Syabas Fynn Jamal kerana berjaya menjadi contoh anak yang baik. Walau sudah berstatus isteri dan ibu, tanggungjawab sebagai anak perempuan juga tetap tidak dilupakan. Kalau bukan anak sendiri yang membahagiakan kedua-dua orang tua, siapa lagi, bukan? Apa-apa pun moga segala kebaikan yang dilakukan Fynn Jamal ini memberi pengajaran buat semua agar sentiasa menghargai jasa pengorbanan ibu bapa.
Berangkat ke Eropah lima hari lalu, ia merupakan kali pertama Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin ke sana bersama bapa tersayang. Tanpa ditemani suami dan anak-anak, selebriti yang terkenal dengan penulisan penuh puitis tersebut menganggap percutian istimewa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menggembirakan hati insan yang banyak mendidik dan membesarkan dirinya selama ini.
Ads
Pemergian Fynn Jamal ke beberapa pelosok Eropah ini antara lain turut bertujuan untuk memenuhi undangan majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana. Mengembara dari Birmingham, Glasgow, London dan Paris, ke mana saja destinasi hentian Fynn turut ditemani bapanya.
Ads
Malah, menerusi foto-foto yang dikongsikan bekas guru Bahasa Inggeris di Kazakhstan ini … jelas terpancar sinar bahagia dua beranak. Tidak kira ketika mereka sedang makan, dalam kereta api, melawat tempat tumpuan pelancong hinggalah masa di lapangan terbang, Fynn setia memotretkan wajah kesayangannya itu. Terserlah niat ikhlas seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi meraih senyuman bapanya yang berusia 67 tahun.
Ads
Selain berkongsi cerita-cerita lucu dan pengalaman mereka berdua sepanjang berada di bumi Eropah, Fynn tanpa melahirkan rasa bersyukur kerana hasrat untuk mencurah bakti kepada bapanya diperkenankan Allah, mendapat keizinan suami dan dipermudahkan.
“Semoga Allah izinkan pengalaman pertama abah di Paris untuk jadi yang manis-manis sahaja. Manchester, Glasgow, Birmingham, London were supernice to him. Hopefully this trip to France would do the same. Because he deserves all happiness in the world.
I make du’a as Allah promised the du’a of a musafir has no hijab. Semoga kalian semua berkesempatan meraikan ibu bapa kalian jua. Dengan rezeki yang halal, dengan niat yang terjaga. Amin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Adzliana atau mesra dengan panggilan Datin Nana merupakan seorang wanita berdedikasi dan memiliki misi yang jelas untuk memartabatkan kaum wanita dalam arena keusahawanan. Lahir dalam keluarga yang mempunyai empayar niaga sendiri nyata bukan tiket mudah bagi figura ini untuk hidup bersenang-lenang.
Sebaliknya, beliau dididik mempelajari selok-belok ilmu perniagaan bermula dari bawah. Ini dibuktikan apabila Datin Nana pernah menjadi salah seorang pekerja di syarikat ayahnya sejurus tamat pengajian pada tahun 2006.
“Saya didedahkan kepada bidang keusahawanan oleh arwah ayah saya sebaik tamat pengajian. Minat itu memang ada dan peluang yang diberikan oleh ayah untuk meneruskan perniagaan keluarga, secara tidak langsung menguatkan lagi semangat saya di dalam perniagaan.
Pun begitu, langkah saya bukan mudah kerana ayah mahu saya bermula dari bawah.
Percaya atau tidak, saya bermula sebagai kerani walaupun syarikat itu ayah punya. Semua kerja ayah beri kepada saya untuk saya mahir dan tahu selok-belok pengurusan di peringkat bawahan. Ketika menjadi kerani pada masa itu, saya juga tak terlepas dalam duty roster membersihkan pejabat dan tea lady.
Ayah saya mengusahakan sebuah syarikat keselamatan. Habis belajar, saya ingat saya akan bekerja sebagai pekerja human resource (HR) atau bahagian akaun sebaliknya ayah letak saya sebagai kerani. Saya dibayar gaji kerani dan duduk bekerja dengan dua ke tiga orang lagi staf di bahagian itu.
Sebagai kerani, saya kena isi segala maklumat berkaitan klien dan uruskan all the documents. Di samping banyak berurusan dengan pihak kerajaan dan korporat. Ayah kata saya perlu belajar dan memahami perniagaan yang dilakukan. Dari situ saya mula belajar dari bawah dan alhamdulillah sekarang saya mampu kelolakan syarikat sendiri.
