Ads

The New World of seeNI, Peralihan Identiti Baharu Nu Ideaktiv & Janjikan Lebih Konten Manfaat

The New World of seeNI membuka lembaran baharu dalam industri media digital Malaysia menerusi peralihan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI, sekali gus menjanjikan lebih banyak konten bermanfaat, segar dan relevan untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Bukan sekadar penjenamaan semula, transformasi ini turut menyatukan kekuatan jenama media, bakat kreatif dan komuniti dalam satu ekosistem bersepadu, disamping membuka peluang kerjasama strategik yang lebih luas demi memperkasa masa depan industri kreatif negara.

Transformasi bersejarah ini diperkenalkan menerusi acara The New World of seeNI yang berlangsung di D’Theatre, Hextar World at Empire City, Petaling Jaya pada 29 Oktober 2026.

Acara berkenaan turut menjadi pentas memperkenalkan barisan kandungan seeNI bagi tahun 2027, bakat kreatif serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri.

The New World of seeNI
The New World of seeNI
The New World of seeNI
The New World of seeNI

The New World of seeNI, Satukan Kekuatan Jenama Media Popular

Sebagai syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf yang ditubuhkan pada 2018, Nu Ideaktiv telah membina portfolio jenama media yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Kini menerusi identiti seeNI, jenama popular seperti NONA, Mingguan Wanita, Remaja, Rasa, Keluarga, Pa&Ma, Media Hiburan, Roda Panas, Borak seeNI dan seeNI Creator Academy disatukan di bawah satu jenama induk.

Penyatuan ini membuka ruang kepada penghasilan kandungan yang lebih menyeluruh, merentasi pelbagai minat, generasi dan peringkat kehidupan.

The New World of seeNI
The New World of seeNI
The New World of seeNI
The New World of seeNI
The New World of seeNI
The New World of seeNI

Daripada kisah inspirasi wanita, kekeluargaan dan keibubapaan sehinggalah hiburan, gaya hidup serta dunia automotif, kekuatan setiap jenama menjadi aset penting dalam mendekati khalayak dengan lebih berkesan.

Ads

Tunjang Utama Pacu Transformasi The New World of seeNI

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, seeNI memperkenalkan pendekatan lebih bersepadu bagi menghubungkan khalayak, pencipta kandungan dan rakan perniagaan.

Komuniti menghubungkan masyarakat melalui minat serta pengalaman bersama, manakala Kandungan menggabungkan kepakaran penceritaan, produksi dan kekuatan bakat kreatif.

Komersial pula menterjemahkan hubungan tersebut kepada peluang pengiklanan, penajaan dan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada semua pihak.

Pendekatan ini membolehkan jenama berinteraksi dengan khalayak secara lebih relevan, bukan sekadar bergantung kepada penempatan iklan konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, menegaskan bahawa perubahan identiti ini mencerminkan aspirasi syarikat untuk membina masa depan yang lebih mampan.

Ads
The New World of seeNI
The New World of seeNI

“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

seeNI Collective & seeNI Talent Buka Peluang Baharu

Antara perkembangan menarik ialah pengenalan seeNI Collective, yang menghimpunkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif serta rakan strategik bagi memperluas peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional.

Kerjasama bersama TVS dan Novel Karangkraf memberi tumpuan kepada penerbitan serta adaptasi kandungan, manakala Komet Productions menerusi seeNI Story Lab berperanan memperkasa bakat baharu industri kreatif.

Dalam dunia fesyen dan gaya hidup, kolaborasi bersama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) turut memperluas jaringan industri.

The New World of seeNI
The New World of seeNI
The New World of seeNI
The New World of seeNI

Sementara itu, seeNI Talent diperkenalkan bagi memadankan bakat dengan kandungan, kempen jenama, acara serta peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak dan kesediaan mereka.

Ads

Inisiatif ini memperlihatkan usaha seeNI untuk membina ekosistem yang bukan sahaja meraikan kreativiti, malah membuka peluang pertumbuhan kepada bakat dan rakan industri.

Membawa aspirasi More Begins Here, seeNI berhasrat menjadi destinasi bersepadu yang menghimpunkan pelbagai bentuk kandungan dan pengalaman digital.

Menerusi aplikasi agregator serta hab kandungan digitalnya, pengguna boleh meneroka artikel, berita, video, drama vertikal dan kandungan janaan pengguna dalam satu platform.

Dalam landskap media yang semakin dinamik, transformasi ini mencerminkan kepentingan inovasi, kolaborasi dan keberanian meneroka peluang baharu.

Lebih daripada sekadar identiti korporat, The New World of seeNI membawa aspirasi untuk terus menghasilkan kandungan yang dekat dengan masyarakat, memperkukuh hubungan komuniti dan mencipta nilai berpanjangan.

Kerana di sebalik setiap perubahan besar, sentiasa ada peluang baharu untuk berkembang, memberi inspirasi dan mencipta masa depan yang lebih bermakna.

Artikel berkaitan: Shaza Bae & Adriana Adnan Tamatkan HYROX Jakarta 2026, Semangat Juang Mereka Jadi Inspirasi

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Sanae Takaichi

Sanae Takaichi, PM Wanita Pertama Jepun Dedah Realiti Mengejutkan, Paling Berkuasa...

Di sebalik kedudukannya sebagai wanita pertama menerajui Jepun, Sanae Takaichi mendedahkan rutin harian yang menambah masa sehingga empat jam. Kisahnya membuka mata tentang realiti wanita bekerjaya, tanggungjawab domestik dan erti kejayaan sebenar.