Menerima kehadiran ‘orang baru’ di dalam keluarga tentunya menjanjikan sebuah senyuman. Baik kelahiran anak pertama, kedua, mahupun kelima, angkara morning sickness memang tidak pernah terlepas.
Morning sickness terjadi kerana janin mengeluarkan hormon Beta HCG (Human Chorionic Hormone) yang menimbulkan, antara lain, rasa mual yang munculnya pada pagi hari.
Ini kerana sepanjang malam si ibu kurang minum, sehingga tidak buang air kecil. Akibatnya, Beta HCG dalam darah tidak terbuang dan meningkat jumlahnya sehingga menimbulkan rasa mual.
Puncak mual biasa terjadi pada minggu ke-13 usia kehamilan. Pada ibu bekerja, morning sickness boleh terjadi pada siang hari.
Sepanjang pagi hingga petang, si ibu sibuk melakukan aktiviti dan di sebelah malamnya pula, anda tidak mengambil air yang sesuai dengan tubuh badan. Tetapi umumnya para ibu yang bekerja mempunyai motivasi kuat untuk sihat, sehingga morning sickness yang diderita tidak terlalu parah.
Untuk mengatasi morning sickness ini, bakal ibu boleh melakukan beberapa cara berikut.
(a) Mengatur pola makan
Anda memerlukan nutrisi yang cukup untuk membantu tumbesaran janin di dalam kandungan. Pada masa sama, anda juga tidak boleh meninggalkan masa makan yang ditetapkan kerana ia membawa anda masuk ke dalam keadaan mual.
(b) Minum setengah gelas air atau jus buah-buahan segar
Perbanyakkan cecair di dalam badan dengan cara minum setengah gelas air dengan lebih kerap. Anda juga boleh memilih jus buah-buahan segar untuk menggalakkan anda minum lebih banyak air.
(c) Jangan sekat urin anda
Jangan takut sekiranya anda sering membuang air kecil kerana ia mampu menyingkirkan Beta HCG.
(d) Tidak henti mengunyah
Makanan ringan seperti biskut dan buah-buahan kering seperti kismis, prun dan epal adalah baik untuk anda mengawal rasa mual. Buah-buahan kering ini mengandungi glukosa dan serat tinggi sehingga melancarkan pembuangan air.
(e) Elakkan pengambilan ubat
Sewaktu hamil, elakkan sebarang pengambilan ubat terutamanya untuk menghilangkan rasa mual. Sekiranya anda mengalami mual yang teruk, dapatkan bantuan doktor dengan segera.
(f) Tidur tidak menyelesaikan masalah
Tidur bukan cara betul untuk menghilangkan rasa mual. Ini kerana, aliran darah menjadi tidak lancar dan mengganggu proses pembuangan air kecil.
(g) Pilih kesibukan
Bagi ibu hamil yang tidak bekerja, kesibukan adalah kunci utama. Sungguhpun terdapat aktiviti yang memenatkan seperti mengemas rumah dan sebagainya, sekurang-kurangnya ia mampu melupakan seketika rasa mual. KR