Melihat keperibadian KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sememangnya terkenal dek kehebatan baginda memasak di dapur.
Malah, baginda tidak kekok berkongsi ‘dapur’ memasak tatkala rakyat jelata berhadapan dengan masalah seperti bencana banjir dn sebagainya. Air tangan baginda tetap mengiringi rakyat jelata untuk berkongsi rezeki dengan mereka.
Malah, kedatangan bulan Ramadan juga menyaksikan baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah turut mencemar duli menyediakan hidangan bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada rakyat jelata.
Selain memasak, kegemaran Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pada masa lapang termasuklah membaca, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan meluangkan masa bersama Paduka-Paduka Anakanda baginda.
Ads
Baginda juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan.Baginda pernah menghasilkan sebuah buku masakan bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Buku masakan ini telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).
Ads
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pernah berkongsi tentang buku resipi milik peribadi Baginda. “Mengemas kinikan resepi secret saya, tulis semula untuk anak dara saya Afzan dan Jihan. Ada 500 resipi saya kena tulis semula. Banyak kerja kan! Doakan saya dapat selesaikan dangan cepat!,” tulis Baginda.
Ads
Beruntung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah serta puteri-puteri Baginda yang bakal mewarisi resipi bonda tercinta.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pernah bertitah, “No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love,” titah Raja Permaisuri Agong yang amat disayangi rakyat jelata ini.
Siapa setuju buku resipi ibu adalah harta paling bermakna dalam kehidupan seorang wanita? Ketika mereka masih ada mungkin ramai yang tidak mengendahkan peluang belajar memasak dari ibu tersayang. Tetapi bila mereka sudah tiada, air tangan ibu paling dirindukan. Jadi, jika anda masih mempunyai ibu, jangan lupa belajar masak menu keluarga dengan ibu, ok!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarang-jarang kita dengar pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa. Lebih-lebih lagi anak yang dibunuh itu merupakan anak bongsu yang selama ini baik dan juga antara tunggak utama keluarga. Kemuliaan hati wanita bernama Rukeya Abdul Mutakallim, 66 sangat meruntun hati dan mengundang air mata buat juri serta media yang hadir di mahkamah.
Rukeya memeluk Javon dan memberi nasihat kepadanya
Dalam kejadian yang berlaku pada 28 Jun 2015 di South Cumminsville, Cinccinnati,Ohio di bawah jejambat jalan raya,Suliman Abdul Mutakallim berusia 39 tahun merupakan seorang pesara tentera laut sedang dalam perjalanan pulang dari restoran sambil membawa bungkusan makanan apabila di tahan oleh tiga penjenayah.
Polis menegaskan dari rakaman video Javon bertindak mengambil wang dari poket seluar Sulaiman yang ketika itu berada dalam keadaan terbaring selepas menembaknya dan kemudian menyerahkan wang tersebut kepada rakan subahatnya.Namun hanya dua sahaja yang berjaya ditangkap. Dua penjenayah tersebut ialah Javon dan Valentino Pettis masing-masing berusia 14 dan 17 tahun ketika kejadian pada tahun 2015. Mereka beredar dari lokasi kejadian meninggalkan Sulaiman yang terbaring berlumuran darah.
KEMAAFAN
Rukiye yang merupakan wanita berasal dari North carolina, Amerika Syarikat merupakan seorang muslim sejati yang mengikut ajaran Islam dengan baik selepas memeluk agama itu ketika masih di alam remaja. Dalam satu temubual wanita ini menceritakan bagaimana dia berada di sebelah anaknya yang sedang nazak di Pusat Perubatan Universiti Cincinnati dan dia memegang tangan anaknya heingga nafas terakhir.
Rukeya memegang gambar allahyarham anaknya yang lengkap berpakaian tentera laut Amerika Syarikat
Dua tahun selepas kematian sewaktu pendengaran semula kes, Rukiye memohon kepada hakim untuk memeluk Javon yang telah mengaku bersalah ke atas tuduhan membunuh. Tindakan Rukiye ini untuk membuktikan bahawa dia mampu melihat Javon lebih dari sekadar pembunuh anaknya dan mahu membantu Javon menjadi lebih baik. Dia juga bersumpah untuk membantu pembunuh anaknya itu mendapatkan kehidupan yang baik
“Kematian anak saya sudah ditentukan oleh Allah SWT, mungkin kematiannya adalah untuk mengubah kehidupan anda,” tutur wanita itu kepada Javon.
Tambahnya lagi kepada wartawan, “Lelaki-lelaki muda ini walaupun mereka mengambil nyawa anak saya, kita perlu berjuang untuk mereka. kerana nanti mereka akan keluar dari penjara dan ketika itu mereka sudah tua. Kalau tiada orang yang mendorong mereka untuk melakukan kebaikan ‘penyakit’ ini akan kembali dan peristiwa sama akan berulang dan kemungkinan mereka akan mengambil nyawa oarang lain dan kemudian nyawa mereka sendiri. Kita harus berjuang untuk mereka agar mereka mampu melihat bahawa ada sesuatu yang lebih baik di dalam kehidupan”
Jom dengar ucapan wanita ini hebat ini kepada pembunuh anaknya,
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cerita tentang pengasas jenama Modvier, Sarah Shah Nor menjalani proses IVF untuk mendapatkan anak kedua menyuntik inspirasi kepada setiap wanita. Walaupun kos untuk menjalani IVF ini tinggi tetapi terdapat pelbagai cara dan usaha seperti sokongan kewangan daripada badan-badan yang tertentu.
Kelahiran bayi IVF, Nadyne Zulfa setahun yang lalu telah melengkapkan kehidupan pasangan suami isteri ini disamping Rafiq Zulkarnain yang kini berusia 9 tahun.
Pengorbanan seorang isteri yang perlu menempuh ujian demi ujian serta rawatan yang berkaitan sepanjang proses IVF tidak perlu dipertikaikan. Namun, suami juga turut menjadi penyokong kuat isteri dengan sokongan moral yang tidak bertepi. Ashrul Rizal sanggup meninggalkan jawatan dengan gaji lumayan semata-mata mahu menjaga isteri sepenuh masa sepanjang meneruskan rawatan IVF ini.
“Membina keluarga perlukan komitmen di antara suami dan isteri. Doa kami berdua dimakbulkan dan kami melalui laluan yang mudah dengan perancangan Sang Pencipta yang begitu cantik. Dahulu ketika anak pertama saya tidak pernah menemani isteri sepanjang proses kehamilan kerana tugas saya yang banyak dihabiskan di offshore. Dia pergi buat check-up bulanan di hospital pun sendiri.
Saya fikir sudah tiba masanya saya berhenti kerja demi menyokong isteri. Walaupun tidak sebesar mana pengorbanan yang saya lakukan tetapi saya cukup bangga kerana dapat menemani detik sukar yang dilalui oleh Sarah. Apabila melihat kesukaran yang dilaluinya baru kita mengerti dan menghargai besarnya pengorbanan seorang isteri untuk suami dan keluarga.
Dahulu saya tidak tahu menjaga anak sebab sekali-sekala sahaja pulang ke rumah. Sekarang Nadyne memang melekat dengan saya berbanding anak pertama dahulu. Begini agaknya Sarah membesarkan anak seorang diri dahulu,” gurau Ashrul Rizal yang kini membantu isteri menguruskan syarikat mereka ini.
Tambahnya seorang suami perlu memberikan komitmen dalam usaha mendapatkan zuriat. Tidak boleh membiarkan sahaja isteri menerima rawatan tanpa sokongan fizikal dan juga mental.
Perasaan malu segelintir wanita mendapatkan anak bukan secara normal masih menebal. Terdapat juga wanita malu jika orang tahu mendapatkan anak menggunakan kaedah IVF, tetapi tidak pula pada Ashrul.
“Saya langsung tidak rasa malu bila orang tahu saya menggunakan kaedah ini. Anugerah anak melalui IVF juga merupakan rezeki pemberian Allah SWT. Walau apa pun kaedah yang kami suami isteri cuba, ia tetap anak kami berdua.
Malah, Nadyne Zulfa yang kini telah berusia setahun lebih adalah anugerah yang sangat berharga buat kami. She’s grown into this amazing young girl. Perfection di mata kami berdua,” jelas Sarah yang berusia 34 tahun ini sambil mata melirik kepada suami tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan untuk menjadi usahawan berjaya bukan saja perlu kreatif dan berani. Tetapi juga mesti pantas mencari peluang. Sedar Pilihan Raya Umum (PRU) 15 bakal berlangsung pada 19 November nanti, Nur Hazwani Abdul Zainal mengambil peristiwa itu untuk menghasilkan rekaan terbaharu koleksi tudung keluarannya.
Yang pasti, bahang PRU 15 nyata membuka pintu rezeki buat pengusaha tudung terkenal ini apabila rekaan tudung bermotifkan logo parti politik mendapat sambutan hangat di pasaran.
Pengasas bersama tudung bawal Kekaboo, Nur Hazwani Abdul Zainal berkata 11,000 helai tudung jenamanya dijual dalam tempoh kurang 20 minit!
Ini selepas rekaan eksklusif berkenaan dimuat naik di laman sesawang jenama itu pada 19 Oktober lalu. Luar biasa!
Difahamkan antara 13 logo parti politik yang dipilih sebagai motif tudung ialah Barisan Nasional, UMNO, PKR, PAS, BERSATU, AMANAH dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Memetik kenyataan Nur Hazwani kepada Bernama, menerusi perusahaan Kekaboo miliknya dia ingin memeriahkan suasana PRU ke-15 dengan rekaan tudung baharu memandangkan sudah sekian lama tiada peristiwa besar di Malaysia susulan penularan Covid-19.
“Kekaboo memainkan peranan untuk menghangatkan dan memeriahkan suasana PRU-15. Ini adalah sesuatu yang manis untuk semua orang terutamanya untuk memberi kenangan setiap lima tahun sekali kita meraikan pilihanraya.”
Pertama kali mengeluarkan corak tudung dengan motif parti politik sejak menubuhkan jenama fesyen tersebut pada 2014, wanita berusia 31 tahun ini tidak menyangka menerima sambutan luar jangkaan dan menyasarkan pengeluaran lebih 50,000 helai tudung sehingga PRU ke-15.
Kata Nur Hazwani, idea menghasilkan rekaan itu bagi memenuhi permintaan pelanggan daripada pelbagai parti politik selain mahu mengeluarkan produk mengikut musim dan trend semasa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.