Pertemuan terakhir dengan selebriti cantik ini ketika menjalani sesi temu bual dan penggambaran untuk penghias muka depan majalah Nona. Ketika itu Sari Yanti baharu sahaja habis pantang anak ketiganya, Dariya Inara.

IKLAN
Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Koleksi Majalah Nona
Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti

Diam tak diam anak perempuan comel Sari Yanti ini bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga pada 26 April nanti. Dariya Inara juga telah menjadi kakak apabila adiknya, Muhammad Khidir yang lahir pada 6 Jun tahun lalu.

Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti
Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti

Menurut isteri kepada juruhebah terkenal, Jep Sepahtu ini kehidupannya kini lebih tertumpu kepada keluarga. “Bagi saya kehidupan saya tetap sama sebagai seorang suri rumahtangga yang menjaga keperluan suami dan anak-anak seperti masak serta kemas rumah. Saya memang jarang keluar rumah, beli barang dapur pun biasanya Jep yang akan beli.

Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti
Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti

Kalau ditanya apa perbezaan ketika PKP ini, bagi saya tiada perbezaan. Cuma yang dapat saya rasa bila tak dapat balik kampung kerana kalau bukan PKP, setiap minggu saya akan balik kampung,” ujar Sari Yanti yang bahagia dengan kehidupannya kini.

Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti
Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti

Sempat mengusik wanita yang berusia 36 tahun ini mahu mengusahakan perniagaan makanan lantaran membuka tempahan Sambel Jawa di media sosialnya. “Sebenarnya bukan nak berniaga pun saya suka-suka sahaja ketika itu buka tempahan Sambel Jawa tu. Tak ada niat pun nak buat betul-betul,” tutur Sari Yanti sambil tertawa.

Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sarimasakmasak

Tambahnya lagi, “Sebenarnya saya selalu kongsi gambar masakan dalam akaun peribadi. Saya buka akaun baru untuk berkongsi gambar masakan kerana nak kumpul gambar-gambar masakan saya. Bukan hanya masakan saja tapi apa yang saya suka makan juga. Kadang-kadang ramai yang tanya resipi apa yang saya masak, jadi saya kongsi segala tentang di masakan di akaun @sarimasakmasak.

IKLAN
Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti

Sebelum itu saya banyak kongsi di Insta Story tapi, ramai pula yang cakap tak sempat salin. Tak sangka pula sejak buka akaun lain orang mula ikut akaun tersebut sehingga 24.8 ribu pengikut. Bila ada akaun yang berasingan ini secara tak langsung mudah untuk saya cari balik gambar masakan. Namun, bukan setiap kali masak saya akan muat turun gambar masakan. Semuanya bergantung kepada masa saya juga,” terang Sari Yanti.

Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti

Kecantikan ibu kepada empat orang anak ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Teruja untuk mencungkil rahsia rejim penjagaan kulit wanita yang berlakon dalam drama Cik Serba Tahu ini.

IKLAN

“Saya memang tidak mempunyai rutin kecantikan yang boleh dikongsi. Sepanjang usia saya ini saya tidak pernah mengunjungi spa untuk melakukan facial. Penjagaan kulit saya seperti biasa dengan menggunakan cecair pembersih wajah, penyegar dan pelembap biasa.

Terliur Tengok SAMBEL JAWA Air Tangan Sari Yanti & Hanya Suka-Suka Buka Tempahan
Foto: Instagram @sariyanti

Tetapi apa yang seronok mahu saya kongsi adalah sejak usia awal 20an saya sudah mengamalkan makan jamu. Jamu yang diamalkan adalah jamu kunyit yang saya dibuat sendiri. Jamu kunyit ini membantu meningkatkan tenaga tubuh, membantu mengatasi masalah sembelit, membantu mengatasi masalah keputihan dan sebagainya,” jelas Sari Yanti panjang lebar.

Beli-beli melbih mudah, hanya di hujung jari, senang bukan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI