Ramai beranggapan hamil dan bersalin di usia 40 tahun mampu memberikan igauan ngeri buat kaum wanita. Selain risiko anak yang dilahir tidak ‘sempurna’, risiko masalah kesihatan para ibu di usia tersebut juga boleh menimbulkan kerisauan. Namun, semuanya berbalik kepada takdir serta bagaimana seorang wanita menjaga keadaan kesihatan dan kandungannya.
Namun dengan perkembangan teknologi terkini seperti rawatan IVF dan ibu tumpang, mana-mana wanita kini berpeluang untuk bergelar ibu walaupun usia sudah semakin meningkat. Jom NONA kongsikan barisan para selebriti antarabangsa yang hamil dan bersalin di usia 40 tahun.
Hillary Swank
Pada Oktober 2022, pelakon filem PSI I Love You itu berkongsikan dia menjangkakan kelahiran anak kembar dengan suaminya Philip Schneider. Hillary berusia 48 tahun ketika anak kembar mereka dilahirkan pada musim bunga 2023.
Cameron Diaz
Cameron Diaz mengumumkan kelahiran bayi pertamanya, Raddix, ketika aktres itu berusia 47 tahun walaupun anaknya itu lahir menggunakan kaedah ibu tumpang. Pada 2022, US Weekly melaporkan Diaz dan suaminya Benji Madden merancang untuk mempunyai anak lagi.
Uma Thurman
Uma Thurman sememangnya menginginkan anak yang ramai dan pada usia 41 tahun, dia melahirkan anak perempuan ketiganya, Luna.
Ads
Courteney Cox
Pelakon sitkom Friends’ ini berusia 40 tahun ketika dia melahirkan anak perempuannya Coco.
Paris Hilton
Paris Hilton dan pasangannya Carter Reum mendapat anak lelaki sewaktu Paris berusia 41 tahun. Bayi itu, Pheonix Barron Hilton Reum, telah dilahirkan pada Januari 2023 melalui kaedah ibu tumpang.
Nicole Kidman
Ads
Nicole Kidman menjadi ibu angkat kepada seorang gadis apabila dia hamil buat kali pertama. Nicole berumur 40 tahun. Dua tahun kemudian, rumahtangga Nicole dan suami semakin ceria dengan kelahiran seorang bayi lagi.
Mariah Carey
Penyanyi berbakat besar itu bergelar ibu kepada anak kembar pada usia 42 tahun. Dia akui kehamilannya tidak mudah, namun dia amat menyayangi anak-anaknya. Maghribi dan Monroe dilahirkan pada tahun 2011 dan bapa mereka ialah pelakon Nick Cannon.
Celine Dion
Ads
Pada tahun 2010, penyanyi itu memutuskan untuk menjalani rawatan IVF dan melahirkan dua anak lelaki: Nelson dan Eddy. Dion berusia 42 tahun dan sudah mempunyai seorang anak lelaki pada tahun 2001.
9. Meryl Streep
Pelakon legenda dan pemenang tiga anugerah Oscar tu sudah pun bergelar ibu kepada tiga orang anak apabila dia berhasrat untuk membesarkan keluarga. Pada usia 42 tahun, Meryl melahirkan anak keempatnya.
Eva Mendes
Pelakon dan model Cuba-Amerika itu mempunyai dua cahaya mata, Esmeralda Amada dan Amada Lee, masing-masing ketika berusia 40. Ayah mereka ialah suami Eva, pelakon tampan Ryan Gosling sekarang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beauty with brains! Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik malah Athisha Khan juga bijak orangnya. Nama personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa tersebut menjadi bualan warga net sejak foto terkini Athisha yang lengkap mengenakan jubah konvokesyen bertebaran di Internet.
Perkongsian momen-momen indah bersama keluarga itu dimuat naik Athisha di media sosial miliknya selepas dia berjaya menamatkan pengajian di United Kingdom. Difahamkan Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan tersebut kelihatan Athisha dan keluarga tersayang meraikan meraikan kejayaan dengan mengadakan majlis ringkas di rumah.
Selain kedua-dua ibu bapanya iaitu Datin Noor Kartini dan Datuk Abdul Halim Khan, Athisha turut diraikan oleh adik-beradik termasuk Neelofa, Sara, Aqief, Ameera Khan dan Faliq.
Berusia 23 tahun, Athisha juga merupakan vlogger popular dan mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.
Sementara itu, Datin Noor Kartini di IG miliknya menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira itu. “Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatMu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangMu amat luas dan nikmatMu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungi kami dari segala bala malapetaka.
Selamatkan kami di duniaMu dan di akhiratMu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatMu. Terima kasih anakku sayang Athisha Khan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat. Amiin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk perut ibu mengandung dapat anak kenang budi seperti Ayda Jebat. Mana tidaknya, walau sudah berjaya Ayda tetap tak lupakan jasa ibu bapa dan mengutamakan keluarga dalam segala hal. Terbaharu, selebriti cantik ini berkongsi detik terindah bersama keluarga yang membuat satu kejutan istimewa buat ibu tersayang, Rohana Mohamed. Rata-rata peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan penyanyi ini turut meluahkan rasa terharu dengan usaha Ayda!
Sambil memuatnaik foto dia memeluk ibu tersayang di hadapan sebuah rumah, kongsi Ayda, “Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.
Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah. Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’
Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever. Senyuman mama tu, priceless. Syukur & terima kasih semua yang menolong & terlibat dalam proses beli & surprise ni.”
Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila menerima kejutan seperti ini. Difahamkan rumah dua tingkat berkenaan berada dalam kawasan eksklusif Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor! Kalau tengok lokasi dan keluasan rumah, pasti harga kediaman ini mencecah hampir jutaan ringgit. Moga murah rezeki aktres ini sebab menggembirakan hati seorang ibu.
Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat mula mencipta nama dalam industri selepas menjadi salah seorang peserta program Akademi Fantasia tahun 2011. Kerjayanya dalam dunia seni kemudiannya terus berkembang dalam bidang lakonan dengan membintangi pelbagai drama antaranya Bukan Gadis Biasa dan filem Pinjamkan Hatiku. Selain itu, Ayda juga kembali mengasah bakat nyanyian dan hadir dengan lagu popular seperti Nakal, Pencuri Hati dan Temberang.
Baru berusia 28 tahun, Ayda yang juga seorang pelakon, penyanyi dan duta produk selamat bergelar tunang kepada pengacara Nabil Mahir pada April lalu. Pasangan ini dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang pada Januari tahun depan. Tahniah buat Ayda kerana menjadi pembakar semangat buat kaum wanita untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat kedua-dua ibu bapa.
Kredit: Instagram Ayda Jebat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan Disember menjadi pilihan ramai selebriti untuk berangkat ke Tanah Suci dan mengerjakan umrah. Tidak ketinggalan, Azrinaz Mazhar Hakim yang turut mengambil peluang akhir tahun ini untuk berada di sana dan lebih ‘dekat’ dengan Allah SWT.
Menerusi perkongsian di media sosial, Azrinaz sempat memuat naik foto di samping suami tercinta ketika berada di lapangan terbang sebelum berangkat ke Mekah.
Wajah bekas personaliti televisyen ini kelihatan berseri-seri yang tampil anggun dalam persalinan jubah putih dan tudung rona senada.
Kongsinya, “A journey to unlock the gates of mercy, forgiveness, and blessings also an opportunity to reset your spiritual compass and find yourself closer to Allah.”
Melihat penampilan anggun Azrinaz Mazhar Hakim, rata-rata peminat dan followers kesayangan memuji imej jelitawan ini. Apatah lagi, figura berusia 45 tahun berkenaan memiliki aura dan rupa paras cantik.
Di ruangan komen, Azrinaz turut ramah dan rajin membalas pertanyaan followers tersayang.
Ada yang meminta untuk mendoakan kesejahteraan, tidak kurang juga yang mendoakan agar perjalanan selebriti ini menunaikan ibadah umrah berjalan lancar serta mendapat umrah yang mabrur.
Dalam pada itu, ibu empat anak ini turut berkongsi Instagram Stories yang memaparkan dirinya berada di perkarangan Masjidil Haram untuk beribadah, melakukan ibadah tawaf dan saie serta cuba menyentuh Kaabah bersama-sama para jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang lain.
Azrinaz mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!