Kalau sudah namanya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, pakai tudung apa pun cantik. Betul tak?

Sebenarnya seni penggayaan hijab bukanlah kerana siapa pemakainya, tapi kesesuaian tudung dengan bentuk muka seseorang dan baju yang dikenakan.

IKLAN

Tak semua orang sesuai dengan gaya tudung bawal dan tak semua juga sesuai dengan gaya selendang @ shawl. Pada akhirnya ia berbalik pada karakter serta bentuk muka kita sendiri.

Cuma kebelakangan ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan auranya yang effortlessly beautiful membuatkan sesiapa pun terpaku, lebih-lebih lagi apabila mengenakan tudung square.

Bila selalu tengok, lama-lama makin ramai wanita tertarik untuk kembali mengenakan tudung square. Atau boleh jadi musim perayaan nanti, kita semua bertudung bawal… pasal selain cantik macam Dato’ Sri Siti Nurhaliza, nak gayakan pun mudah.

Zaman dulu trend tudung bawal memang popular. Ingat lagi nostalgia di IPT, siswi universiti memang terkenal dengan gaya tudung ni. Kalau nak lebih ranggi dan cepat, guna scarf ring (dulu-dulu kami guna cincin je) kemudian, dah terus siap!

Terpikat Gaya Hijab Siti Nurhaliza, Helaian Tudung Bawal & Square Kini Trending Semula

Terpikat Gaya Hijab Siti Nurhaliza, Helaian Tudung Bawal & Square Kini Trending Semula

RUJUKAN WANITA MALAYSIA

Terus teringat kenangan waktu penggambaran cover depan Nona dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekitar tahun 2017, seronok kami berbual kerana beliau tetap Siti yang sama dengan kelembutan dan kerendahan hati yang serupa.

Membuka mukadimah bicara, sebagai seorang wanita, Dato’ Siti sebenarnya sangat gembira melihatkan perkembangan Muslimah hari ini yang lebih bijak berfesyen serta yakin mengenakan hijab.

IKLAN

“Saya bangga kerana hijab mampu mendorong segelintir artis yang tidak berhijab untuk memulakan perniagaan hijab. Ia adalah permulaan sesuatu yang positif dan membanggakan. Alhamdulilah.

Secara peribadi, saya menggemari semua koleksi Ariani, tidak kiralah helaian square printed, shawl mahupun instant yang selalu dipakai ke pelbagai acara,” ceritanya dalam nada teruja.

BISNES KEMBALI RANCAK

IKLAN
Terpikat Gaya Hijab Siti Nurhaliza, Helaian Tudung Bawal & Square Kini Trending Semula
Butik Creacion kini sudah mula beroperasi dalam waktu PKPB

Kisah perkembangan butik Creacion by Siti Nurhaliza di bangunan Jakel Mall seterusnya membuka lembaran kisah peluang perniagaan yang lebih kukuh dan mantap.

Berbekalkan saiz butik yang semakin membesar, himpunan koleksi ready to wear beliau juga semakin banyak dan cukup menarik.

“Satu lagi kelebihan Creacion adalah harganya yang mampu milik. Peminat saya boleh mendapatkan koleksi ini, sama ada yang premium atau mass market untuk digayakan pada hari raya nanti,” kongsi Dato’ Siti tentang perniagaan butiknya yang kini terdapat di Jakel Mall, Senawang dan Shah Alam.

Terpikat Gaya Hijab Siti Nurhaliza, Helaian Tudung Bawal & Square Kini Trending Semula

Ekspektasi perniagaan Dato’ Siti… “Sebolehnya saya mahu mengangkat Creacion sebagai sebuah perniagaan francais dan melahirkan lebih ramai usahawan wanita.

Manakala tentang perniagaan SimplySiti, buat masa ini saya banyak tumpukan pada pasaran media sosial selain giat mempromosikannya di pelbagai tempat,” ujar beliau dengan ramah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI