Cantik manis orangnya dan sangat merendah diri. YM Engku Liyana Zafirah berasal dari kerabat Diraja Pahang. Gadis manis berusia 31 tahun ini mesra disapa sebagai Engku Liyana.
Di sebalik ketenangan wajah yang dimiliki, Engku Liyana sebenarnya seorang gadis lasak serta aktif dengan kegiata sukan. Engku Liyana juga punya kerjaya hebat sebagai Pegawai Eksekutif di Universiti Putera Malaysia (UPM).
Sebelum bergelar Pegawai Eksekutif, Engku Liyana pernah bergelar juruwang di sebuah farmasi kesihatan sekitar tahun 2007. Ini membuktikan sejak usianya belasan tahun Engku Liyana seorang gadis yang berani dan berkeyakinan tinggi. Luaran nampak lembut namun dalaman jiwanya kental.
Maka tak hairanlah Engku Liyana yakin dan bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19. Baru-baru ini Engku Liyana telah berkongsi di akaun Instagram peribadinya pengalaman saat menerima dos pertama vaksin. Engku Liyana kelihatan ceria serta bersemangat setelah menerima suntikan tersebut.
Ads
“COVID-19 adalah virus yang berjangkit. Kes meningkat setiap hari dan ini sangat membimbangkan. Datangnya kekuatan untuk mengambil vaksin adalah kerana saya ingin melihat kembali negara kita bebas daripada virus COVID-19 seterusnya dapat meneruskan aktiviti secara normal dan boleh berekreasi seperti dulu. Pergerakan pun tidak terhad.
Maka, pengambilan vaksin COVID-19 adalah sangat penting. Ia membantu antibodi kita untuk melawan, mengurangkan gejala dan risiko untuk jatuh sakit (yang serius) jika kita terdedah dengan jangkitan. Pengambilan COVID-19 juga salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dengan membentuk imuniti kelompok.
Jenis vaksin yang saya terima ialah AstraZaneca (AZ). Namun sebelum itu, untuk memastikan saya benar-benar bersedia saya telah membuat persiapan awal dengan banyak membaca serta bertanya kepada rakan-rakan yang telah mengambil suntikan vaksin sebelum ini.
Saya dapati program imunisasi ada menyediakan parking flat rate RM2 (tidak lebih daripada 3 jam) di Sunway Putra Mall untuk penerima vaksin AZ ini. Ianya sangat membantu keana setelah meletakkan kenderaan, penerima vaksin boleh terus berjalan ke PWTC.
Ads
Alhamdulillah, setelah divaksin simptom yang saya alami tidak begitu serius. Tiada demam atau pening. Hanya badan yang terasa letih dan kurang bermaya. Selain itu, tiada sebarang pantang dari segi pemakanan.
Untuk dos ke-2 masih tiada tarikh yang diberikan. Namun saya telah pun dimaklumkan suntikan seterusnya adalah selepas 8-12 minggu dari tarikh suntikan pertama. Tarikh suntikan akan diberikan melalui aplikasi Mysejahtera.
Saya merayu kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk mengambil vaksin agar ambil peluang terhadap semua jenis vaksin yang kerajaan tawarkan kerana ia dapat mengelak kita daripada jatuh sakit yang serius jika dijangkiti. Tahap keberkesanan adalah tinggi. Banyakkan membaca tentang keberkesanan vaksin. Bantulah negara untuk mengawal pandemik seterusnya mencapai imuniti kelompok serta tiada lagi kematian akibat COVID-19.
Bagi mereka yang masih menunggu peluang untuk divaksin diharapkan anda bersabar. Insha-Allah akan tiba masanya nanti dan semua akan menerima vaksin. Saya berharap fasa program imunisasi di negara kita dipercepatkan agar tiada lagi kesan negatif COVID-19 ini.
Ads
AMAL PEMAKANAN SIHAT
“Saya hanya amalkan air kosong secukupnya setiap hari. Saya turut mengurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Sejak kecil keluarga saya memang tak galakkan kami ambil makanan ringan, minuman manis dan bergas. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih pegang nasihat itu.
Sebelum berlakunya COVID-19, Engku Liyana seorang yang aktif bersukan dan gemar melakukan aktiviti outdoor bersama rakan-rakannya.
Selain itu, saya sentiasa melalui hari-hari dengan positif demi kesihatan mental dan fizikal, apatah lagi sekarang dengan keadaan pandemik COVID-19 yang memungkinkan kita untuk mudah merasa tertekan.
MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
Sebagai anak saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan dan menyenangkan kedua ibu bapa. Mungkin tak akan terbalas jasa mereka tapi saya akan merasa puas jika dapat melihat mereka bahagia dan gembira.
Merekalah sumber inspirasi saya sejak kecil. Kedua-duanya tegas dan berdisiplin dalam mendidik. Sejak kecil saya dan adik beradik dah diajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sampai jadi. Seterusnya saya mahu fokus kepada kerjaya. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya lakukan yang terbaik.”
Kredit Foto: Instagram @engkuliyana
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon terkenal, Hawa Rizwana telah mencipta kenangan dan rekod peribadi apabila telah berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu, pagi ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Hawa Rizwana atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Redzuan berkongsi beberapa foto dirinya yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada jam 6.00 pagi.
Perkongsian Hawa turut dibanjiri dengan komen oleh netizen serta rakan selebriti seperti Shaza Bae, Nadiya Nisaa, Azhan Rani, Radin Era, dan ramai lagi yang menitipkan ucapan tahniah di atas pencapaian Hawa yang sangat membanggakan itu. Malah ada yang sempat berseloroh bilakah hatinya akan ditawan oleh jejaka pilihan pula!
Untuk rekod, personaliti televisyen berusia 27 tahun ini sememangnya amat meminati aktiviti sukan lasak dan sering memuat naik aktiviti riadah pilihannya antaranya termasuklah berbasikal dan hiking.
“Saya sukakan aktiviti lasak sejak dahulu, jadi perkara itu tidak jadi masalah kepada saya dan saya juga suka mencuba aktiviti ekstrem ini,” katanya.
Menurut Hawa lagi, penglibatan dirinya dalam penggambaran program Real Man Malaysia: Wira Merah banyak mendedahkan dirinya dengan aktiviti lasak apatah lagi dia perlu menghabiskan masa dengan berlatih tinju, berbasikal dan aktiviti larian demi menyiapkan diri dari aspek fizikal sebelum penggambaran program terbabit.
“Apa yang saya sedar ialah saya seorang yang mampu berdaya saing kerana jika saya tidak boleh satu aktiviti itu, saya cuba sedaya upaya untuk hadapi semua halangan.”
Gadis berusia 27 tahun ini berjaya membuktikan apa sahaja mampu dilakukan sekiranya mempunyai keazaman dan keinginan untuk melakukannya. APa yang penting, dia membuktikan stamina dan kekuatan fizikal dan mental wanita sememangnya kuat dalam berhadapan apa jua cabaran. Syabas Hawa Rizwana!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 10 Disember 2019 telah mencipta sejarah dalam hidup wanita yang diberi Sanna Marin ini apabila telah diberi tanggungjawab oleh rakyat Finland untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan. Wanita ini telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu menggantikan Antti Rinne yang telah meletakkan jawatan.
Wanita kelahiran Finland ini turut mencatat sejarah dunia apabila menjadi Perdana Menteri Termuda Di Dunia. Berusia 34 tahun, Sanna Marin berjaya mendapat kepercayaan rakyat Finland yang mempunyai populasi penduduk seramai 5.5 million.
Perlantikan Sanna Marin ini secara tidak langsung telah merampas kedudukan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, 39 tahun, yang sebelum ini memegang status sebagai Perdana Menteri Termuda Dunia.
Wanita yang mempunyai pendidikan Sarjana Sains Pentadbiran dari University of Tampere ini mula menceburkan diri dalam politik Finland pada tahun 2006 menerusi Parti Demokratik Sosial dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pengangkutan & Komunikasi pada Jun lalu.
Mungkin sudah tertulis rezekinya, 6 hari sebelum menyambut hari jadi ke-34, wanita ini telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Mungkin perlantikan ini merupakan hadiah terindah buat isteri kepada Markus Räikkönen ini.
Sebagai mewakili ahli politik generasi muda, Sanna Marin juga tidak terkecuali mempunyai akaun di media sosial. Mempunyai jumlah pengikut seramai 115 ribu orang Sanna Marin sering berkongsi aktiviti sosialnya di laman Instagram.
Ibu kepada Emma Amalia Marin ini telah berkongsi perjalanan proses kehamilannya termasuk berkongsi foto sewaktu menyusukan anak. Mungkin ahli politik generasi muda ini mahu menunjukkan bahawa sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu tidak perlu ‘kalah’ dengan tanggungjawab di rumah. Setiap wanita mempunyai peluang untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Selain itu Perdana Menteri Finland ini juga turut berkongsi dengan umum percutian romantiknya bersama suami di Itali serta makan makanan kegemarannya seperti ais krim dan gula kapas.
Sejak ‘berhijrah’ pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek ini makin jarang muncul di kaca TV.
Kehidupannya kini lebih kepada program-program keagamaan serta majlis-majlis ilmu.
Penampilan Wan Sharmila juga dilihat semakin sopan dan manis dengan jubah serta tudung labuh lengkap berstoking.
Masha-Allah memang sejuk mata memandang.
Wan Sharmila pernah berkongsi di media sosial bahawa dia sebenarnya tidak ramai kawan tetapi Allah SWT hadirkan insan-insan yang baik dalam hidupnya antaranya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi Dia Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa menilai pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila berada dalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” kongsi Wan Sharmila.
Kebanyakannya memuji imej Wan Sharmila yang disifatkan sangat manis dan sejuk mata memandang.
“Ramai-ramai artis, suka tengok Lala ni. Dia punya vibe lain. Entahlah, tapi adore sangat. Moga dalam lindungan Allah selalu sis Lala.”
“Kita yang perempuan pun tengok macam ini boleh cair… jatuh sayang kat Wan Sharmila. Sejuk saja hati tengok dia.”
Semoga Wan Sharmila terus istiqamah dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Kredit Foto: Instagram Wan Sharmila
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bangga dengan kejayaan anak Malaysia yang melakar sejarah tersendiri dalam apa jua bidang sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Seperti mana Zul Hakim...