Wah, nampaknya gelombang tudung bawal atau square kembali menjadi pilihan para hijabi. Meskipun ada bermacam-macam design tudung di pasaran sekarang ini tapi yang klasik tetap di hati. Memang tak lapuk ditelan zaman.
Difahamkan, kaum lelaki juga lebih suka tengok wanita yang bertudung bawal ini. Terserlah ciri-ciri ketimuran dan gaya sopan gadis Melayu. Patutlah ramai yang beralih selera dengan hijab jenis ini lebaran nanti. Tambahan pula, pemimpin wanita tertinggi negara pun dilihat sering menggayakan tudung bawal/square.
Selain tarikan tersebut, ada lima lagi sebab kenapa trend tudung ini kembali ‘mengganas!’
1. Material
Seperti yang diketahui ramai tudung bawal cukup sinonim dengan material cotton. Namun, bagi memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna ia dihasilkan dengan pelbagai jenis material termasuk satin, crepe, sutera dan bermacam-macam lagi. Lebih senang hendak pilih yang mana satu sesuai dengan bentuk muka!
2. Majlis Formal & Santai
Disebabkan ciri-ciri tudung ini yang klasik dan minimalis, ia sesuai digayakan ketika menghadiri majlis formal mahupun bersantai. Tak perlu keterlaluan sebab tudung ini sendiri sudah cukup menyerlahkan pesona si pemakai.
3. Gaya
Salah satu gaya klasik yang sering dipakai adalah dengan cara melipat tudung bawal/square kepada bentuk segitiga. Dipinkan di hujung kedua-dua tudung atau dililit ke bahagian bahu, penggayaan tudung jenis ini sememangnya cukup mudah. Malah, ada yang kreatif melilit tudung ini seperti gaya selendang dan turban. Macam istilah 2 in 1, dengan menggunakan satu tudung saja tapi boleh dijadikan beberapa gaya.
4. Harga
Biasanya harga bagi sehelai tudung bawal/square adalah bawah RM50. Pun begitu, ia bergantung kepada jenis material dan perincian yang ada pada tudung berkenaan. Kalau ada batuan Swarovski dan menggunakan material berkualiti tinggi seperti sutera, harga bagi sehelai tudung boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.
5. Corak
Selain dihasilkan polos, tudung bawal/square juga melalui evolusi rekaan corak yang pelbagai seperti bunga-bungaan, printed dan abstrak. Untuk penampilan yang lebih bergaya dan versatil, pilih rekaan bercorak.
Jika anda adalah peminat tegar tudung bawal/square bercorak, dapatkan seleksi pilihan tudung ini di butik Ariani seluruh negara atau layari laman Ariani Online di www.arianionline.my. Anda juga berpeluang mempelajari tutorial tudung secara online di sini selain melayari media sosial Facebook dan Instagram Galeri Ariani.
Lebih 30 corak tudung square ditawarkan Ariani dengan harga yang sangat berpatutan. Paling menarik, jenama hijab terkenal ini turut mengadakan promosi harga hebat sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.