Manusia memang tidak dapat lari daripada berhutang. Bila sebut saja ‘hutang’, yang terlintas tentu hutang dengan bank atau sesama manusia. Tapi ada satu lagi hutang yang kita tidak nampak dan ada yang tidak ambil berat langsung tentang hutang ini, iaitu hutang dengan Allah SWT.

Inilah hutang yang wajib kita bayar terlebih dahulu. Hutang dengan Allah bermaksud zakat, fidyah, kiffarah, nazar dan badal haji.

IKLAN

Tinggal beberapa hari saja lagi menuju bulan Ramadan. Pasti saat ini ramai yang berlumba mengganti puasa, tapi bagaimana pula jika kita terlupa sebanyak mana hari yang perlu digantikan?

Usah pandang ringan soal ganti puasa. Kita wajib membayar fidyah atau denda yang dikenakan terhadap orang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun dengan sengaja melewat-lewatkan puasa ganti (qadha) di bulan Ramadan.

Fidyah ini adalah satu tanggungan atau hutang kita kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Terlupa Berapa Hari Tinggal Puasa, Ini Cara Betul Lunaskan Hutang Dengan Allah!
Golongan wanita perlu ambil berat tentang soal hutangnya dengan Tuhan

Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”

 

ANTARA QADHA & FIDYAH

Rujuk jadual di bawah tentang kewajipan mengganti puasa secara qadha atau fidyah, atau kedua-duanya.

Terlupa Berapa Hari Tinggal Puasa, Ini Cara Betul Lunaskan Hutang Dengan Allah!
Sumber: PPZ-MAIWP

 

GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH

(1) Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

 

IKLAN

(2) Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan.

Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.

 

(3) Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa

IKLAN

Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

 

(4) Orang yang telah meninggal dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

 

(5) Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qadha) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

 

CONTOH KIRAAN

Terlupa Berapa Hari Tinggal Puasa, Ini Cara Betul Lunaskan Hutang Dengan Allah!
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI