Trend Lipstik 2018, Lupakan Matte Kerana Glossy Is Back!

Bereksperimen dengan lipstik yang dioles atas bibir, daripada mainan rona garang seperti oren sehingga natural dan lembut menciptakan keindahan.

Lipstik pink akan kembali bersinar pada tahun ini. Bibir pinkish yang meronai di bibir akan mencipta penampilan segar dan ceria dalam masa yang sama mempertegaskan tampilan natural.

Tekstur lipstik juga akan berubah trendnya pada tahun ini. Jika beberapa tahun lalu lipstik matte menguasai pasaran lipstik dan menjadi pilihan wanita seantero dunia, tapi tahun ini akan beralih kepada lipstik glossy. Yes, lip gloss is back!

LA Splash Lipstick

 

Make Up For Ever Artist Liquid
Stila Star Studded

Permainan lipstik glossy

dengan pigmentasi warna masih bermain dengan rona natural seperti nude, pink dan peach. Jelas penampilan segar yang ditonjolkan oleh lipstik glossy bakal menguasai penampilan tahun ini. Hamizatul Maizan Mohamed

Wujudkan solekan fresh look dengan langkah demi langkah ini.

Langkah 1: Sebelum menyapu bibir dengan lipstik, sapu dengan pelembap bibir.

Langkah 2: Lukis bibir dengan pensel bibir bagi membentuk bibir yang dikehendaki.

NARS
YSL

Langkah 3: Sapu lipstik glossy mengikut bentuk yang telah dilukis tadi.

Langkah 4: Untuk kesan lebih natural, kemaskan hujung bibir dengan sapuan berus yang lembut.

IKLAN
Share