Baru-baru ini NONA diterbangkan ke tanah Turkiye bersempena rangka lawatan eksplorasi tradisi, budaya dan seni bina masjid-masjid kayu di tiga bandar utama Turkiye, iaitu Ankara, Es Ki Sye Hir dan Konya.

Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye
Penulis (kanan) bersama rakan media melawat masjid di bumi Turkiye

Memiliki hampir 82 ribu masjid di seluruh negara ini, Turkiye merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masjid paling unik, antaranya yang diperbuat daripada material kayu jati yang mengagumkan.

IKLAN

Setiap satu masjid merupakan mercu warisan dunia yang dilindungi oleh hak perlindungan undang-undang oleh konvensyen antarabangsa yang ditadbir oleh UNESCO yang mempunyai budaya, sejarah, saintifik atau bentuk kepentingan lain.

Sebut sahaja Turkiye, pasti kita membayangkan Hagia Sophia dan Masjid Sultan Ahmed atau lebih popular sebagai Masjid Biru.

Namun, sebelum kemunculan mercu tanda ikonik itu, terdapat beberapa binaan masjid unik dan mempesonakan di bumi Anatolia.

Uniknya, hampir kesemua masjid kayu ini dicalonkan dalam senarai tentatif Unesco, bermakud setiap satu darinya menawarkan keunikan dan sejarah tersendiri, seni bina yang asli dan dijaga rapi, malah berstatus wajib dikunjungi.

Anatolia atau Asia Kecil adalah kawasan barat daya Asia yang merujuk kepada sebahagian besar Turkiye.

Berdasarkan rekod, terdapat lima masjid kayu di Anatolia iaitu Masjid Ahi Serafeddin atau Arslanhane yang terletak di Ankara diikuti Masjid Besar Sivrihisar (Eskisehir), Masjid Besar Afyonkarahisar (Afyonkarahisar), Masjid Esrefoglu (Konya) dan Masjid Mahmutbey (Kastamonu).

Setiap satunya dibina antara kurun ke-13 hingga 14, dan masih tersergam kukuh hingga kini, meskipun sudah menjangkau usia lebih 700 tahun.

Yang istimewanya, kelima-lima masjid ini turut disenaraikan sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Walaupun berbeza lokasi, namun setiap masjid memiliki ciri-ciri teknikal serta pembinaan yang sama terutama dari segi reka bentuknya yang menggunakan deretan tiang kayu dan batu bagi menyokong siling dan bumbung.

Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye

Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye

Sebaik saja kami mendarat menaiki penerbangan Turkish Airlines di kota Istanbul, penulis terus ke ibu negara Ankara iaitu bandar kedua terbesar di Turkiye. Perjalanan yang mengambil masa kurang dari 1 jam setengah tersebut, penulis terus dibawa melawat ke destinasi pertama iaitu Muzium Anatolia Civilization.

IKLAN

Kami terus dibawa melawat Masjid Hacı Bayram, sebuah masjid bersejarah yang terletak di daerah Ulus, terletak bersebelahan dengan Kuil Augustus. Dan dibina oleh jurubina Mehmet Bey sekitar tahun 1427.

Salah satu masjid tertua di Turki ini dibina pada tahun 1290 semasa pemerintahan Anatolia Seljuk, ia terletak di sebelah kubu Ankara malah dikenali sebagai “rumah singa” dengan seni bina kayu yang cantik dan terpelihara.

Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye
Masjid Hacı Bayram
Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye
Masjid Hacı Bayram

Kemudian kami dibawa melawat Masjid Ahi Serafeddin. Masjid Besar ini merupakan sebuah masjid bersejarah yang terletak di bandar Sivrihisar. Ia dibina pada tahun 1231  oleh Leşker Emir Celaleddin Ali semasa peme rintahan Anatolia Seljuk Sultan Kayqubad I.  Masjid ini adalah salah satu daripada lima masjid dengan teknik seni bina tiang kayu yang mengagumkan.

Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye
Masjid Ahi Serafeddin

Masjid Eşrefoğlu ialah sebuah masjid abad ke-13 yang menawarkan seni bina kayu, dan kini dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Bumbung kayu bangunan itu disokong oleh 42 tiang kayu, setiap satu setinggi 7.5 meter dan diameter 40 sentimeter. Turut menarik perhatian ialah interior dalaman  yang tersergam indah menuju ke ruang solat serta mihrab yang dihiasi dengan jubin pelbagai warna yang cukup mengagumkan, serta mimbar yang diperbuat dari kayu jati.

Ia merupakan satu-satunya masjid kayu di Anatolia yang memiliki ‘perigi’ di bahagian tengah, di ruangan solat. Fungsinya adalah untuk mengekalkan kelembapan dalaman terutama pada struktur-struktur tiang kayu.

IKLAN
Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye
Masjid Eşrefoğlu

Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye

Terokai Keunikan Masjid Kayu, Khazanah Mempersona & Indah Bumi Turkiye

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NONA (@majalahnona)

Terima kasih NONA ucapkan kepada Agensi Promosi dan Pembangunan Pelancongan Turki (TGA) kerana sudi menjemput NONA ke lawatan kali ini. Ternyata lawatan ke bumi Turkiye ini membuka mata kami tentang peradaban serta khazanah serta budaya bumi Turkiye yang sewajarnya dilindungi.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI