Regim kecantikan banyak langkahnya sampai penat dibuatnya. Sebab ramai yang over do sehingga kulit jadi ‘sakit’. Inilah penyebabnya.
Produk
Ads
Pencuci wajah yang betul menanggalkan kotoran dan solekan, bukannya minyak semula jadi yang ada pada kulit atau sel-sel sihat. Pastikan produk yang hanya memberi kebaikan pada kulit dengan melihat kandungannya. Organik lebih bagus!
Over do
Mencuci wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika terlebih, pasti menimbulkan iritasi dan memaksa kulit mengeluarkan lebih banyak minyak. Jika anda tak bersolekan atau berpeluh sepanjang hari, tidak perlu pencuci wajah pada waktu malam dan cuba bersihkan wajah hanya dengan air suam. Beri masa untuk kulit berehat.
Salah suhu
Mitos: Air panas membuka pori dan air sejuk menutupnya kembali. Realitinya, pori tidak mempunyai otot untuk terbuka dan tertutup. Air panas terasa baik untuk kulit tetapi ia sebenarnya mengganggu kulit semula jadi anda, minyak perlindungan dan membawa kepada over-drying atau over production sebum. Air suam paling terbaik!
Penggelupasan terlalu banyak
Penggelupasan baik untuk membuang sel kulit mati tetapi kesederhanaan adalah kata kunci. Skrub muka hanya sesuai digunakan dua kali seminggu agar kulit anda tidak kasar dan terasa pedih. Gunakan tangan dan elakkan tuala kerana ia lebih kasar dan menyakitkan kulit wajah.
Cuci bersih
Apabila anda tidak membersihkan wajah dengan betul, sabun yang tertinggal itu akan menjadi sisa dan menutup pori serta mengeringkan kulit. Cuci sempurna walaupun anda garisan rahang, garisan rambut dan hidung kerana ia biasanya menjadi spot terlepas pandang.
Kandungan iritasi
Berjanjilah pada kulit anda untuk tidak menggunakan produk mengandungi bahan-bahan penyebab iritasi seperti pewangi, pewarna dan bahan preservatif seperti paraben. Sentiasa baca label kandungan sebelum membeli produk penjagaan kulit.
Tuala muka
Ads
Tekap, jangan gosok. Benar, menggosok tuala pada muka terasa sedap tetapi ia umpama menarik kulit dan meletakkan kulit wajah anda pada tahap elastik. Pilih tuala muka yang lembut dan sesuai untuk wajah. Paling penting, jangan berkongsi tuala muka walaupun kulit muka orang itu tidak bermasalah.
Lembapan berpanjangan
Untuk melembutkan kulit dan membiarkan kulit wajah terus lembap dan berseri, sapu pelembap wajah sebaik sahaja anda menbersih wajah. Begitu juga dengan sapuan serum dan produk rawatan kulit lain. Biarkan kulit anda benar-benar kering agar serum dan losyen pelembap tadi boleh menyerap sempurna.
Pelaburan jangka panjang
Semakin meningkat usia, kulit wajah semakin sukar dibelai. Penjagaan lebih rapi perlu agar ia sentiasa terpelihara. Cari produk dengan kandungan ringkas, semula jadi dan kekal merawat wajah berbanding produk berjenama, mahal tetapi meninggalkan kesan sampingan.
Ads
Takut minyak
Ramai mengelak dari menyapu minyak pada wajah kerana telah lama disogokkan dengan pendapat;wajah berminyak akan menambahkan lagi minyak pada wajah. Kajian menunjukkan minyak yang betul boleh membersihkan pori wajah dan menjadikan ia lebih lembap dan terpelihara serta mengelakkan kulit wajah dari kering dan kusam.
.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali penyanyi bersuara lunak, serta guru vokal terkenal Syafinaz Selamat. Baru baru ini, Datuk Syafinaz Selamat mencuri tumpuan ramai selepas tampil manis dan berhijab menerusi hantaran video di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 50 tahun itu tampil sopan mempromosikan sebuah karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan berdekatan Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.
Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi yang juga juri tetap rancangan GEGAR VAGANZA itu mengenakan hijab penuh dengan hanya mengenakan solekan ringkas dan natural sehingga hantaranya itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut dan peminatnya.
Rata-rata ramai memuji kecantikan Syafinaz yang berusia 50 tahun itu yang kelihatan cukup ayu dan manis apabila memakai hijab selain turut mendoakannya dirinya kekal istiqamah dan terbuka membawa imej tersebut suatu hari nanti.
Apatah lagi Syafinaz atau mesra disapa Tok Naz pernah beberapa kali tular apabila menjadi guru vokal buat qari dan qariah bagi memantapkan teknik taranum dan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran di sebuah akademi di Negeri Sembilan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejelitaan milik pelakon era 1990an ini seakan tidak pernah pudar. Mana tidaknya, meniti usia lewat 40an dan sudah pun mempunyai tiga anak yang semakin meningkat dewasa, Datin Mas Anizan tetap kelihatan menawan dan awet muda! Tidak hairanlah, beliau sering mendapat tawaran berlakon hingga ke hari ini. Apatah lagi anak-anak pun sudah besar.
Masih ingat lagi momen pertama kali bertemu Datin Mas Anizan atau nama sebenarnya Mas Anizan Mohd Shahid ketika sesi fotografi penghias muka depan Nona November 2015. Ternyata beliau seorang yang sangat disenangi, ramah dan cukup menjaga tutur kata.
