Dua hari lalu DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah mengaktifkan laman Instagram rasmi milik peribadi baginda. Memilih nama akaun @tuankuzarasalim, seluruh rakyat kini boleh melihat sisi peribadi yang dikongsi oleh Tuanku Zara Salim di media sosial.
Menerusi status yang dimuat naik dalam laman Instagram rasmi baginda, Tuanku Zara Salim telah menzahirkan penghargaan terhadap kesungguhan anggota barisan hadapan negara mengekang penularan wabak COVID-19 tanpa mengenal erti lelah dan tidak mengira masa.
Fot:o: Utusan Melayu
“Terima kasih kepada wira dan wirawati di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital di seluruh negara yang berjuang tak kira penat, tak kira bahaya, tak kira kepentingan diri,” tulis Tunku Zara Salim.
Ads
Foto: Instagram @perakdiraja
Menarik perhatian dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dan Raja Nazira Safya yang masing-masing memegang kertas menyatakan penghargaan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara.
Ads
“Terima kasih abang dan kakak, askar dan polis,” demikian ucapan penghargaan yang dipegang Raja Azlan Muzzaffar, manakala Raja Nazira Safya memegang kertas dengan lukisan berbentuk hati antaranya tertera terima kasih, ‘Arigato’, ‘Merci’ dan ‘Grazie.
Status di Instagram dengan tanda pagar #askar#pdrm#dudukrumah yang dimuat naik Tuanku Zara turut disertakan gambar Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Azlan Muzzaffar dan Raja Nazira Safya masing-masing dalam pakaian Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: BERNAMA
Foto: Instagram @tuankuzarasalim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya berkebun Melania Trump ini sekali lagi mencuri tumpuan awam kerana harganya yang tidak terjangkau.
Sekali imbas, gaya First Lady Amerika Syarikat itu mungkin nampak biasa dan sederhana. Sepasang jean skinny dipadankan kemeja genggang merah dan sepatu Converse untuk acara berkebun di White House.
Namun kalau diperhatikan dengan teliti, wanita yang terkenal dengan cita rasa haute dan persalinan pereka terkemuka itu sebenarnya mengenakan kemeja Balmain yang bernilai $1,380 (Net-A-Porter) atau RM5,767, sepadan dengan sarung tangan kebun yang dipakainya.
Dalam acara yang dianjurkan Jumaat lepas, Melania bersama sekumpulan pelajar sekolah dilihat sama-sama memetik sayuran di White House Kitchen Garden yang diasaskan oleh Michelle Obama.
Meskipun bajet pakaian First Lady AS tidak ditanggung oleh para pembayar cukai, namun gaya yang beliau tampilkan jelas menjadi pertikaian rakyatnya. Pun begitu, umum mengetahui kehidupan Donald dan Melania Trump itu yang sebenarnya serba mewah sebelum dilantik sebagai Presiden lagi. So, apa pendapat anda? Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebanyak 14 produk kraf Malaysia yang dihasilkan pelbagai etnik akan diketengahkan pada Minggu Kraf London (LCW) yang dijadualkan pada 6-14 Mei 2023 bertempat di High Commission of Malaysia, 45 Belgrave Square, London SW1.
KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong menerajui pameran tersebut bertitah dua daripada produk kraf tersebut daripada Negeri Terengganu iaitu songket dan telepuk, satu dari Negeri Pahang iaitu anyaman dari orang asal dan dua dari Negeri Sabah produk kraf dari ribu-ribu.
Terdapat juga hasil produk kraf Negeri Sarawak terdiri daripada anyaman, tenunan dan keringkam Sarawak. Juga tidak ketinggalan produk kraf Negeri Selangor yang unik dari Mah Meri.
KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong juga merupakan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja bertitah selain mempamerkan hasil produk kraf, tujuh usahawan kraf akan dibawa ke pameran yang bertemakan “Malaysia’s Heritage Crafts” untuk menjalankan aktiviti demonstrasi kraf.
Baginda juga bertitah: –
“Prograam ini akan membuka peluang kepada para pengusaha kraf untuk berkolaborasi dengan pereka antarabangsa dan gedung ternama serta galeri.
“Kita berharap agar ia juga dapat mengetengahkan seni dan budaya setiap etnik di Malaysia melalui “craft language”.
Moga Seni Kraf Malaysia terus dilestarikan dibawah naungan Raja Permaisuri Agong.
Sumber: Yayasan Tenun Pahang Diraja
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih lagi berleluasa di Malaysia dan serata dunia, semakin ramai rakyat yang terkesan dalam meneruskan kehidupan harian. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan sumber pendapatan.
Dengan niat untuk membantu secara berpanjangan, initiatif #KitaBersama hari ini dilancarkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna bekerjasama dalam membuat kebajikan.
Initiatif ini merupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd., Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Sime Darby Oils, dan Kumpulan Syarikat Etika, bersama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
FOOD AID FOUNDATION (FAF)
Sebagai permulaan, syarikat-syarikat tersebut telah pun berjaya membuat penghantaran pertama produk-produk BABA’S, MAMEE, ALIF, dan SUSU GOODDAY berjumlah melebihi RM90,000.
FAF akan segera mengedarkan makanan dan minuman yang diterima kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.
Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd., Farhan Hafetz berkata bahawa initiatif #KitaBersama dimulakan dengan niat untuk menggalakkan syarikatsyarikat barangan pengguna untuk menghulurkan bantuan.
“Kebanyakan syarikat sudahpun membuat aktiviti amal secara bersendirian, tetapi lebih baik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secara berterusan”
Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Ahmad Syukry Ibrahim mengalu-alukan inisiatif sebegini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan susulan dari program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak tahun 2011.
Manakala Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah berkata “Sime Darby Oils berbesar hati untuk menyertai initiatif ini yang menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan. Kami berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang.”
“Sejak bermulanya pandemik, Etika Cares, sebuah program bantuan jangka panjang oleh Etika telahpun melancarkan beberapa kempen untuk membantu komuniti yang terkesan. Menyertai initiatif berkumpulan sebegini adalah salah satu cara untuk kami meluaskan lagi peluang membuat kebajikan”, kata Khalid Alvi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada bulan Mac 2020, FAF telah mengedarkan lebih daripada 2 juta kg makanan kepada yang memerlukan. Walau bagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatan permintaan naik secara mendadak, khususnya dari komuniti B40.
“Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat sepenuhnya. Oleh itu kami mengalukan-alukan sumbangan terutama daripada syarikat pengeluar makanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan.” Rick Chee, Pengasas FoodAidFoundation.org
Semua syarikat pengeluar makanan dan minuman di Malaysia juga dijemput untuk bersama-sama menjayakan initiatif #KitaBersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!