Tubuh Selalu Tak Bermaya? Cuba Amalkan PETUA AIR MANDIAN DAUN Ini, Dengarnya MENYEGARKAN!

Sebagai seorang wanita, kecantikan merupakan elemen utama yang perlu dititik beratkan. Kecantikan seorang wanita bukan hanya untuk ditunjuk kepada lelaki tetapi lebih kepada meningkatkan keyakinan diri dalam pergaulan, pejabat, bertemu klien malah menjadi rujukan utama anak-anak.

Perkongsian Cef Sue M. Arukin melalui laman Facebook adalah suatu yang menarik untuk dikongsi semua terutama buat wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran.

Resipi untuk kesegaran tubuh yang boleh diamalkan oleh ibu berpantang ini juga sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita. Khasiat yang terkandung dalam ramuan ini adalah badan akan rasa segar dan wangi lepas mandi atau rendaman.

Kalau rajin buat seminggu sekali. Lebih bagus lagi kalau tanam sendiri pokok-pokok yang digunakan kerana tanpa penggunaan bahan kimia. Umpama menikmati home spa di rumah sendiri.

Air Mandian Daun

Bahan-bahan:

  • 10-15 helai daun pandan (siat & simpul)
  • Segenggam daun serai wangi (ikat)
  • 20 helai daun limau purut (siat)
  • 5 biji limau purut  (ambil kulitnya sahaja)
  • 10 helai daun lengkuas (siat)
  • 10 helai daun halia bara (siat)
  • 10 helai daun jambu batu
  • 10 helai daun halia bentong atau halia biasa (siat)
  • Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)

Cara membuat:

(1) Cuci bersih semua bahan.

(2) Rebus semua bahan bersama air selama 1-2 jam hingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.

(3) Tapis dan tuang dalam bath tub yang berisi air (kalau tak ada bath tub tuang dalam besen biasa dan mandi gunakan gayung).

(4) Tambah bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan lain-lain.

(5) Rendamkan badan selama mana yang suka dan bilas. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share