Nama pembaca berita dan pengacara jelita, Nurul Alis Aidil Akhbar atau Kiki Joule sangat sebati dengan dunia permotoran. Cintanya terhadap aktiviti lasak ini mula tercetus sejak lebih 20 tahun dulu. Lumba kereta dan motor berkuasa tinggi menjadi kepakaran anak jati Negeri Sembilan ini sehingga digelar ‘sifu permotoran’.

Hanya sekadar suka-suka, ibu kepada 4 cahaya mata ini mula aktif dalam sukan go-kart di usinya 22 tahun. Paling membanggakan, Kiki pernah menyertai perlumbaan Asean Cup Prix 1997. Hebatnya!
Suatu ketika dulu wajahnya sangat dikenali sebagai penyampai berita di RTM dan lebih 20 tahun Kiki diberi peluang mengendalikan segmen sukan. Bertitik tolak dari situlah minatnya kian bercambah terhadap aktiviti lasak ini sekaligus menjadi sebahagian dari gaya hidupnya sampai kini.
Namun apa yang paling kagum ialah semangat dan kemampuannya masih hebat walaupun usia dah mencecah 40an. Apatah lagi dengan gelarannya sebagai seorang isteri, ibu serta serta penyampai berita. Ternyata, Kiki bukan calang-calang wanita. Punya stamina dan tahap kecergasan yang tinggi.
Nona mencungkil rahsia sebenar yang diamalkan Kiki untuk kekal sihat, cergas dan awet muda.
JAGA MAKAN DAN MASAK SENDIRI
“Saya memang jaga makan sejak dulu lagi. Waktu umur 20an saya jarang makan di luar sebab suka masak sendiri. Masak ringkas-ringkas saja pun tak mengapa asalkan dapat masak sendiri.
Segala jenis makanan ringan saya elakkan. Memandangkan saya asal Negeri Sembilan semestinya makanan pedas menjadi kegemaran.
Saya juga amalkan makan buah dahulu sebelum makan nasi. Turut diamalkan ialah makan sayur-sayuran, ulam dan minum air putih secukupnya setiap hari.
Kalau nak tahu saya bukanlah seorang gym person. Namun saya pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya setiap hari. Manakala aktiviti hujung minggu pula semestinya riding bersama rakan-rakan mahupun suami agar sentiasa cergas dan dapat keluarkan peluh secara sihat,” kongsi Kiki yang sentiasa mengamalkan prinsip menunggang selamat dengan bergaya.
Hampir 5 tahun Kiki bergelar isteri kepada Dr Faizal Baharuddin. Selain bergelar Brigedier Jeneral, Dr Faizal juga merupakan Pakar Perubatan Awam serta Pegawai Memerintah 96 Hospital Angkatan Tentera di Pangkalan TLDM Lumut.

Kredit Foto: Instagram Nurul Alis Aidil Akhbar
Contohi 4 NILAI MURNI Yang Dimiliki Puteri Bongsu Rasulullah SAW, Siti Fatimah Az-Zahra RA