Saya sangat berterima kasih kepada ayah yang meletakkan saya belajar dari bawah kerana kejayaan itu hendaklah bermula dengan kesusahan dan usaha yang tinggi untuk berjaya. Terima kasih Abah untuk segalanya,” telus graduan Ijazah Perniagaan Antarabangsa dari Multimedia University ini.
Mengulas lanjut pembabitannya dalam dunia keusahawanan, Datin Nana tanpa berselindung mengakui kagum dengan kepimpinan ayah tersayang dan menjadi sumber inspirasi buat beliau selama ini.
“Mentor saya semestinya arwah ayah, Prof Dato’ Sri Dr Hasan Yusoff yang membawa dan mengajar saya tentang dunia perniagaan. Saya kagum dengan beliau yang asalnya merupakan bekas Ketua Polis tetapi mampu menjalankan perniagaan.
Malah perniagaan ini berjaya sehingga menjadi empayar buat keluarga kami. Semangat dan hala tuju arwah ayah yang agak lewat memulakan perniagaan menjadi inspirasi dan saya benar-benar kagum kerana beliau berjaya mengharungi cabaran dalam perniagaan di bidang keselamatan dan beberapa bidang yang lain.
Sebab ini jugalah yang membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk menjadi usahawan. Seterusnya mentadbir dan menguruskan perniagaan keluarga serta berusaha mengembangkan perniagaan hingga ke hari ini,” telus Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd ini yang nekad membantu usahawan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekiranya anda peminat filem-filem Bollywood klasik era awal 20-an, sudah pasti anda sudah menonton filem romantik seram Kasoor yang suatu ketika dulu cukup popular ditambah pula dengan lagu-lagunya yang cukup mendayu dan mengalun rasa. Gandingan pertama dan terakhir pelakon kacak Aftab Shivdasani bersama pelakon jelita Lisa Ray arahan Vikram Bhatt itu juga mendapat reviu positif dari pengkritik filem malah sukses dari hasil kutipannya.
Namun sudah agak lama kita tidak mendengar khabar berita dari pelakon utama wanita filem Kasoor, Lisa Ray yang dilihat tidak lagi berlakon dalam mana-mana filem Bollywood selepas kali terakhir muncul dalam filem tersebut.
Sebelum memulakan karier sebagai pelakon, Lisa yang lahir di Kanada itu merupakan seorang model sebelum membuat debut dalam filem Kasoor. Walaupun tidak mampu bercakap dalam Bahasa Hindi, namun persembahan Lisa mendapat perhatian walaupun ketika filem tersebut suaranya dialih suara menggunakan suara pelakon Divya Dutta. Namun apa yang terjadi pada Lisa?
Walaupun kekal aktif dan terlibat dengan projek-projek kecil selepas filem Kasoor, khabarnya Lisa masih lagi aktif di media sosial malah penampilannya tetap anggun di usia 50 tahun.
Sukar untuk dipercayai rupa-rupanya pada tahun 2009, Lisa didiagnos dengan kanser darah myeloma. Ternyata ini merupakan satu tamparan hebat buat Lisa yang ketika itu sedang berusaha menaikkan namanya dalam industri seni Bollywood.
Namun mujurlah pada Krismas 2009, Lisa berusaha untuk kembali sihat dengan menjalani pemindahan sel stem untuk merawat kansernya. Dan pada April 2010, Lisa mengumumkan yang dirinya bebas kanser hasil dari pemindahan itu.
Dan pada Jun 2010, Lisa muncul dalam doku-drama istimewa kanser terbitan UniGlobe Entertainment bertajuk 1a Minute. Dokumentari itu diterbitkan oleh Namrata Singh Gujral dan memaparkan kisah tidak pernah didengari dari para pejuang kanser yang terselamat dari penyakit tersebut, antaranya Olivia Newton-John, Diahann Carroll, Melissa Etheridge, Mumtaz, Bárbara Mori dan Jaclyn Smith.
Dan baru-baru ini, Lisa mengumumkan menerbitkan buku yang ditulisnya sendiri, berjudul LISA RAY CLOSE TO THE BONE yang menceritakan pelbagai kisah suka duka kehidupan Lisa, antaranya pembabitan awal beliau dalam arena filem Bollywood, perhubungan dia dengan ayahnya yang berbangsa Bengali dan ibunya yang lahir dari Poland, berhadapan dengan gangguan makanan serta perjalanannya melawan kanser.
