Terpegun Melihat Kecantikan Wanita Perancis, Rupanya Inilah Gaya Hidup Mereka Setiap Hari

Wanita Perancis cukup terkenal dengan kecantikan, berpenampilan menarik serta memiliki susuk tubuh yang langsing persis supermodel.

Nona kongsikan rahsia untuk memiliki bentuk tubuh ideal bak supermodel dengan istilah diet ala Perancis. Jom cuba!

PILIH KUALITI BUKAN KUANTITI
Untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal, rahsianya bermula dari dapur. Penuhkan dapur anda dengan makanan-makanan sihat berkualiti tinggi berbanding makanan ringan dalam jumlah yang banyak.

Cara ini mampu menghindari anda daripada godaan untuk sering mengunyah makanan berminyak, tinggi gula, tinggi lemak atau pengawet yang boleh mengakibatkan berat badan bertambah kawalan.

DUDUK DAN MAKAN
Kebanyakan orang sering makan dengan berdiri dan terburu-buru. Sedangkan kebiasaan ini boleh mengakibatkan seseorang itu mudah tersedak, gangguan sistem pencernaan sehingga mendorong untuk makan dalam jumlah yang banyak.

KUNYAH SECARA PERLAHAN
Selain makan secara duduk, kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan. Cara ini membolehkan anda menikmati rasa makanan dengan lebih sempurna. Mengunyah secara perlahan-lahan pula membuatkan makanan tercerna dengan betul seterusnya akan kenyang lebih cepat.

AMAL HIDANGAN TINGGI PROTEIN
Makanan tinggi protein membuatkan anda terasa kenyang lebih lama. Selain itu, protein akan memecahkan asid amino yang berguna untuk menghilangkan kemurungan sekaligus mengurangkan stres yang boleh mengundang rasa untuk makan secara berlebihan.

BERSENAM SETIAP HARI
Sesibuk manapun anda sentiasalah luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya sejam setiap hari. Senaman memaksimumkan sistem metabolisme sehingga penurunan berat badan lebih cepat. Lemak juga akan mudah terbakar.

AMAL MINYAK ZAITUN
Selain elak makanan bergoreng, gantikan minyak biasa dengan minyak zaitun. Ini kerana minyak zaitun mengandungi omega 3 yang membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah dan mencegah berlakunya serangan jantung.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share