
Sebut sahaja nama Siti Shahrizah Saifudddin ataupun Eja, pasti terbayang pelakon yang sering membintangi drama ‘babak air mata’ dengan berjaya sehingga meninggalkan kesan di hati penonton saat melihat lakonannya.
Bagaimanapun, kini sudah hampir lapan tahun kita tidak melihat Eja menghiasi kaca televisyen, hingga timbulnya dakwaan bahawa dia merajuk dan pelbagai spekulasi lain.
Eja Tak Merajuk, Cuma ‘Fokus’ Kini Berbeza

Tampil menjernihkan semula spekulasi dan kekeliruan yang timbul, akres senior, Eja mendedahkan bahawa dirinya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat seketika daripada bidang lakonan.
Menurutnya lagi, tiada istilah merajuk, tetapi keputusan berkenaan diambil bertujuan memberikan lebih fokus kepada anak-anak, pengajian Al-Quran dan perniagaan sambal miliknya.
“Tiada istilah merajuk kerana saya sendiri buat keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat kerana mahu memberikan fokus kepada anak saya yang memasuki tingkatan satu.

“Saya tolak tawaran berlakon kerana fokus saya ketika ini, memang kepada anak dan pengajian saya. Alhamdulillah minggu lepas saya baru sahaja grad dalam pengajian Al-Quran dan Tajwid selama enam tahun,” ujarnya lapor portal hiburan tempatan.
Jelaz Eja lagi, punca sebenar dia menyepikan diri sepanjang lapan tahun dari dunia seni adalah kerana kesibukkan menguruskan rumah tangga, pengajian Al-Quran serta perniagaan miliknya.
Jiwa Berlakon Sudah Tiada!

Mengulas isu berhubung kerinduan untuk kembali berlakon dan menghiasi kaca televisyen yang telah ditinggalkan, ini respon mengejutkan dari Eja!
“Perasaan rindu itu belum ada lagi, belum timbul. Jadi jiwa dan roh itu belum lagi untuk kembali berlakon. Namun saya tidak berani mengatakan seratus peratus berhenti berlakon.
“Cuma buat masa sekarang ini saya boleh kata, saya berehat. Insyallah di masa akan datang saya tidak tahu. Saya sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan perniagaan saya.

“Saya hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang. Andai suatu hari memang ditakdirkan saya kembali, saya berlapang dada,” ujarnya.
Sekadar info, sebelum ini Eja pernah membuat kemunculan buat julung kalinya setelah lapan tahun menghilang, menerusi salah sebuah rancangan terbitan Suke TV berjudul ‘Suke Celeb Raya’ bagi tujuan mempromosikan perniagaan sambal miliknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!











Enam anaknya turut diberikan nama yang unik iaitu Idris Shah Petra (11), Ratu Adinda (10), Iman Ivanna dan Iman Ivanya (kembar) berusia 8, Ratu Adara Lima (6) dan Mohammad Shah Petra (2 tahun).
Dalam usia 38 tahun Nikky yang memiliki ketinggian 160cm punya berat badan yang ideal iaitu 49kg.
Untuk penampilan, walau sesibuk manapun menjaga keperluan suami dan melayan karenah anak-anak setiap hari saya akan pastikan sentiasa kelihatan kemas dan cantik. It is all about the effort. I want to feel good about myself. Bagi saya a happy mother makes a happy family.
Alhamdulillah semua anak dilahirkan secara normal dan sangat mudah. Tiada pengalaman ngeri sepanjang mengandung atau melahirkan mereka. Cuma seperti ibu-ibu hamil lain saya turut mengalami simptom di trimester pertama seperti mabuk dan muntah, tiada selera makan serta susut berat badan. Bila tiada selera makan saya rasa stres dan sedih sebab saya suka makan.
Setiap malam saya dan suami akan bergilir-gilir membaca bedtime stories kepada anak-anak. Sebelum tidur kami akan ucap I Love You kepada mereka. We love our get together time too. We laugh a lot, act silly and eat our favourite food. Food keeps us together.