Nampak macam remeh tapi kalau tidak ditangani dengan baik, isu tugas mengemas rumah di antara suami isteri boleh mengundang pertelingkahan. Lagi-lagi jika kedua-dua pasangan bekerjaya dan tiada masa secukupnya untuk menguruskan rumah. Melihat kepada adat dan budaya masyarakat hari ini, segala urusan rumah dan keluarga diletakkan sepenuhnya dibahu si isteri. Sampai penampilan isteri tidak terurus dibuatnya kerana terlalu sibuk. Bila isteri culas… kesalahan dituding kepada hanya satu pihak sahaja. Macam mana ni?
Sebaik sahaja berkahwin dan bergelar suami isteri… dalam sedar atau tidak, pasangan sebenarnya sudah ‘bersetuju’ untuk berkongsi apa yang mereka ada bersama-sama. Susah, senang, suka, duka bahkan kasih sayang dari ibu bapa suami mahupun isteri pun dikongsi bersama. Jadi, bila bercerita soal tugas kerja rumah… kenapa hanya si isteri yang perlu menanggung seorang diri?
Merungkai persoalan ini dari perspektif Islam, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut terpanggil menjelaskan perkara sebenar. Memetik perkongsian beliau mengenai hal ini, “Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak adalah amat penting. Perkara yang perlu diwujudkan adalah bertanggungjawab, pengorbanan dan melaksanakan kewajipan hak masing-masing.
Ads
Jumhur ulama menegaskan wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Sementara nasihat salafussoleh pula menjelaskan para isteri perlu berkorban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah.”
Secara ringkasnya, Dato’ Seri Dr Zulkifli menyimpulkan, “Memahami perlaksanaan tugas, bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa dan bantu-membantu antara suami dan isteri boleh menatijahkan kebahagiaan.”
Ads
Memang tidak ada salahnya pun kalau suami rajin membantu isteri menguruskan rumah. Hati wanita ini lembut… lagi suami tunjukkan rasa prihatin dan sayang, lagi bersemangat isteri hendak berbakti dan menggembirakan seluruh keluarga. Barulah betul-betul rasa nikmat berumah tangga.
Buat isteri, meskipun suami sudah mula tolak-ansur dan buat kerja-kerja rumah tanpa disuruh… janganlah pula ambil kesempatan. Ingat, rumah tangga yang bahagia adalah apabila pasangan saling menunjukkan rasa kasih dan ikhlas menyenangkan tugas masing-masing.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bersiaran secara langsung di Encore Melaka. Tular di laman media sosial di mana Maya Karin mendedahkan yang dirinya diserang ‘panic attack’ atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
Menerusi video tersebut, kelihatan pelakon jelita tersebut secara tiba-tiba menggigil dan gagal menyeimbangkan badan ketika membacakan anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik ketika itu, lalu bertindak membuka kasutnya. Walau bagaimana pun, ramai yang mengagumi kecekalan Maya yang masih mampu mengawal diri menyelesaikan amanah yang diberikan sambil mengucapkan kata maaf kepada penonton.
Melalui laman sosial Instagramnya, Maya bagaimanapun berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas.
“Hero saya semalam, sangat ‘gentleman’, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas,” tulisnya di Instagram.
Rata-rata pengikut bersimpati dengan keadaan kesihatannya dan berterima kasih kepada Faizal yang sentiasa memastikan pelakon kesayangan itu berada dalam keadaan baik.
Maya Karin sebelum ini memang diketahui pernah beberapa kali diserang panic attack ketika di set pengambaran. Dalam pada itu, Maya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu berkata, dia kini berada dalam keadaan baik, namun masih trauma dengan kejadian.
“Keadaan saya semakin baik. Namun, saya masih trauma. Sudah tentu saya berharap ia tidak pernah berlaku,” jelasnya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mewahnya rezeki anak Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail! Mana tidaknya, baru berusia tiga bulan Muhammad Bilal dah dapat duit raya cecah belasan ribu ringgit. Malah angka itu lebih daripada jumlah pengeluaran wang KWSP yang diterima ramai baru-baru ini.
Kisah duit raya Muhammad Bilal meraih perhatian ramai khususnya dalam kalangan peminat apabila ibunya yang juga selebriti terkenal, Neelofa berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok.
Daripada perkongsian itu, jelas kelihatan Neelofa dan Haris sedang rancak mengira duit raya yang diberikan kepada anak tersayang.
Ia nyata menarik tumpuan apatah lagi duit raya yang diterima itu kebanyakannya daripada notes RM100! Juga, terselit sekeping wang bernilai 1,000 Dirham! Banyaknya!
Yang pasti, video yang dimuat naik Neelofa mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang sempat berseloroh mengatakan kanak-kanak tak boleh pegang duit banyak. Ada juga yang gembira melihat rezeki anak personaliti glamor ini yang melimpah ruah.
Neelofa dan Haris selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari lepas. Pengumuman pasangan ini mengenai kelahiran anak tersayang amat dinanti-nantikan namun kedua-duanya masih belum bersedia mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada khalayak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi juga pelakon terkenal Marc Anthony berkahwin buat kali keempat minggu lalu di mana penyanyi berkenaan memilih bekas ratu cantik berasal dari Paraguay, Nadia Ferreira sebagai isterinya.
Majlis perkahwinan dalam suasana romantis pasangan tersebut telah diadakan di Pérez Art Museum in Miami, Florida, Amerika Syarikat.
Rona putih menjadi pilihan pasangan ini untuk mengikat janji sebagai suami isteri
Memetik laporan Daily Mail, majlis perkahwinan serba mewah pasangan itu turut dihadiri ramai rakan selebriti antaranya bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham bersama isterinya, Victoria Beckham, Salma Hayek, Lin Manuel Miranda dan Luis Fonsi.
Marc Anthony kelihatan sebak sebelum majlis perkahwinan berlangsung
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, penyanyi yang popular menerusi lagu My Baby You itu kelihatan segak mengenakan sut jenama mewah, Christian Dior, manakala Ferreire pula menggayakan gaun putih yang dihiasi renda daripada pereka fesyen ternama, Galia Lahav.
Ferreire menggayakan gaun putih yang dihiasi renda daripada pereka fesyen ternama, Galia Lahav.
Selepas rasmi bergelar suami isteri, Anthony, 54, bersama isterinya yang berusia 23 itu tahun menari di hadapan jemputan sebagai tanda meraikan hari bahagia mereka.
Pasangan bahagia itu mengikat tali pertunangan pada May tahun lalu, kira-kira selepas sebulan khabar angin tentang kisah percintaan mereka dihidu pihak media apabila kedua-duanya kelihatan mesra sewaktu menghadiri acara Latin Grammy Awards.
Anthony sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya, Dayanara Torres yang juga pemenang pertandingan ratu cantik, Miss Universe 1993 pada 2000, namun bercerai empat tahun kemudian.
Pada tahun yang sama (2004), Anthony sekali lagi berkahwin dengan selebriti terkenal, Jennifer Lopez. Namun rumah tangga yang dibina akhirnya runtuh selepas 10 tahun bersama.
Untuk perkahwinan kali ketiga, Anthony mendirikan rumah tangga bersama aktres asal Venezuela, Shannon De Lima pada 2014 dan bercerai pada 2017.
Hasil ketiga-tiga perkahwinan tersebut, Anthony dikurniakan enam orang cahaya mata termasuk dua anak Jennifer Lopez.
Perbezaan usia 30 tahun tidak menghalang penyanyi terkenal Marc Anthony untuk memilih Nadia Ferreira yang baru berusia 23 tahun sebagai isterinya baharunya. Pemenang Anugerah Grammy tiga kali dan Naib Juara pertandingan Miss Universe 2021 dari Paraguay sebelum itu mengikat tali pertunangan pada Mei 2022.
Ferreira turut berkongsi berita tersebut menerusi Instagram Story dengan memuat naik gambar kedua-dua tangan mereka. Pada jari manisnya tersarung cincin berlian yang besar dan berkilauan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.