Dan kini, Lisa dilihat cukup bahagia menjalani kehidupan bersama suami, Jason Dehni dan dikurniakan 2 cahaya mata perempuan yang comel-comel, iaitu Sufi dan Soleil menerusi kaeadah ibu tumpang. Malah di usia 50 tahun, Lisa Ray tetap tampak anggun dan awet muda.
Lisa Ray adalah definisi wanita yang cukup memberikan inspirasi dan contoh seorang ibu dan isteri yang kuat! Semoga baik-baik saja buat Lisa Ray.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda meminati dunia sukan tempatan pasti mengenali seraut wajah ayu Aina Suzaily Mohd Zailanny, 28 tahun ini. Petah berkata-kata dan handal berbicara tentang dunia sukan yang didominasi lelaki ini. Tidak sangka minat sejak kecil dengan bola sepak boleh menjadi salah seorang insan penting dalam dunia sukan ini.
“Ya, minat bola dari sekolah lagi sebenarnya. Tengok bola dulu sebab enjoy tengok perlawanan dan tendangan goal. Tapi tidak sampai betul-betul study pasal team dan lain-lain. Tapi bila sekarang bekerja dengan bola, jadi macam lebih details. Lebih tahu pasal team, pasal selok-belok dalam game, laws of the game dan lain-lain,” jelas Aina memulakan bicara.
Apabila ditanya tentang bagaimana cara membawa diri di tengah-tengah dunia yang dikuasai lelaki itu, terangnya, “Cara bawa diri tak ada apa beza sangat. Macam biasa. Sebab fokus dan tujuan saya ke padang misalnya memang untuk kerja. Kendalikan tugas sbg #pitchsidehost. Menemu ramah sebelum perlawanan dan selepas perlawanan bola. Jadi banyak yang perlu difikirkan sebelum temu ramah itu. Soalan-soalan perlu disediakan sebelum perlawanan bermula. Kadang-kadang lupa juga dikelilingi kaum lelaki tempat saya bekerja.
Sentiasa kelihatan kekal bergaya walau di tengah padang Aina tidak menolak tepi tentang penjagaan kecantikan. “Saya banyak tengok pitch side host luar atau lebih dikenali dengan sideline sports reporter. Mereka memang lawa di padang, contohnya Sara Carbonero. Mereka masih kekal jelita walaupun bekerja dalam bidang sukan yang kita kenal didominasi kaum lelaki. Jadi bagi saya, buat apa kerja pun, kita sebagai wanita kekalkan imej wanita. Dan kecantikan itu luas. Cara pakai, cara bawak diri, cara komunikasi. Dan semasa saya bertugas di padang, lebih pentingkan kekemasan. Nampak kemas, profesional dan elegan,” jelas Aina yang meminati Kelab Liverpool ini.
Menurut Aina, kenangan paling manis sepanjang terlibat dengan dunia bola sepak adalah menerima jersey sebagai hadiah. “Bagi setiap peminat bola sepak, jersey pemain adalah hadiah paling berharga untuk mereka. Jadi saya pula bertugas dikelilingi pemain-pemain bola. Selepas interview tu kadang-kadang jersey-jersey #matchworn (jersey yang dipakai oleh pemain semasa perlawanan) senang nak dapat. Banyak juga koleksi jersey personal saya,” ungkapnya sambil tersenyum.
Sebagai penggiat dunia sukan Aina juga positif apabila minta diulas tentang pandangannya mengenai perkembangan dunia bola sepak Malaysia? “Bola sepak Malaysia pernah dihormati di benua Asia – layak ke Sukan Olimpik 2 kali, 1972 & 1980. Malaysia pasukan ke2 paling berjaya dalam Sukan SEA (Sukan Asia Tenggara) di belakang Thailand. Liga Malaysia (termasuk kejohanan Piala Malaysia) sangat meriah dan ada tradisi tersendiri. Liga Super sekarang juga antara yang terbaik di Asia Tenggara. Namun pencapaian dan keputusan pasukan kebangsaan Malaysia agak merudum sejak lewat 1980-an. Itu yang sedang diperbaiki oleh FAM, TMJ dan Nelo Vingada dalam usaha kebangkitan. Malaysia Boleh!!!
TRIVIA AINA SUZAILY MOHD ZAILANNY
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rita Rudaini & Fazura cetus semangat kepada ramai wanita apabila muncul bersama dalam Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 di MITEC, simbol ketabahan dan inspirasi wanita Malaysia.