Ads

Raih Anugerah Naib Canselor, Raja Azura Syukur Anak Tamat Graduasi & Jadi Pelajar Cemerlang Sejak Sekolah!

Anak Raja Azura Raih Anugerah Naib Canselor (ANC)
Anak Raja Azura Raih Anugerah Naib Canselor (ANC)

Ibu mana tidak bangga melihat kejayaan anak tersayang di menara gading. Bahkan sejak di bangku persekolahan lagi, anak Raja Azura iaitu Puteri Mia Maizura melakar pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Terbaharu, anak gadis tersebut sekali lagi membanggakan ibu tersayang apabila meraih Anugerah Naib Canselor (ANC) sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-105.

Anak Hadiahkan Raja Azura Selempang Merah Jambu

Raih Anugerah Naib Canselor, Raja Azura Syukur Anak Tamat Graduasi & Jadi Pelajar Cemerlang Sejak Sekolah! Raih Anugerah Naib Canselor, Raja Azura Syukur Anak Tamat Graduasi & Jadi Pelajar Cemerlang Sejak Sekolah! Raih Anugerah Naib Canselor, Raja Azura Syukur Anak Tamat Graduasi & Jadi Pelajar Cemerlang Sejak Sekolah! Raih Anugerah Naib Canselor, Raja Azura Syukur Anak Tamat Graduasi & Jadi Pelajar Cemerlang Sejak Sekolah!

Berkongsi momen bahagia itu, pengacara program Kilauan Emas berkenaan memanjat kesyukuran atas kejayaan Puteri Mia Maizura ‘menghadiahkan’ selempang merah jambu buat dirinya sempena majlis graduasi pada 18 Oktober lepas.

Titip figura popular ini, “Alhamdulillah syukur. Anugerah Selempang Pink ialah selendang kebesaran yang dipakai oleh graduan UiTM semasa Majlis Konvokesyen sebagai simbol kecemerlangan akademik tertinggi dan menamatkan pengajian dengan keputusan Kelas Pertama UiTM.

Terima kasih hadiahkan mama Selempang Pink (ANC). Terbang tinggi. Doa mama buat Mia dan Ajiq, Haqim. Semoga berjaya menggalas amanah di dunia dan akhirat.”

Ads

Raih Anugerah Naib Canselor, Raja Azura Syukur Anak Tamat Graduasi & Jadi Pelajar Cemerlang Sejak Sekolah! Raih Anugerah Naib Canselor, Raja Azura Syukur Anak Tamat Graduasi & Jadi Pelajar Cemerlang Sejak Sekolah! Raih Anugerah Naib Canselor, Raja Azura Syukur Anak Tamat Graduasi & Jadi Pelajar Cemerlang Sejak Sekolah!

Ketabahan dan semangat Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku yang membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat khususnya kaum wanita.

Tahun 2024, anak sulungnya iaitu Megat Muhammad Raziq berjaya menggenggam diploma dan kali ini giliran Puteri Mia Maizura pula mengikut jejak langkah abang tersayang.

Ads

Artikel https://www.nona.my/doa-mama-selalu-untuk-anak-anak-mama-raja-azura-syukur-anak-sulung-genggam-diploma/

Raja Azura Bangga Kejayaan Anak

Ibu cekal ini dalam pada itu turut mengimbau pencapaian satu-satunya anak gadisnya ketika berada di bangku sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YM Raja Azura (@raja_azura)

Ads

“Throwback tahun 2022. Tarikh yang sama 18 haribulan Oktober cuma tahun yang berbeza. Hadiah Hari Jadi mama. Puteri Mia Maizura anak Raja Azura dianugerahkan pencapaian cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater, Anugerah Tokoh Murid 2022 Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.”

Didikan pelakon, pelawak, dan pengacara ini terhadap tiga orang anak menjadi inspirasi kaum ibu biarpun sudah lebih sedekad dia bergelar ibu tunggal.

Selain Puteri Mia Maizura, dua lagi anak figura ini ialah Megat Raziq dan Megat Luqman Haqim.

Moga anak-anak Raja Azura bukan saja berjaya dalam bidang akademik malah sahsiah diri yang menjadi kebanggaan ibu tersayang. Sesungguhnya pengorbanan anak seni bernama Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini dalam membesarkan tiga anak menyuntik kekuatan kepada mereka yang bergelar ibu tunggal.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Nona Pinktober

Nona Pinktober 2026 Satukan Selebriti & NGO, Setiap Smash Membawa Harapan...

Nona Pinktober 2026 menyatukan selebriti, NGO dan penaja menerusi kejohanan pickleball amal demi meningkatkan kesedaran kanser payudara.