
Tumpang bahagia tengok kehidupan pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Fila Amir. Bermula daripada kisah perkahwinannya dengan lelaki warga asing, perjalanan mendapatkan zuriat menerusi rawatan IVF sehinggalah berjaya membina empayar perniagaan sendiri dan memiliki aset, perkongsian Fila sering menjadi perhatian followers setia di alam maya.
Artikel https://www.nona.my/6-tahun-menanti-jalani-ivf-doa-fila-amir-timang-anak-dimakbulkan/
Rezeki Fila Amir
Berkat usaha gigih dan semangat yang tidak pernah putus asa serta izin Allah, Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi kini mengecap kesenangan hidup di samping suami tercinta dan anak tersayang. Sejak kehadiran permata hati, rezeki Fila melimpah ruah.

Bukan hanya bisnes yang diusahakan suami, Adama Mohamed Camara makin maju. Malah mereka sekeluarga kini mampu memiliki kediaman impian dan kereta mewah.
Meskipun sebelum ini Fila Amir pernah dicemuh dan dikritik oleh segelintir pihak yang kurang senang melihat kebahagiaan yang diraih namun dia enggan menyerah dan terus berusaha membuktikan kemampuan diri.
Menerusi perkongsian di Instagram pada hujung Mac lalu, wanita kelahiran Kedah ini meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan Allah SWT terhadap dirinya.
“Alhamdulillah, it’s official now! Baru sebulan lepas dok berulang-alik macam tak percaya, hari ni dah serah kunci rumah sewa, and hari ni officially we are staying at our own house. Menumpang rezeki anak.
Iya betul, dah lama cuba beli rumah, tapi macamlah itulah inilah. Sehari selepas Assara dilahirkan, mashaAllah dapat panggilan berita gembira dari agent rumah. Rezeki Assara.”
View this post on Instagram

Tambahnya lagi, “Sejujurnya, masa awal datang tengok rumah ni, Fila tak suka pun, and Fila tak nak rumah ni. Tapi Adama suka sangat, memang dari dulu dia suka cakap community rumah putih semua tapi bila round-round nampak kemudahan, tengok community sini, eh macam menenangkan dan memudahkan, terus suka!
And now lepas dah siap semuanya memang rasa tak menyesal beli rumah dekat sini! Alhamdulillah and thanks to my husband. Dia lagi teruk berulang-alik Guinea cari duit nak bayar itu ini nak renovate rumah semualah! Penat yang berbaloi inshaAllah.
In the name of Allah we enter, and in the name of Allah we go out, and in our Lord we trust.”
Kehidupan Fila Amir

Fila Amir sah bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Guinea iaitu Adama Mohamed Camara pada April 2019.
Pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Assara Adama Camara pada 14 Mei 2025 setelah enam tahun menunggu zuriat.
Sebelum ini, Fila pernah mendedahkan khabar kehamilannya pada Oktober 2024 selepas lima thaun menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dan tabah menempuh ujian kesihatan apabila tiub fallopionya dibuang.
Fila dan suami dilapor mengusahakan produk madu asli Afrika yang diimport dari negara kelahiran Adama iaitu Guinea. Selain menjalankan perniagaan eksport lain.
Semoga dengan kehadiran anak ini menjadi pelengkap perkahwinan mereka dan bahagia sampai ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





