Bukan selalu dapat melihat watak seorang ahli politik yang ‘sempoi’. Inilah kelainan pemimpin generasi baru, mereka jauh lebih telus dan berani menunjukkan karakter sebenar di depan masyarakat. Umpamanya Marina Ibrahim yang cukup dekat di hati rakyat Johor.

Wajah cantiknya sering dianggap ‘eye-candy’ dalam parti. Ramai beranggapan beliau hanya boneka bernyawa tapi bagi yang mengenali Marina, pasti cukup kenal jiwa pemimpin yang tebal di dalam dirinya.

IKLAN

Ringkas membahasakan diri ‘aku-kau’, sifat Marina yang bersahaja membuatkan ahli politik ini disenangi golongan muda. Paling terkejut jika melihat portion nasi yang dimakan, badan kecil tapi selera besar!

Sangat meminati hidangan nasi kandar, wanita berkulit putih ini sebenarnya sering berkongsi banyak perkara yang disukai. Biasalah tu, kita pun suka kongsi tentang makanan kesukaan di media sosial, kan?

Terkejut Tengok Marina Ibrahim Makan, Ahli Politik Ini Bukan Cantik Semata Tapi Rajin & Prihatin!

PEMIMPIN MUDA

Pada usia 35 tahun, Marina Ibrahim dilihat sebagai pelapis pemimpin muda yang berani dan lantang bersuara. Wanita jelita asal Kluang ini merupakan calon Pakatan Harapan N.48 Skudai serta bakal bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac.

Mempunyai karakter lembut dan prihatin, ahli politik muda ini disifatkan sebagai seorang yang ‘walk the talk’. Beliau mula berkecimpung dalam bidang politik sejak tahun 2016, selain pernah menggalas jawatan Setiausaha Publisiti DAP Wanita Johor dan Ahli Jawatankuasa DAP Johor.

Menggunakan politik sebagai platform menyatu padukan kaum, Marina yakin kerjayanya sebagai ahli politik bakal mengubah landskap politik Malaysia ke arah yang lebih baik.

Terkejut Tengok Marina Ibrahim Makan, Ahli Politik Ini Bukan Cantik Semata Tapi Rajin & Prihatin!

IKLAN

Terkejut Tengok Marina Ibrahim Makan, Ahli Politik Ini Bukan Cantik Semata Tapi Rajin & Prihatin!

Terkejut Tengok Marina Ibrahim Makan, Ahli Politik Ini Bukan Cantik Semata Tapi Rajin & Prihatin!

Dibesarkan oleh ibu tunggal di kawasan estet jelas mendidik Marina tentang erti keharmonian. Beliau sudah biasa berkawan dan hidup dikelilingi masyarakat berbilang kaum.

Dalam temu bual Agenda Awani, Marina turut meletakkan kanak-kanak, warga emas, wanita dan peniaga kecil sebagai golongan yang perlu dibela dan diberi sokongan agar tidak ketinggalan.

IKLAN

“Wanita juga kita kena bantu mereka untuk memperkasakan diri, bantu mereka cari sumber pendapatan seiring usaha untuk memperkasakan peniaga-peniaga kecil.” Marina Ibrahim

Terkejut Tengok Marina Ibrahim Makan, Ahli Politik Ini Bukan Cantik Semata Tapi Rajin & Prihatin!

Terkejut Tengok Marina Ibrahim Makan, Ahli Politik Ini Bukan Cantik Semata Tapi Rajin & Prihatin!

Terkejut Tengok Marina Ibrahim Makan, Ahli Politik Ini Bukan Cantik Semata Tapi Rajin & Prihatin!

Andainya dipilih mewakili DUN Skudai, beliau mahu mengusahakan perbincangan bersama kerajaan negeri untuk mempermudah hal ehwal perlesenan perniagaan serta menyumbangkan keperluan untuk mereka mengembangkan perniagaan.

“Cara saya membantu mereka, kita bagi mereka ‘pancing’ untuk mereka kembangkan perniagaan mereka sendiri.

Kita tak nak rakyat yang meminta saja. Kita nak bina rakyat yang bermaruah, maksudnya boleh mencari pendapatan sendiri dan kembangkan perniagaan mereka.” Marina Ibrahim

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI