Selepas hampir sebulan mendirikan rumah tangga, barulah Syahrini dan Reino Barack terbuka berkongsi kisah percintaan dan majlis perkahwinan mereka. Menyimpan kemas perasaan dan rahsia perhubungan cinta yang terjalin, pasangan romantis ini sah bergelar suami isteri pada 27 Februari 2019 di Masjid Camii, Tokyo, Jepun dalam majlis yang cukup indah.

IKLAN

Selain tertarik dengan keindahan majlis perkahwinan mereka, ramai yang turut memuji kejelitaan dan wajah tampan kedua-dua pasangan mempelai.

Dalam satu sidang media, Syahrini mendedahkan dia tertawan dan yakin Reino Barack adalah calon suami terbaik untuknya selepas mengetahui keperibadian jejaka berketurunan Jepun tersebut.

“Saya pertama kali dapat menerima dan inshaAllah yakin kerana bacaan solat dia bagus. Jadi, ketika dia mengimamkan saya… suami saya ini sudah terdidik dengan ayat-ayat Al-Quran dengan begitu fasih dan alhamdulillah ketika mendengar solatnya bagus, ertinya dia lelaki yang akan patuh kepada Allah dan lelaki yang saya impikan. Solatnya rajin, tak tinggal.

Selama ini mama tidak reda dengan siapa saya bercinta tapi dengan Reino yang datang ke rumah mama dan imamkan solat, dia terharu dan menerimanya. Alhamdulillah, dia penghafaz Al-Quran dan selepas itu segala perancangan kami dipermudahkan.”

Menepati janji kepada rakan media di Indonesia untuk memperkenalkan lelaki yang bergelar suaminya yang sah kepada umum apabila tiba waktunya… Syahrini mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut seminggu selepas majlis pernikahan mereka berlangsung.

IKLAN

Dalam majlis pernikahan sederhana dan secara tertutup itu, dikhabarkan Syahrini menerima mahar berupa berlian seberat 21 karat yang terdiri daripada cincin pernikahan seberat 11 karat termasuk perhiasan rantai leher, anting-anting dan rantai tangan bertatah berlian 10 karat. Wow, memang betul-betul eksklusif dan ia dipakai Syahrini ketika menghadiri sidang media berkenaan.

IKLAN

Enggan menjadikan ia sebagai tumpuan utama, Reino yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dalam nada rendah diri dan ringkas berkata, “Mas kahwin adalah sebentuk cincin dan sepersalinan kelengkapan solat. Semampunya dan seikhlasnya.”

Sambil berseloroh, dia menambah “Tapikan… cincinnya juga bagus!”