Industri hiburan tanah air diserikan dengan perkhabaran pasangan dua merpati sejoli ini yang baru sahaja mengikat tali pertunangan mereka. Pendakwah selebriti Da’i Syed bersama Hana Ismail memilih tarikh 23 Oktober lalu sebagai tarikh bermakna pertunangan mereka.

IKLAN

Tiada Lagi Rahsia, DA’I SYED & HANA ISMAIL Ikat Tali Pertunangan, Menanti Hari Bergelar Suami Isteri

Majlis istimewa yang berlangsung di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor, itu diraikan oleh kaum keluarga serta rakan artis. Menurut Da’i Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, ia merupaka sebuah proses yang pantas serta direstui oleh kedua-dua belah keluarga. 

Pasangannya, Hana Ismail yang merupakan personaliti TV Al-Hijrah kelihatan ayu dan manis dalam rekaan rona biru. 

Tiada Lagi Rahsia, DA’I SYED & HANA ISMAIL Ikat Tali Pertunangan, Menanti Hari Bergelar Suami Isteri

Berita gembira itu juga turut dikongsikan oleh pelakon Datin Seri Umie Aida dengan memuat naik sebuah video pendek majlis pertunangan itu di laman Instagramnya. Turut berpesan agar kedua-dua pasangan itu harus sentiasa menerima kelemahan masing-masing, perkongsian itu mendapat maklum balas positif dari netizen. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

“Bismillahhirahmanirrahim..Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati yang terbuka. Jaga amanah ini sebaiknya. Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya Allah SWT”

Melihat dalam ruang komen, ramai rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik bagi kedua pasangan ini. Antara selebriti yang memberi komen pada hantaran itu adalah Ezlynn, Betty Rahmad, Belle Yahya dan Sharifah Shahira.

IKLAN

Da’i Syed juga turut memuat naik Instagram Story nya yang memperlihatkan Hana Ismail dalam rekaan jubah hitam bersama-sama dengan ayat semoga Allah permudahkan segala urusan.

Tiada Lagi Rahsia, DA’I SYED & HANA ISMAIL Ikat Tali Pertunangan, Menanti Hari Bergelar Suami Isteri

IKLAN

Tiada Lagi Rahsia, DA’I SYED & HANA ISMAIL Ikat Tali Pertunangan, Menanti Hari Bergelar Suami Isteri

Sebelum ini, Da’i Syed tidak mengesahkan kisah pertunangan mereka namun meminta agar mendoakan yang terbaik untuk mereka. Ditanya mengenai proses perkenalannya bersama Hana, mereka berkenalan di sebuah majlis dan mulai berkawan dengan lebih rapat. 

Sumber: Mstar

Sumber gambar: Instagram Umie Aida

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI