Tidur selepas sahur bukanlah sesuatu yang baru terutamanya bagi yang bersahur awal. Ada yang tidur semula selepas bersahur dengan alasan ingin mengembalilan kesegaran tubuh sebelum ke tempat kerja.

IKLAN

Namun tahukah anda tabiat ini memberikan impak yang buruk kepada kesihatan? Lebih merisaukan apabila dikaitkan dengan kanser. Perkongsian daripada doktor ini wajar dijadikan panduan:

Tidur Selepas Sahur Boleh Aktifkan Sel Kanser, Usahakan Lawan Mengantuk Dengan Aktiviti Sihat

IKLAN
IKLAN

 

  1. Menurut Dr Ahmad Kamal Ariffin, selepas sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya. Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan perlahan metabolismenya.
  2. Usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan. Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna.
  3. Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan dimakan oleh bakteria jahat dan menyebabkan jumlah bakteria jahat di dalam perut serta usus menjadi dominan.
  4. Sifat bakteria ini anaerob (kurang oksigen) dan hasil metabolismenya bersifat asid. Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat sangat asid.
  5. Asid nitrit akan meningkatkan tahap keasidan tubuh seterusnya membebankan sistem metabolisme tubuh. Asid ini sangat beracun untuk hati anda! Hati akan bekerja keras melawan racun.
  6. Sel darah putih juga akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini manakala tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.
  7. Makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus dan perut anda seterusnya menyebabkan pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh.
  8. Justeru dapat disimpulkan, tidur selepas sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa untuk sihat. Ia meningkatkan tahap PH keasidan tubuh. Sekiranya PH tubuh anda melebihi empat maka sel kanser akan mula membiak.
  9. Keadaan tubuh yang anaerob (kurang oksigen) menjadikan sel kanser tumbuh dengan pesat.
  10. Dr Zubaidi Hj Ahmad pula berpendapat pola tidur selepas sahur mengganggu pusingan biologi pada dalam badan seterusnya akan menambahkan keletihan.
  11. Keadaan ini terjadi disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi individu.
  12. Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.
  13. Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.
  14. Saran beliau, jika mahu tidur sebentar, masa yang sesuai antara tiga puluh minit sebelum Zohor. Ambil masa 10 hingga 15 minit saja kemudian berwuduk dan solat Zohor berjemaah. Insya-ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa.
  15. Usahakan lawan mengantuk dengan aktiviti sihat atau bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI