Bagaimana kehidupan di sebalik hartanah termahal di dunia? Mahligai supermewah lengkap segala fasiliti state-of-the-art, ruang peribadi untuk kemudahan senegeri tapi cuma untuk dinikmati oleh beberapa penghuni.

Alangkah indahnya rezeki bagi yang tahu mensyukuri. Nikmat harta kekayaan dan kemewahan berbelanja itu juga ujian. Apatah lagi jika menghuni mahligai seluas alam, nilai hartanah saja sudah membuat mata berpinar-pinar. Belum lagi koleksi barangan kesukaannya. Atau interior mahligainya. Melihat candelier yang tergantung itu pun entah ratusan ribu harganya.

Ads

Sekadar memuji minat menghias mahligai kayangan, ayuh tatap susun atur perabot dan keindahan interior kediaman supermewah di dunia ini. Kesesuaian dekor yang sebenar terletak pada keluasan ruang, konsep dan permainan warna yang diketengahkan.

(1) Istana Buckingham, London

Mahligai termahal di dunia sehingga kini kekal menjadi milik Ratu England. Ratu Elizabeth merupakan pemilik Istana Buckingham yang mula dibangunkan seawal tahun 1703.

Didominasi hiasan interior dari awal abad ke-19, istana bernilai USD$1.55 billion ini banyak menggunakan rona-rona cerah bagi menyerlahkan perabot terbaik Inggeris dan Perancis.

Interior kediaman rasmi Ratu England itu juga terlihat sangat elegan dengan paduan warna dari pantulan kristal. Selain tiang scagliola di ruang singgahsana, keseluruhan dinding mahligai ini kalau tidak dihiasi tirai, pasti tergantung lukisan potret berharga.

Ashley Hicks merupakan penulis British, arkitek dan pereka hias dalaman yang diberi penghormatan merakamkan interior Istana Buckingham. Ini antara foto yang beliau rakamkan tentang sudut interior menarik  di mahligai termahal di dunia itu. Menakjubkan!

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Buku Buckingham Palace: The Interiors terbitan Rizzoli

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Tiang scagliola emas melatari dinding dengan siling berkerawang (Rizzoli)

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Rona-rona kontras mencipta fokus dan menarik perhatian (Rizzoli)

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Sudut terpencil turut dihiasi patung dan kerusi (Rizzoli)

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Lampu gantung candelier seperti biasa menitipkan aura mewah (Rizzoli)

(2) Antilia, Mumbai 

Di celah-celah kehidupan kota Mumbai yang populasinya paling padat di India, wujud sebuah mahligai yang tinggi melangit. Antilia merupakan sebuah hunian pencakar langit seluas 400,000 kaki persegi yang didiami Mukesh Ambani, lelaki terkaya di India dan kini ke-8 terkaya di dunia.

Dengan anggaran nilai kekayaan peribadi mencecah USD$80.9 billion, Mukesh Ambani yang merupakan Pengerusi Reliance Industries ini bergiat dalam industri petrokimia, minyak dan gas, telekomunikasi dan peruncitan.

Merupakan sebuah rumah tertinggi di dunia, Antilia setinggi 27 tingkat (atau 60 tingkat untuk bangunan biasa) ini dibina pada tahun 2006 serta mengambil masa empat tahun disiapkan. Pelan seni binanya dihasilkan oleh firma seni bina Perkins and Will & Hirsch Bedner Associates dari Amerika.

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Antilia diselenggarakan oleh 600 orang pekerja

Tak mungkin goyang walau dilanda gempa sekuat 8 skala Richter, Antilia juga dilengkapi tiga pad helikopter, teater pawagam untuk 80 tetamu, garaj untuk 168 kenderaan, kolam renang, gimnasium, spa serta ballroom.

Ads

Ruang tamu Antilia membentangkan pencahayaan natural dari jendela kaca. Lantai marmar putih menyempurnakan aksen moden semula jadi. Jika melabuhkan diri di atas sofa dan hamparan permaidani gebu, keseluruhan ruang Antilia kelihatan ditata hias bagaikan galeri seni. Sejak dihuni, segenap ruang diberi penekanan seni tersendiri termasuklah ruang lif.

Direka berdasarkan keindahan bunga teratai dan matahari, pemilik Antilia turut mengabadikan motif yang sama di bahagian dalam. Salah satu tingkat Antilia yang menempatkan taman terbukanya juga mempunyai atrium dan dihiasi landskap rumput hijau dan bunga-bungaan. Kedudukan taman itu terletak bersebelahan kuil keluarga ini di tingkat yang sama.

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Foto: Vogue

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Foto: Vanity Fair

Datin Gauri Khan turut menjadi pereka hias dalaman Antilia

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Foto: Vanity Fair

Ads

(3) Villa Les Cedres, Saint-Jean-Cap-Ferrat 

Terletak di pesisir French Riviera, kediaman bernilai USD$410 juta ini asalnya dibina sebagai mahligai Raja Belgium pada tahun 1830. Ia seluas 18,000 kaki persegi dengan 14 kamar tidur dan sebuah kolam renang bersaiz Olimpik.

Menariknya, villa berusia 187 tahun tersebut mempunyai interior yang sangat menarik. Unsur seni rekaan Perancis begitu kuat mendominasi keseluruhan ruang, dengan perhiasan klasik dan patung-patung sejarah.

Selain ruang perpustakaan berpanel kayu, terdapat juga kolam buatan manusia yang menjadi habitat Amazon lily pads, tugu gangsa Athena, kandang untuk 30 ekor kuda serta pelbagai potret berbingkai klasik dari abad ke-19.

Mengetengahkan gaya dekorasi Eropah, mahligai yang kini dimiliki hartawan Itali, Davide Campari-Milano itu mengambil namanya daripada pohon cedar (les Cedres) yang banyak ditanam di halaman

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Pemandangan yang terbentang dari balkoni. Foto: Bloomberg Businessweek

Tinjau Interior Mahligai Supermewah Di Dunia, Istana Buckingham Kekal Nilai Kayangan $1.55 BILLION
Foto: Bloomberg Businessweek

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI