Nama Nooryana Najwa Mohammad Najib mungkin agak asing bagi segelintir masyarakat namun dalam kalangan ahli politik dan mengikut dunia politik tanah air, mereka pasti
mengenali wanita ini. Lebih dikenali sebagai Yana Najib, ibu kepada seorang cahaya mata ini merupakan anak perempuan kepada Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Meniti usia 32 tahun, Yana juga ialah kakak kepada Norashman Najib iaitu anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.
Biarpun sibuk menguruskan keluarga kecilnya namun Yana tidak ketinggalan mengemaskini media sosial dan dilihat gemar berkongsi aktiviti bersama anak dan keluarga tersayang. Daripada perkongsian Yana, jelas membuktikan wanita ini sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan cukup rapat dengan ahli keluarga. Pendek kata, media sosial milik Yana sarat dengan gambar dirinya bersama suami dan anak termasuklah kedua-dua ibu bapa tersayang.
Potret keluarga bahagia Yana Najib
Terbaharu, Yana memuatnaik foto dirinya sewaktu kecil sambil didukung Datin Seri Rosmah Mansor. Perkongsian tersebut adalah bersempena ulang tahun kelahiran ibu tersayang yang ke-69 pada 10 Disember ini. Ternyata, posting Yana bukan hanya menarik perhatian followers, bahkan turut mencuri tumpuan warga maya yang terpegun dengan kecantikan Datin Seri Rosmah ketika zaman muda. Memang cantik dan ayu orangnya!
Ads
Kongsi Yana, “Mummy, wishing you a day as sunny as your smile, as warm as your heart and as wonderful as you are. Thank you for showering us with unconditional love, cheering us on and taking care of each and everyday. Semoga Allah kurniakan Mummy kesihatan baik, panjangkan umur dan selalu dalam lindungan-Nya. Happy birthday Mummy aka Adam’s Grandma. We love you!”
Yana di samping ibu tersayang, Datin Seri Rosmah Mansor
Mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan ibu tersayang, pada 3 April lepas juga Yana dan Datin Seri Rosmah serta beberapa pembantu rumah mereka terpanggil untuk menghulurkan bantuan berupa makanan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat menangani wabak Covid-19. Kagum dengan keprihatinan Yana sekeluarga!
Jiwanya juga mudah rapuh dan tersentuh apabila melihat kesusahan hidup yang dialami masyarakat terutamanya melibatkan golongan kanak-kanak. Awal tahun lalu, dia bersama abangnya, Riza tampil menceriakan kanak-kanak dari Rumah Amal Ashraf Al Barakh dengan membawa mereka ke sebuah restoran makanan segera sebelum meluangkan masa menonton filem Star Wars bersama-sama.
Meskipun ketika itu kedua-dua ibu bapanya berdepan dengan kes mahkamah namun Yana tetap menjalankan tanggungjawab membantu insan memerlukan. Sumbangannya mungkin nampak kecil tetapi ingatan Yana terhadap penghuni Rumah Amal Ashraf Al Barakh ini pastinya akan diingati kanak-kanak berkenaan sepanjang hidup mereka.
Ads
Di samping abangnya, Riza
Yang pasti, ia bukanlah kali pertama Yana menghargai kanak-kanak kurang bernasib baik dari rumah amal tersebut kerana pada sambutan ulang tahun kelahirannya, 29 November tahun lalu pun dia turut melakukan perkara sama. Menjamu mereka makan di restoran dan kemudian menikmati momen bersama-sama di pawagam sambil menonton filem animasi popular, Ejen Ali.
Dengan statusnya sebagai anak kepada bekas pemimpin negara, Yana enggan menjadikan ia halangan untuk beramah mesra dan mendekati kehidupan anak-anak ini.
Menelusuri sisi peribadinya, Yana bukan sekadar memiliki jiwa penyayang malah seorang pelajar yang cukup berdedikasi dan cemerlang dalam akademik kerana telah berjaya memperoleh pelbagai ijazah. Sebelum bergelar isteri, dia merupakan graduan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University pada 2011.
Ads
Dua tahun selepas berkahwin, Yana menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania pada tahun 2017 dan tahun lalu pada tanggal 31 Mei pula dia menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University!
Nooryana selamat bergelar isteri kepada Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, Yana dan suami dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Adam Razak. Cucu sulung Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tersebut kini berusia tiga tahun.
Kredit foto: Instagram Yana Najib
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga wakil Yayasan Tun Jugah bakal menyertai pameran yang akan diadakan sempena Minggu Kraf London 2023 bermula pada 6 hingga 14 Mei ini.
Wakil tersebut termasuk Pemegang Amanah Pengurusannya Melia Linggi, Kurator Muzium Janet Rata Noel dan penenun Shirley Vilin yang akan mempamerkan dua produk tekstil Iban yang terkenal iaitu kebat Iban dan pua Kumbu.
Memetik perkongsian Bernama, pameran ini akan dianjurkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui yayasannya iaitu Yayasan Tenun Pahang Diraja.
Pameran ini akan diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia London, beralamat di 45 Belgrave Square SW1 bermula jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Untuk info, Yayasan Tun Jugah yang ditubuhkan pada 1985 bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan kaedah tradisional tenunan Iban bagi memberi pemahaman lebih mendalam tentang tekstil dan tradisi tenunan Iban, demi kepentingan tempatan dan antarabangsa.
Kredit Foto: IG Yayasan Tenun Jugah
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya rezeki Allah SWT tidak pernah salah alamat. Hampir 10 tahun berikhtiar untuk menimang cahaya mata akhirnya pasangan romantis Indonesia, Zaskia Sungkar dan Irwansyah bakal menerima kehadiran anak sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan mereka kepada peminat pada 5 September lepas. Alhamdulillah.
Melangsungkan perkahwinan pada usia 20 tahun pada tanggal 15 Januari 2011… kisah Zaskia yang masih belum dikurniakan anak bukan lagi perkara asing dalam industri seni
Indonesia. Bahkan Zaskia dan Irwansyah optimis mendepani situasi tersebut dan turut pernah dilaporkan menjalani rawatan kesuburan di Malaysia tidak lama dahulu.
Memetik laporan Pop Mama.Com Indonesia, jelitawan tersebut sebelum ini pernah menjalani beberapa pembedahan untuk merawat endometriosis dan fibroid yang dialami sekitar tahun 2017.
Tiga tahun selepas melakukan pembedahan berkenaan, pasangan ini tidak putus asa untuk kembali berusaha memiliki zuriat. Difahamkan Zaskia menjalani proses kehamilan secara IVF awal Mac lalu di Morula IVF Jakarta oleh Dr Reino Rambey. Menurut Irwansyah, pemindahan embrio berjalan lancar dan sepanjang proses itu Dr Reino banyak memberi kata-kata semangat. Tidak kurang juga sokongan daripada suami tercinta, Irwansyah sendiri yang sentiasa berada di sisi Zaskia.
Teruja mendedahkan berita tersebut kepada umum, Zaskia mengakui kandungannya kini sudah pun memasuki usia 8 minggu. “Alhamdulillah, rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung. Sepanjang hampir 10 tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.
Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil. Perjuangan mendapatkan garis dua ini gak sia-sia. Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu Irwan Syah yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu.
MasyaAllah Tabarakallah special thanks untuk Dr Reino Rambey dan Morula IVF Jakarta, benar-benar puas bangat sama service di Morula bikin tenang profesional semua. Dr Reino the best, baru temu doktor yang sedetail ini. MasyaAllah dari hal kecil sampai besar semua diperhatikan demi keberhasilan IVF. Terima kasih ya doktor. Teman-teman doakan Kia dan babynya sihat ya sampai bersalin,” pintanya.
Meskipun sudah 14 tahun menanti cahaya mata, pelakon hebat Beto Kusyairy yang terkenal menerusi filem Mat Kilau baru-baru ini tidak menyalahkan takdir sebaliknya akur dengan ketetapan Allah SWT. Menurut sumber Xtra, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia dan isterinya Tisha Shahar sudah melakukan pelbagai usaha termasuk rawatan Islam, tradisional dan moden untuk dikurniakan zuriat.
“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami. Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.
“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani. Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepadaNya,” kata Beto.
Rata-rata warganet memuji kesetiaan kedua-dua pasangan ideal ini dan ramai mendoakan mereka berdua dikurniakan cahaya mata satu hari nanti selain menitipkan doa agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber: Keluarga, Xtra | Kredit foto: Instagram @betokusyairy
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.