Macam ‘pisang goreng panas!’ Begitulah kehangatan koleksi tudung terbaharu Fazura, Rahmat Ramadan yang habis dijual sebanyak 200,000 helai secara online.

Meskipun baru dilancarkan pada Jumaat, 25 Februari 2022 lepas, namun sambutan dan permintaan yang tinggi daripada peminat Nur Fazura Sharifuddin, 39, di luar jangkaan membuatkan ia habis dalam tempoh sejam.

IKLAN

Tudung Fazura mencipta fenomena tersendiri apabila ia bukan sahaja diminati kerana kualiti, senang dibentuk dan cantik tapi turut dijual pada harga berpatutan iaitu RM27 sehelai.

Tudung Fazura Cipta Fenomena, Koleksi Rahmat Ramadan Terjual 200,000 Helai Dalam Sejam!

 

Tudung Fazura Cipta Fenomena, Koleksi Rahmat Ramadan Terjual 200,000 Helai Dalam Sejam!

 

Fenomena Tudung Fazura yang luar biasa membuatkan ramai tercari-cari koleksi sebelum ini. Ini mungkin disebabkan ia habis diborong oleh peminat lain, khasnya rekaan yang popular serta menjadi personal favourite Fazura.

Dikatakan sebagai ‘koleksi yang teramat istimewa buat Faz dan puteri-puteri kesayangannya’, himpunan Rahmat Ramadan sesungguhnya cukup cantik dipakai pada musim perayaan nanti kerana didatangkan dalam 10 rona lembut serta sesuai dipadankan dengan baju kurung.

Datin Lisa Surihani antara yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli koleksi cantik itu kerana kehabisan stok. Mujurlah Fazura bermurah hati ingin menghadiahkan koleksi peribadinya buat Datin Lisa!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

IKLAN

 

“Saya rasa sangat bersyukur atas sokongan orang ramai yang membawa kepada kejayaan yang sangat luar biasa ini.” Fazura

Kebanyakan netizen turut membuat anggaran nilai jualan yang diperolehi Fazura untuk koleksi ini mencecah RM5.4 juta. Walau bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak selebriti ini.

Kejayaan Koleksi Rahmat Ramadan bagaimanapun bukanlah yang pertama buat team Tudung Fazura. Sebelum ini, beberapa koleksi yang dilancarkan juga pernah memecah rekod jualan yang tinggi.

IKLAN

Dengan jumlah lebih 4,000 ejen dan dropship berdaftar, Fazura kini kelihatan semakin matang dan yakin menerajui bisnesnya.

Tudung Fazura Cipta Fenomena, Koleksi Rahmat Ramadan Terjual 200,000 Helai Dalam Sejam!
Fazura dan Fatima

 

Tudung Fazura Cipta Fenomena, Koleksi Rahmat Ramadan Terjual 200,000 Helai Dalam Sejam!
Foto: Instagram @missfazura

 

Bertuah Fazura kerana sepanjang berkecimpung di gelanggang perniagaan, beliau sentiasa dikelilingi ‘besties’ yang saling mendorong satu sama lain!

Selain produk gaya hidup dan Muslimah, Fazura juga melahirkan Fazbulous, Fazura Skincare dan Fazura Beauty yang boleh didapati melalui stokis-stokis di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, selain secara online.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI