Kesedihan menjelang hari raya menghidupkan kenangan yang telah berlalu. Meski begitu, kenangan itulah yang membantumu untuk terus tumbuh dan melangkah maju. Begitu indah perkongsian Puan Sri Normala Samsudin sempena sambutan Syawal 2023M/1444H, mengenang yang lama, menyayangi yang di sisi.

Tampil sedondon di sisi suami Tan Sri Azmi Khalid, kebahagiaan yang terukir di wajah Puan Sri Normala Samsudin atau Kak Mala jelas tergambar.

Ads

Sehati memilih rona hijau zamrud dan biru, pasangan romantis ini sporting bergambar di laman rumah mereka di Shah Alam.

“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!

“Baru hari raya ke-4, raya kan sebulan, Isnin Khamis kita puasa 6. InsyaAllah.” Kak Mala

KENANGAN

Ibu tiga anak iaitu Asyraf Roslan, Dr Ruhila Roslan dan Rubilla Roslan ini turut berkongsi kerinduannya terhadap emak tersayang yang menetap di Segamat, Johor.

“Di kala ini, di saat ini hati dan ingatan ini jauh berada di sisinya. Itulah degupan nadi tiap kali lebaran menjelma.

Imbau cerita lama, cerita zaman emak masih kuat bekerja, memasak, menoreh getah dan segala kerja demi mengisi perut anak-anak.

“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!

“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!

Ads

Bulan puasa aku jadi belas teringatkan dia. Bergenang air mata, sebak di hulu hati. Bulan Ramadan bukan bererti dia duduk diam, kalau berhenti bekerja, anak-anak akan kelaparan.

Emak tak pernah mengeluh atau putus harapan, dan dia tak pernah berharap bulan jatuh ke riba. Alhamdullillah, segalanya sudah tersurat dan tersirat, setiap perjalanan hidup manusia itu sudah tercatat.

Rindu emak dan keriuhan malam raya di rumah lamanya.” Kak Mala

Berusia 59 tahun, Puan Sri Normala yang dilahirkan pada 4 Jun 1964 di Johor ini lebih bahagia selepas bergelar nenek dan membahasakan dirinya sebagai Tok Mama.

Ads

Puan Sri Normala selamat menimang cucu sulung lelaki diberi nama Aamin Yusuf yang juga anak sulung kepada Dr Ruhila dan suami, Majid Nazli pada 15 Jun 2022.

“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial

Walau berusia lewat 50an, isteri kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Azmi Khalid ini kekal jelita dan seolah-olah tidak dimamah usia.

Disifatkan seorang wanita yang gemar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti lasak, Puan Sri Normala menerusi media sosial miliknya turut berkongsi aktiviti seperti berbasikal, mendaki dan pernah menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Gunung Kinabalu dan Gunung Batur di Indonesia.

Namun paling menarik perhatian peminat kebelakangan ini ialah penampilan Puan Sri Normala yang tampil ringkas dan santai. Dia dilihat selesa memakai kasut sneakers, tudung selendang polos dan tanpa solekan ketika beriadah bersama suami tercinta.

“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial
“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial
“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial
“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial
“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial

Simple tapi pesona Puan Sri Normala sebagai bekas pengacara TV popular yang pernah dilabel Wanita Melayu Terakhir ini tetap menyerlah!

Berkongsi pandangan bersama Nona mengenai paras rupa dan bakat wanita hari ini khususnya sebagai personaliti TV, ini komen jujur Puan Sri Normala.

“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial
“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial
“Tiap Kali Lebaran Teringat Emak” – Kecantikan Tak Luntur, Pesona Puan Sri Normala Samsudin Makin Terserlah!
Kredit Instagram @normalasamsudinofficial

“Ini adat dunia, wajah dan pesona cantik sejak zaman dahulu lagi sejak lahirnya Adam AS lagi memang begitu. Sememangnya, cantik itu menjadi pilihan utama tapi, di zaman ini cantik dan bijak itu adalah yang utama.

Setiap wanita itu dilahirkan berbakat cuma ia berbeza-beza. Kalau cantik dan bijak serta berbakat namun kurang budi bahasanya, dia tidak dikenang sebagai manis dan santunnya.

Jadi, jadilah wanita yang bukan saja cantik, berbakat dan bijak, malah wanita yang penuh santun susila dan teguh imannya.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI