Ads

Nordiana Mohd Shaari Cekal Lawan Kanser Payudara, Kisah Menyayat Hati 9 Bulan Selepas Kehilangan Ibu!

Nordiana Mohd Shaari
Nordiana Mohd Shaari

Nordiana Mohd Shaari tabah melawan kanser payudara ketika hatinya masih berduka akibat kehilangan ibu tersayang. Belum pun genap setahun pemergian insan paling dicintai, peguam hartanah berusia 36 tahun ini menerima perkhabaran yang meruntun jiwa apabila disahkan menghidap kanser payudara. Sebagai anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, ketakutan terbesar Nordiana bukan sekadar kehilangan nyawa, tetapi membayangkan dua cahaya mata yang masih kecil terpaksa melalui keperitan membesar tanpa kasih seorang ibu, sebagaimana dirinya yang masih bergelut dengan kerinduan.

Dalam episod istimewa Vodcast Nona Pinktober 2026, Nordiana Mohd Shaari membuka lembaran paling getir dalam hidupnya. Di sebalik senyuman yang kembali terukir, tersimpan kisah air mata, pengorbanan keluarga dan kekuatan seorang wanita yang enggan menyerah kepada takdir tanpa berjuang.

Nordiana Mohd Shaari Kesan Ketulan Kanser Payudara Ketika Mandi

Sebelum diuji dengan penyakit tersebut, kehidupan Nordiana Mohd Shaari tidak banyak berbeza daripada wanita bekerjaya lain. Hari-harinya dipenuhi tanggungjawab sebagai peguam hartanah, isteri dan ibu kepada dua anak yang ketika itu berusia tujuh dan dua tahun.

Segalanya berubah apabila dia menyedari terdapat ketulan agak besar pada payudaranya ketika mandi. Anehnya, ketulan tersebut tidak mendatangkan kesakitan. Namun, naluri seorang wanita membuatkannya tidak sedap hati. Nordiana Mohd Shaari segera mendapatkan pemeriksaan ultrasound di sebuah klinik sebelum dimaklumkan bahawa ketulan tersebut kelihatan mencurigakan.

Lebih meresahkan apabila petugas yang melakukan imbasan beristighfar sebaik melihat keadaan ketulan berkenaan. Nordiana kemudiannya dinasihatkan menjalani biopsi bagi mendapatkan pengesahan lanjut. Saat itu, seluruh kehidupannya seolah-olah berubah dalam sekelip mata. Saksikan perkongsian penuh vodcast bersama Nordiana di sini…

Disahkan Hidap Kanser Payudara, Ujian Nordiana Mohd Shaari Selepas Kehilangan Ibu

Bagi Nordiana, perkhabaran tersebut hadir ketika luka kehilangan ibunya masih belum sembuh. Sembilan bulan sebelumnya, keluarga mereka baru sahaja kehilangan insan yang menjadi tempat menumpang kasih.

Sebagai anak perempuan tunggal, dia memahami betapa besarnya kehilangan itu buat bapanya dan seluruh keluarga. Kini, dia pula terpaksa berdepan kemungkinan yang paling ditakuti.

Ads

“Of course I fikir kematian because actually I just lost my mother nine months before the diagnosis. So I rasa ni macam dah grieving. Belum sampai setahun lagi kita orang tengah grieving. My father, my family members, semua my siblings dan I satu-satunya anak perempuan dalam keluarga and I’m the youngest pula tu.”

Luahan tersebut memperlihatkan sisi rapuh seorang wanita yang masih merindui ibunya, namun dalam masa sama perlu mengumpul keberanian untuk menghadapi ujian sendiri.

Betapa beratnya apabila seorang anak yang masih belajar hidup tanpa ibu, kini terpaksa memikirkan nasib anak-anaknya jika sesuatu berlaku kepada dirinya.

Nordiana Mohd Shaari
Nordiana Mohd Shaari

Anak Kecil Jadi Kekuatan Nordiana Mohd Shaari Melawan Kanser Payudara

Sepanjang melalui rawatan, Nordiana Mohd Shaari bertuah kerana sentiasa dikelilingi suami, keluarga dan sahabat yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Namun, pengorbanan anak sulungnya yang ketika itu baru berusia tujuh tahun meninggalkan kesan paling mendalam.

Ads

Pada usia yang sepatutnya dipenuhi dunia permainan, anak kecil tersebut sudah belajar berdikari, membantu memandikan adik dan menyediakan susu ketika ibunya tidak berdaya.

Antara kenangan paling menyentuh hati ialah ketika Nordiana terpaksa dimasukkan ke Institut Kanser Negara selama lima hari empat malam akibat jangkitan.

“The moment yang I paling ingat, masa tu I emergency warded di Institut Kanser Negara lima hari empat malam because of the infection. Dia orang ikut saya sampai ke emergency, masa tu dalam dua pagi macam tu, semua ada. Dia orang tunggu dekat depan tu. So saya kat dalam cakap, I have to go back sebab my daughters are waiting dekat luar.”

Kata-kata tersebut cukup menggambarkan naluri seorang ibu. Dalam keadaan tubuh menanggung kesakitan, fikirannya tetap tertumpu kepada anak-anak yang menunggu kepulangannya.

Barangkali itulah kekuatan paling luar biasa seorang wanita. Dia boleh menangis dalam diam, tetapi kasih terhadap keluarga membuatkannya terus bangkit.

Ads

Nordiana Mohd Sha’ari Bangkit Selepas Kanser Payudara, Aktif Bersama BCWA

Kini, Nordiana semakin pulih dan menjalani kehidupan dengan perspektif yang berbeza. Pengalaman berdepan kanser menjadikannya lebih menghargai kesihatan, masa dan peluang bersama insan tersayang.

Dia mula memberikan perhatian terhadap pemakanan seimbang, memperbanyakkan pengambilan protein dan sayur-sayuran serta aktif melakukan aktiviti fizikal seperti berlari dan mendaki.

Nordiana Mohd Sha'ari
Nordiana Mohd Sha’ari

Tidak terhenti di situ, Nordiana turut bergiat aktif sebagai ‘Duta Kenali Ubat Anda’ di bawah Institut Kanser Negara, selain menyertai Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA) dan kumpulan sokongan pesakit kanser payudara. Pengalaman yang pernah mengundang ketakutan kini menjadi kekuatan untuknya menyuntik harapan kepada wanita lain.

Pesanan Nordiana Mohd Sha’ari, “Pengesanan Awal Kanser Payudara Sangat Penting”

Menerusi perkongsiannya dalam Vodcast Nona Pinktober, Nordiana menyeru wanita supaya lebih peka terhadap perubahan tubuh dan tidak menangguhkan pemeriksaan kesihatan.

“Saya boleh bagi kata-kata yang early detection really matters lah. So whatever apa yang tak kena dekat your body, you kena seek for the medical expert. Sebab macam I kata, tak semua lump adalah cancerous. Dia boleh jadi benda lain.”

Sememangnya, tidak semua ketulan pada payudara menandakan kanser. Namun, setiap perubahan yang mencurigakan perlu diperiksa oleh doktor. Pemeriksaan klinikal dan mamogram juga boleh dipertimbangkan berdasarkan usia, faktor risiko serta nasihat perubatan.

Buat semua wanita, jangan tunggu sehingga tubuh memberi amaran yang lebih serius. Lakukan pengesanan awal kanser payudara dan dapatkan pemeriksaan sekiranya terdapat perubahan luar biasa. Kerana menjaga kesihatan diri bukan sekadar untuk terus hidup, tetapi untuk menikmati lebih banyak hari yang bermakna bersama insan tersayang.

Artikel berkaitan: Cikgu Roshila Saufi Tabah Lawan Kanser Payudara Tahap 2A, “Kalau Awal Sikit, Mungkin Baru Tahap 1”

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Cikgu Roshila Saufi

Cikgu Roshila Saufi Tabah Lawan Kanser Payudara Tahap 2A, “Kalau Awal...

Cikgu Roshila Saufi terkilan kerana lewat mengesan kanser payudara tahap 2A. Kisah ketabahan ibu lima anak ini menyentuh hati dan membawa mesej penting tentang pengesanan awal.