Ads

“I Menang Sebab Doa You Sayang,” Siti Elizad Terharu Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik!

Siti Elizad Menang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
Siti Elizad Menang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik

Pelakon cantik, Siti Elizad menzahirkan rasa syukur dan terharu atas kejayaan merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 yang berlangsung pada 24 Oktober 2026. Elizad memenangi kategori tersebut menerusi drama Detik Waktu (TV Okey).

Siti Elizad Menang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin ini tidak menyangka menggondol anugerah tersebut memandangkan calon-calon yang bertanding merupakan nama besar dalam industri dan berbakat.

Bersempena kejayaan itu, pengacara yang juga bekas penyampai radio Sinar FM berkenaan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan drama Detik Waktu. Selain berterima kasih kepada suami tercinta iaitu Shamsul Baharin yang sentiasa menyokong karier seni Siti Elizad.

“I Menang Sebab Doa You Sayang,” Siti Elizad Terharu Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik! “I Menang Sebab Doa You Sayang,” Siti Elizad Terharu Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik!

“I Menang Sebab Doa You Sayang,” Siti Elizad Terharu Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik!

Kongsinya, “Syukur Ya Allah, hari ini Allah menulis satu lagi kisah indah dalam perjalanan hidupku. Rezeki yang tak pernah aku pinta dengan berani tetapi akhirnya Allah hadiahkan dengan penuh makna.

Ads

Alhamdulillah diberi peluang untuk membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2026.”

Siti Elizad Hargai Doa Suami

“I Menang Sebab Doa You Sayang,” Siti Elizad Terharu Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik! “I Menang Sebab Doa You Sayang,” Siti Elizad Terharu Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik!Tambahnya lagi, “I menang sebab doa you sayang. Di sebalik kemenangan ini, ada doa yang tak pernah putus dari you, insan yang tak pernah berhenti menasihati, mengasihi, menyayangi dan menyintai kekurangan dan ketidaksempurnaan I.

Kalau arwah mama masih ada, mesti dia orang yang paling happy hari ini. Dialah insan pertama yang hantar susah-payah pergi casting, insan yang membuka pintu pertama dalam perjalanan seni aku.

Ads

Terima kasih buat ayahandaku, setiap pagi doakan anakmu pergi shooting dalam keadaan selamat dan seluruh keluarga atas doa yang tidak pernah putus.

“I Menang Sebab Doa You Sayang,” Siti Elizad Terharu Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik! “I Menang Sebab Doa You Sayang,” Siti Elizad Terharu Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik!

Ads

Terima kasih kepada barisan juri-juri profesional ASA 2026 yang memberikan kepercayaan ini, stesen TV RTM dan TV Okey yang dari dulu selalu percaya untuk aku memegang watak-watak yang baik dan naskhah hebat untuk dimainkan.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang turut bertanding, tahniah untuk kalian. Kita mungkin pulang dengan cerita yang berbeza tetapi kalian juga pemenang.”

Antara calon yang bertanding dalam kategori ini ialah Mimi Lana, Sharifah Sakinah, Nora Danish dan Nad Zainal.

Turut menemani Siti Elizad ke Anugerah Seri Angkasa 2026 ialah suami tercinta, Shamsul Baharin.

Artikel https://www.nona.my/hingga-ke-jannah-dato-dr-sheikh-muszaphar-datin-dr-halina-rai-ulang-tahun-perkahwinan-ke-16/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

TOUJOURS ADVANCED

Toujours Advanced Perkenal Zarif Ghazzi Sebagai Duta, Inspirasi Jenama Kesihatan Terus...

Toujours Advanced tampil dengan Zarif Ghazzi sebagai duta jenama 2027, memperkukuh visi kesejahteraan dan inspirasi perniagaan.