 tahun, gadis asal Bangi bergelar pelakon, penyanyi dan model itu melahirkan rasa kecewanya sebaik putus cinta melalui single terbaharu, Penat.
Di sebalik wajah yang mempesona, tersimpan bakat menulis dan menggubah lagu yang cukup hebat dalam diri Daiyan Trisha. Orangnya kreatif, juga ekspresif dalam satu masa!
Lagu Penat dicipta sepenuhnya oleh Daiyan, menceritakan tentang kisah putus cinta yang dilalui. Bagi pendengar, memang terasa ‘kepenatan’ yang amat dalam kerana Daiyan berjaya membuai emosi dari susunan lirik Penat yang indah.
Tak percaya? Jom dengar sendiri lagu baru Daiyan Trisha ni…
Penat memberi makna cukup mendalam buat Daiyan Trisha kerana ia turut membawa emosi jujur yang dirasai ketika menulis lagu yang mengambil masa satu jam untuk dihasilkan itu.
“Apabila kita dihadapkan dengan emosi yang terlampau dalam dan berat, kita hanya mampu bersendiri dan menangis sambil berbisik, aku penat.
Bukan sahaja dalam soal putus cinta, tetapi juga merangkumi kepenatan kita terhadap perkara-perkara lain dalam kehidupan sehingga kita rasa begitu beremosi.
Saya percaya ramai orang merasakan perkara sama dan hubungkan dengan apa yang mereka lalui.” Daiyan Trisha
MIMPI
Sebagai anak kepada novelis terkenal, Samsiah Mohd Noh, tidak hairanlah jika Daiyan mewarisi bakat menulis ibunya melalui penulisan lirik.
Selain menterjemahkan rasa Penat dengan baik, penampilan Daiyan dalam koleksi terbaharu Alia B Raya 2022 Collection – ‘Dreams’ juga membuat ramai terpegun.
Sama seperti Daiyan, pereka fesyen Alia Bastamam turut menzahirkan emosi yang sama dalam karya fesyen ini sepanjang ‘terkurung’ hidup dengan pandemik.
“Dalam 2 tahun pandemik, saya perlu mencari ketenangan dalam diri saya, dan ia dizahirkan semasa mencipta koleksi ini.
Alia Bastamam
Saya menemui sesuatu untuk menggambarkan harapan dan impian dengan indah, sesuatu untuk dikongsi dengan gadis-gadis ALIA B.
Jadi saya menamakan koleksi ini sebagai ‘Dreams’…” Alia Bastamam
‘Dreams’ atau mimpi terdiri daripada 18 looks raya yang dipersembahkan baru-baru ini. Selebriti Daiyan Trisha dan adik Neelofa iaitu Ameera Khan telah dipilih menjadi wajah eksklusif pilihan Alia Bastamam.
Seperti terapung-apung di awan, gaya Daiyan Trisha menyerlahkan mimpi yang bisa menjadi kenyataan. Cantiknya!
Alia Bastamam juga turut melancarkan koleksi Alia Bastamam Eid 2022 yang lebih mewah dan elegan sempena musim perayaan tahun ini.
Jom tonton video eksklusif ketika Nona berkunjung ke butik Alia semalam…
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...