Pulang dari bercuti, tiba-tiba ditimpa demam mengejut, rasa seram sejuk, menggigil dan sakit otot. Batuk pula menjadi-jadi, beratnya dada macam ditimpa batu-bata. Kena COVID ke aku?

Sudah pasti COVID-19 yang pertama dituduh, bukan? Apatah lagi jika sakit yang melibatkan pernafasan atau paru-paru. Tahukah anda, sebenarnya pneumonia juga adalah punca kematian yang kedua tertinggi di Malaysia sepanjang dekad yang lepas.

IKLAN

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2019, pneumonia menyebabkan kira-kira 12.2% kematian di negara kita.

Tiba-Tiba Demam, Batuk Teruk – Tak Semestinya COVID, Boleh Jadi Jangkitan Pneumonia Dari Tempat Sesak!
Profesor Dr Ariza Adnan

 

Menurut Pakar Perunding Mikrobiologi Klinikal di Hospital Universiti Teknologi MARA (HUiTM), Profesor Dr Ariza Adnan, S. pneumoniae ialah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan cecair dan nanah bertakung di dalam pundi-pundi udara (atau alveolus) paru-paru.

Hal ini menyukarkan pernafasan pesakit lalu menyebabkan kandungan oksigen di dalam darah menurun sehingga mencapai tahap berbahaya.

Beliau yang juga menganggotai Jawatankuasa Teknikal Immunise4Life turut menjelaskan bahawa pneumonia pneumokokus adalah jenis yang paling lazim berlaku.

“Janganlah kita memandang ringan pneumokokus CAP kerana 27% kes pneumonia di dunia terdiri daripada penyakit ini.

Kadar kematian akibat pneumonia pneumokokus juga tinggi dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital, iaitu antara 12 hingga 30%.”

Tiba-Tiba Demam, Batuk Teruk – Tak Semestinya COVID, Boleh Jadi Jangkitan Pneumonia Dari Tempat Sesak!
Radang paru-paru perlu diberi rawatan segera

 

PENCEGAHAN

IKLAN

Langkah-langkah pencegahan Pneumonia pneumokokus boleh dicegah dengan berkesan melalui amalan menjaga kebersihan diri dengan baik, menjalani gaya hidup yang sihat, tidak merokok, mengelakkan asap orang kedua dan mendapatkan vaksinasi.

Anehnya, tinjauan yang dilakukan baru-baru ini oleh Persatuan Torasik Malaysia (MTS) mendapati bahawa lebih daripada separuh (62%) peserta tinjauan tidak menyedari pun bahawa vaksinasi mampu melindungi mereka daripada penyakit ini.

“Usia yang semakin lanjut ialah salah satu faktor risiko yang utama bagi pneumonia pneumokokus.

Orang dewasa yang berumur 65 tahun ke atas sepuluh kali lebih tinggi kemungkinannya dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit ini berbanding dengan orang dewasa antara usia 18 hingga 49 tahun.

IKLAN

Penyakit lain yang dihidapi pada masa yang sama juga meninggikan risikonya. Penghidap diabetes (kencing manis), penyakit jantung dan penyakit paru-paru (contohnya COPD) masing-masing sehingga 3, 4 dan 9 kali lebih berkemungkinan mendapat pneumonia pneumokokus.”

Rawatan yang disyorkan adalah melalui kaedah pemberian vaksin pneumokokus atau pneumococcal vaccine.

Merck Sharp & Dohme (MSD) baru-baru ini menyumbang vaksin pneumokokus mereka sebagai sokongan kepada hospital dan NGO yang memohon bantuan untuk melindungi pesakit mereka daripada pneumonia pneumokokus.

 

CARA JANGKITAN

  1. Secara langsung dari orang kepada orang lain iaitu melalui rembesan mulut dan hidung yang terhambur keluar ke udara semasa pesakit batuk, bersin, bercakap atau mengadakan hubungan oral (ciuman mulut ke mulut).
  2. Secara tidak langsung iaitu melalui objek (contoh: tisu atau tuala). yang tercemar dengan rembesan mulut dan hidung.
  3. Pesakit kronik (seperti kegagalan renal, penyakit hati, diabetes, HIV / AIDS, immunosuppression selepas pemindahan organ, asplenia (limpa tidak berfungsi) dan lain-lain yang melakukan perjalanan adalah berisiko tinggi.
  4. Tempat sesak atau situasi di mana berlaku kontak rapat dan dalam tempoh yang panjang dengan kanak-kanak meningkatkan risiko dijangkiti penyakit semasa melakukan perjalanan. Risiko jangkitan juga meningkat semasa musim sejuk apabila virus seperti Influenza merebak.

GEJALA

  • Demam mengejut
  • Rasa seram sejuk atau menggigil
  • Myalgia (sakit pada otot)
  • Arthralgia (sakit pada sendi)
  • Sakit kepala
  • Sakit pada selaput paru-paru (pleural)
  • Sukar bernafas
  • Tachypnea (pernafasan yang cepat dan pendek)
  • Batuk berkahak (rusty sputum)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI