Ads

“Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan!

Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Tunai Haji
Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Tunai Haji

Selepas Datin Lisa Surihani, Tomok dan Ezad Lazim kali ini giliran Wan Khatijah dan suami tercinta, Azlisham Ibrahim pula berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji. Berkongsi khabar gembira itu di media sosial baru-baru ini, pasangan romantis berkenaan kelihatan teruja dan ceria ketika berkumpul di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang yang berfungsi sebagai stesen berlepas utama bagi jemaah haji musim 1447 Hijrah 2026 Masihi.  

Dalam perkongsian, bekas penjaga gol kebangsaan tersebut mengenakan jubah rona putih. Sementara Wan Khatijah pula tampil anggun berjubah hitam. Kedua-duanya ditemani anak-anak tersayang dan keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci.  

Artikel https://www.nona.my/gorgeous-mom-bakal-terima-menantu-wan-khatijah-syukur-rasa-macam-bermimpi-saksi-pertunangan-anak-sulung/

Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Berangkat Ke Tanah Suci

“Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan!

“Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan! “Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan!

Ads

Dedah Azlisham, “Assalamualaikum WBT. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, insyaAllah saya, Azlisham, dan isteri tercinta, Wan Khatijah akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji. 

Kami dengan rendah hati ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah silap, kekhilafan dan keterlanjuran kata kepada semua, sama ada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. 

Dengan itu, kami memohon doa agar perjalanan kami dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kami dikurniakan haji yang mabrur serta dapat kembali ke tanah air dengan selamat, insyaAllah.” 

Ads

Tambahnya lagi, “Kami juga menyerahkan sepenuhnya keluarga tercinta kami di bawah lindungan dan jagaan Allah SWT, sebaik-baik Penjaga insyaAllah.

Akhir kata, terima kasih dan semoga Allah SWT juga mengurniakan kesihatan, keberkatan rezeki dan kebahagiaan buat semua yang membaca serta mendoakan kami.” 

“Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan! “Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan!

Ads

Rumah Tangga Azlisham Ibrahim

Azlisham Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan Juara Dewi Remaja 1995/1996, Wan Khatijah pada 9 September 1999. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Adam Muqrish, 26 tahun; Adam Haris, 23 tahun; Adam Iskandar, 22 tahun; dan Sarah Aisha berusia 19 tahun. 

“Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan! “Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan! “Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan! “Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Mohon Maaf Serta Doa Dipermudah Urusan!

4 April lepas, anak sulung Azlisham dan Wan Khatijah iaitu Adam Muqrish selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan, Sarah Alya Hani. Mereka dijangka bakal mengadakan majlis pernikahan pada Jun 2027.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Anak Norman Hakim, Marissa Dania & Maria Danisha Sambung Belajar Di...

Marissa Dania dan Maria Danisha bakal menyambung pengajian dalam jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan selepas menerima laluan pendidikan khas daripada pihak universiti.