Terbaharu, penampilan Datin Mas Anizan di samping anak gadisnya, Mas Aliza dalam sebuah video pendek sempena sambutan Hari Ibu telah menarik perhatian peminat. Tidak hanya dikagumi kerana keakraban beliau bersama anak bahkan wajah cantik Datin Mas Anizan turut menjadi bualan ramai.
Menerusi video tersebut, selain berkongsi sisi peribadi beliau turut mendedahkan gemar melakukan aktiviti hiking. Patutlah Datin Mas Anizan kekal langsing, rupa-rupanya aktif dengan sukan lasak tersebut.
Tertawa saat menerima pujian mengenai rupa paras dan penampilannya, Datin Mas Anizan ketika ditemu bual Nona dalam nada rendah diri berkata, “Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan dan pinjaman yang telah diberikan. Semua wanita di luar sana pasti turut sama sukakan kepada kecantikan. Begitu juga saya. Tetapi tidaklah terlalu cerewet.
Untuk menjaga kecantikan wajah, saya hanya mengamalkan pemakaian produk kulit yang asas seperti cleanser, toner, serum, moisturizer dan eye cream. Selain itu, tidur yang cukup juga adalah amat penting.
Kecantikan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan wajah sebaiknya penjagaan badan juga harus dijadikan keutamaan. Selepas melahirkan Ariana, saya sudah jarang mengunjungi spa kecantikan. Sebaliknya lebih selesa untuk memanjakan diri ala spa di rumah.”
Dirisik apakah petua tradisi yang diamalkan sehingga ke hari ini, selebriti bermata bundar ini lantas membuka bicara. “Dari segi amalan tradisional, saya mengamalkan minuman jus pegaga yang dibuat sendiri di rumah.
Hanya cuci bersih daun tersebut dan kisarkan menjadi minuman. Tidak perlu tambah gula. Inilah minuman yang saya amalkan dari dahulu lagi selain turut mengambil multi vitamin sebagai suplemen tambahan.”
Kredit: Instagram Mas Anizan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbeza di Indonesia, amalan meminum jamu adalah satu kebiasaan yang dimulakan gadis
seawal 13 tahun. Namun di Malaysia sendiri amalan ini cukup asing, malah ada yang skeptikal akan keberkesanan yang dijanjikan minuman herba ini Tidak melihat ini sebagai halangan untuk memperkenalkan Jamu Mutyara, siapa sangka selepas lima tahun berada di pasaran, Jamu Mutyara kini menjadi antara produk pilihan wanita di negara ini.
Sekali gus berjaya memecahkan stigma masyarakat di negara ini terhadap minuman herba
tersebut. Bercakap mengenai Jamu Mutyara yang diformulasi secara turun termurun oleh
keluarga pemilik jenama ini Tya Arifin, ternyata wanita yang berasal dari Palembang,
Indonesia ini yakin akan potensi produk keluarannya ini.
Berbeza dengan jamu tradisional, antara faktor utama mengapa Jamu Mutyara menjadi
pilihan adalah melalui rasanya yang enak. Menurut Tya fokus utamanya dalam menghasilkan Jamu Mutyara adalah melalui bahan bahan yang berkhasiat selain mempunyai manafaat yang baik.
“Selalunya jamu kita bayangkan pahit tidak sedap. Sebab itu bila hasilkan Jamu Mutyara lima tahun lalu fokus saya adalah untuk pastikan jamu ini sedap selain mengekalkan khasiat sedia ada.
“Melalui bahan-bahan dalam Jamu Mutyara ini sendiri anda boleh lihat kepentingan untuk
tubuh badan kita terutamnya wanita,” jelasnya.
Peka dengan permintaan pengguna, terkini Jamu Mutyara juga muncul dengan produk Jamu Mutyara terbaharu. Berkongsi mengenai Jamu Mutyara dengan formulasi berbeza tanpa gula kini, jelas Tya ini adalah satu lagi kejayaan penting buat jenama ini.
“Kita tahu ramai wanita di luar sana yang memerlukan produk yang menepati pilihannya.
Seperti di Jamu Mutyara kami sentiasa mengambil berat akan setiap maklum balas pengguna.
“Melalui formulasi baharu ini kami hasilkan Jamu Mutyara tanpa gula. Namun di
sebalik produk baharu ini apa yang penting khasiat yang tersedia dalam setiap produk Jamu Mutyara masih sama,”katanya.
Sementara itu memperkenalkan Anna Jobling senagai duta untuk Jamu Mutyara, jelas Tya dia yakin dengan kerjasama ini dapat memperluaskan lagi golongan sasaran untuk produk
keluarannya ini.
“Sebagai antara pelakon popular kini Anna dilihat menjadi pilihan terbaik untuk mewakili
Jamu Mutyara. Paling penting bagaimana Anna yang berusia 22 tahun juga yakin dengan keberkesanan Jamu Mutyara ini selain turut mengamalkannya,”jelasnya.
Bagi yang ingin mendapatkan Jamu Mutyara, pembelian boleh dibuat melalui Usahawan
Mutyara atau melayari laman web www.mutyara.com. Selain itu produk ini juga boleh
didapati di Shopee atau menghubungi kami di talian 012-920 9011.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Nabila Razali yang juga merupakan suri hati kepada Nik Iruwan, kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka...