Hayati semangat ibadah haji dengan cara refleksi dan transformasi diri sempena Arafah #QuranHour 1446H pada tanggal 6.6.2025 ini.
Sempena Hari Arafah pada 6 Jun, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengundang wanita Muslimah dan seluruh umat Islam untuk menyertai Arafah #QuranHour yang bertemakan Ummah Berbudi & Penyayang, satu seruan lembut namun bermakna untuk menyemai kasih, budi dan nilai keinsanan dalam jiwa.
Arafah #QuranHour, yang dilaksanakan pada Hari Wukuf, memberi ruang refleksi diri yang mendalam buat para jemaah dalam suasana puncak ibadah haji. Ia memperkukuh nilai spiritual yang dibina melalui manasik, disulami dengan tadabbur al-Quran secara tematik, menjadikan haji bukan sekadar pengalaman fizikal, tetapi pengukuhan jiwa yang sebenar.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Arafah #QuranHour yang dilaksanakan pada Hari Wukuf memberi ruang refleksi diri yang mendalam bagi para jemaah dalam suasana puncak ibadah haji.
Surah al-Saff membawa tema 5 Formula Membina Karakter Duyufurrahman menekankan jihad melalui kesatuan dan perjuangan spiritual, seterusnya menjadikan setiap tindakan harian sebagai sebahagian jihad untuk memperbaiki diri.
Ads
Berpandukan tadabbur Surah al-Hajj dan Surah al-Saff, terdapat lima karakter Duyufurrahman dibina iaitu kesedaran bertuhan, proaktif, disiplin, jujur dan sabar.
Marhaini berkata, tidak cukup sekadar rindu pada Tanah Suci, ia perlu diterjemahkan kepada tindakan seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Siti Hajar. Pengorbanan mereka menjadi warisan dan inspirasi sepanjang zaman.
“Setiap manasik yang dilalui penuh dengan pelajaran rohani dan amali. Justeru, misi Arafah #QuranHour ialah menghidupkan semula semangat itu melalui tadabbur, penghayatan, dan pelaksanaan nilai-nilai Al-Quran dalam kehidupan pasca haji.”
Ads
Hayati semangat ibadah haji dengan cara refleksi dan transformasi diri sempena Arafah #QuranHour 1446H pada tanggal 6.6.2025 ini.
Sejak 2016, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menjadi pendukung utama dalam merealisasikan Arafah #QuranHour di Tanah Suci, meskipun berdepan dengan pelbagai komitmen besar dalam menguruskan operasi haji setiap tahun.
Komitmen berterusan ini mencerminkan kesungguhan TH dalam memperkukuh nilai rohani jemaah melalui penghayatan al-Quran. Ia turut dibantu oleh wakil Sinar Harian yang bertugas di lapangan Tanah Suci saban tahun.
Ads
Tahun ini, sokongan turut diperluaskan oleh beberapa agensi pelancongan haji dan umrah terkemuka seperti Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, KAWAN International Travel Sdn Bhd, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Juara Travel & Tours Sdn Bhd, yang turut menjayakan misi memperluas gelombang tadabbur al-Quran di Arafah.
Arafah Program tersebut dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama TH serta pelbagai rakan strategik. Orang ramai boleh mengikuti program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini di Astro Oasis pada pukul 12 tengah hari, diikuti TV9 (4 petang), Facebook QuranHour (6 petang) dan TV AlHijrah (9.30 malam).
Bahasa cinta adalah luahan kata-kata serta perbuatan yang nampak mudah namun cukup memberi makna. Yang susahnya ialah mencari bahasa cinta yang paling tepat buat pasangan.
Setiap orang memiliki bahasa cintanya yang tersendiri. Tetapi seiring dengan perubahan umur, bahasa cinta boleh berubah. Apabila pasangan saling jatuh cinta, kedua-duanya mula memahami dan mendalami bahasa cinta masing-masing.
Justeru, pilihlah bahasa cinta yang tepat untuk pasangan anda agar terciptanya bahagia. Dr Gary Chapman yang terkenal dengan rangkaian bukunya, 5 Love Languages menulis tentang 5 bahasa cinta yang paling asas iaitu:
UNGKAPAN CINTA
Sebelum tidur masing-masing melafazkan ucapan terima kasih atas kebaikan pasangan yang telah dilakukan pada hari itu. Ambil juga peluang untuk meminta maaf atas kekhilafan yang terjadi. Ungkapan cinta juga bermaksud memberi sokongan dan hormat kepada pasangan.
LAYANAN
Cinta tidak cukup dengan hanya luahan kata-kata. Sesetengah orang akan lebih merasai cinta apabila diberikan layanan terbaik oleh pasangan mahupun keluarga. Sudah tentu seseorang itu mengharapkan pasangannya memberi layanan paling istimewa buat dirinya.
PEMBERIAN HADIAH
Ada yang menjadikan amalan pemberian hadiah sebagai tradisi bagi melambangkan bahasa cinta. Maka ungkapan terima kasih, penghargaan, rasa hormat serta layanan istimewa akan lebih bermakna dengan pemberian hadiah. Tidak semestinya hadiah mahal, cukup sekadar pemberian kecil sebagai tanda cinta dan perhatian.
WAKTU BERKUALITI
Dua perkara penting yang menentukan arah perjalanan kita iaitu masa dan bagaimana kita memanfaatkannya. Tuntutan keperluan hidup seringkali mengganggu sebahagian besar waktu dan kita harus bijak mengambil peluang. Bagi pasangan, waktu berkualiti ialah saat berduaan tanpa gangguan.
SENTUHAN MESRA
Ada pasangan yang suka disentuh dan dibelai sebagai bukti cinta. Berikan saja, bukankah permintaan itu paling mudah lebih-lebih lagi ia tidak memerlukan tenaga dan kos?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejarah telah tercipta dalam industri seni tanah air apabila Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) berkolaborasi dengan legenda rock negara Ella pada 2 dan 3 Disember 2017 lalu.
Ella sendiri merupakan sebuah figura tersohor yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri muzik tanah air. Konsert ini sekaligus telah membuktikan, Ella mengukir nama menjadi antara yang terpenting dalam lipatan sejarah kerjaya seni beliau. Sekali gus menyertai senarai artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO antaranya termasuklah Tan Sri SM Salim, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Ramli Ibrahim dan Zainal Abidin.
Ella yang memulakan langkah dalam industri muzik sebagai penyanyi untuk kugiran rock Ella & The Boys sebelum bergerak secara solo pada tahun 1989. Muzik dan persembahan beliau melangkau usia; beliau kekal sebagai penyanyi rock wanita yang bertahan paling lama di Malaysia. Salah sebuah kejayaan beliau ialah apabila terpilih menyanyikan lagu rasmi Sukan Commonwealth ke-16 di Kuala Lumpur bertajuk Standing in the Eyes of the World pada tahun 1998.
Ini merupakan kali kedua Ella beraksi di pentas DFP selepas menjadi artis undangan dalam konsert MPO Rocks untuk DFP Seni Festival pada tahun 2013. Namun, ini merupakan konsert penuh beliau bersama MPO yang akan membawa penonton menyusuri perjalanan seni beliau, bertepatan dengan tema konsert A Rock Queen’s Journey.
Persembahan bertenaga Ella dengan interpretasi simfoni MPO untuk lagu-lagu malar segar seperti Pengemis Cinta, Pedih, Nuri, Rindu, Layar Impian, Bayangan, Kesal, Dua Insan Bercinta, Sembilu, Gemilang, Demi dan hit terbaru beliau, Ku Sedia benar-benar membangkitkan nostalgia dan kenangan buat para peminat setianya.
Malah Ella tampil selesa dengan dua persalinan sepanjang persembahan dengan gaya menawan. Malah, pada sesi kedua persembahan, gaun cantik yang dipakai oleh Ella hasil rekaan Mimpi Kita telah memukau peminat apatah lagi Ella tampil berkaki ayam untuk bebas melantunkan ekspresi seni persembahan sebagai ratu rock negara!
Usikan nakal dan manja Ella menjadikan persembahan pada malam tersebut sebagai satu persembahanyang wajar diingati sepanjang masa. Tahniah buat Ella!
Semua lagu digubah khas untuk konsert ini dan diberi nafas baru oleh penggubah-penggubah seperti Ahmad Muriz Che Rose, Jenny Chin, Luqman Aziz dan Leonard Yeap.
MPO yang dianggotai 90 pemuzik akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose yang memegang ijazah muzik dari Universiti Teknologi Mara, The Boston Conservatory dan Berklee College of Music. Beliau pernah membuat persembahan di pesta muzik kebudayaan di Indonesia, Singapura, Perancis and Amerika Syarikat. Di pentas DFP, beliau pernah memimpin konsert-konsert seperti Keroncong Merdeka pada tahun 2012 dan Aubrey Suwito & Friends with the MPO pada Mei lalu.
DFP boleh memuatkan seramai 920 penonton dalam satu masa dan mempunyai reka bentuk dan akustik yang mengagumkan. Saksikan kolaborasi dinamik MPO bersama penyanyi legenda ini, hanya di DFP! ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Romantisnya tengok foto-foto Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor yang dikongsikan di laman rasmi Selangor Royal Office. Tampil berbusana masyarakat India sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba, kemesraan baginda berdua nyata menarik perhatian ramai.
Menerusi posting terbaharu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.
Baginda berdua berharap agar pesta cahaya kali ini terus disambut dalam suasana yang harmoni, hormat-menghormati, penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang utuh.
Baginda juga mahu supaya sambutan perayaan sebegini diraikan dengan dengan meriah, sambil tetap berwaspada serta mematuhi SOP yang ditetapkan memandangkan wabak Covid-19 masih menular di dalam komuniti.
Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali mampu terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.
Dalam pada itu, foto-foto eksklusif yang dikongsikan ini juga dirakam di kediaman peribadi Baginda di Shah Alam. Baginda turut berkenan mengabadikan gambar bersama koleksi lukisan Baginda yang dilukis oleh Allahyarham Dato’ Ibrahim Hussien.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
UiTM melantik Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai Profesor Adjung Keusahawanan UiTM bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti dan menginspirasi generasi muda melalui pengalaman sebenar dunia perniagaan.