Siti Fatimah Az-Zahra RA merupakan puteri bongsu Nabi Muhammad SAW bersama isteri pertama baginda iaitu Siti Khadijah. Wanita hebat ini dilahirkan di Mekah pada hari Jumaat, 20 Jamadilakhir lebih kurang lima tahun sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul.
Siti Fatimah Az-Zahra RA membesar di bawah naungan wahyu Ilahi, di saat kancah pertarungan sengit antara Islam dan jahiliah tatkala hebatnya perjuangan melawan penyembah berhala.
Bersuamikan Ali bin Abi Thalib bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Kerana Ali bin Abi Thalib adalah salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah namun sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Rasulullah pernah bersabda kepada Ali bin Abi Thalib, “Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.” (HR Abu Hurairah).
Dengan demikian wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah yang tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dalam suatu kisah menceritakan tentang keadaan rumah tangga Ali bin Abi Thalib yang hidup miskin dan serba kekurangan setelah dengan Fatimah. Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anakku bersabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang bermanfaat bagi keluarganya”.
Ali bin Abi Thalib cukup memaklumi isterinya yang setiap hari menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung. Lebih memenatkan lagi apabila Fatimah terpaksa mengambil air melalui jalan yang berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suatu hari ketika Ali bin Abi Thalib berada di rumah, dia turut menyingsing lengan membantu isterinya menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah kepada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Fatimah Az-Zahra RA memiliki keperibadian yang sabar, penyayang dan tidak pernah melihat atau dilihat lelaki bukan mahramnya. Rasullullah pernah berkata Fatimah merupakan bidadari yang menyerupai manusia. Sesungguhnya dia adalah pemimpin wanita dunia dan penghuni syurga paling utama.
Nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada sifat Siti Fatimah Az-Zahra RA:
MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT
Sesuatu perkara itu tidak berlaku melainkan atas izin Allah SWT. Apabila kecintaan yang tinggi kepada Maha Pencipta maka insan akan lebih dekat kepada sang Pencipta dan mendatangkan ketenangan yang luar biasa.
MILIKI TAHAP KESABARAN YANG TINGGI
Sifar sabar harus dipupuk kerana Allah SWT bersama orang-orang yang sabar.
YAKIN
Kehidupan ini penuh dengan onak duri dan cabaran dalaman serta luaran. Yakinlah dengan ketentuan Allah dalam susah mahupun senang.
MENDIDIK ANAK & KELUARGA MENGENAL ALLAH SWT
Contoh terbaik ialah melihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik dan menasihati Fatimah dengan penuh hikmah. Setiap tutur kata penuh dengan bijaksana. Baginda mendidik anaknya dengan kefahaman Islam yang betul.
Perkongsian Oleh: Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman.
Melalui Platform DEWI REMAJA, Arena Ingin Didik Masyarakat Mengenai ‘Autism Awareness’!

Berjaya menempatkan diri sebagai finalis Dewi Remja 2018/2019 menjadikan figura bernama Arena Wan Mun-Yi Binti Iman Wan semakin dikenali. Mungkin ramai tidak mengetahui Arena Wan Mun-Yi atau lebih mesra disapa Arena juga merupakan anak kepada komposer terkenal, Iman Wan. Keluarganya juga amat dikenali di laman sosial dek kerana sering berkongsi kisah Adam, seorang remaja lelaki yang mengalami autisme yang juga adik kepada Arena.

Bagi Arena sendiri, dia bertekad untuk terus menjadikan platform Dewi Remaja untuk terus berkongsi dan memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap autisme. Dia sendiri yang cukup aktif di laman Instagram turut menjadikan akaun peribadinya untuk terus berkongsi pengalaman, pengetahuan dan juga realiti sebenar keluarga yang membesar bersama Adik kesayangannya itu.

APAKAH PERASAAN ANDA APABILA TERPILIH SEBAGAI FINALIS DEWI REMAJA?
Saya amat terkejut apabila terpilih menjadi finalis Dewi Remaja. Sejujurnya, sebelum saya sampai ke tahap ini, ada pelbagai halangan dan rintangan saya perlu tempuhi. Saya masih ingat ketika ingin menghadiri sesi ujibakat. Adik saya, Adam, melt down dan mengamuk semasa dalam perjalanan ke ujibakat. Kebetulan pada masa itu, ayah tidak dapat bersama dan ibulah yang menghantar saya untuk menjalani sesi ujibakat Dewi Remaja. Saya hampir membuat keputusan untuk tidak meneruskan ke sesi ujibakat kerana keadaan masa itu. Namun, ibu saya memberikan semangat agar saya tetap meneruskan niat tersebut. Jadi saya mengambil grab dan pergi ke ujibakat Dewi Remaja seorang diri. Alhamdulillah, saya kini salah seorang finalis Dewi Remaja.
PENGALAMAN PAHIT DAN MANIS SEPANJANG DALAM PERTANDINGAN INI?
Pengalaman manis yang boleh saya katakan disini ialah apabila saya belajar banyak perkara baru sepanjang dalam pertandingan Dewi Remaja. Salah satunya ialah melakukan aktiviti lasak semasa dalam program tersebut. Ia merupakan perkara baru yang saya lakukan sepanjang hidup saya. Pengalaman pahit pula ialah keyboard warrior yang sentiasa melemparkan kata-kata negatif. Mereka menghakimi saya dengan apa yang dilihat di tv tanpa mengetahui perkara sebenar.
ANDA JUGA PEMEGANG TITLE DEWI FAVOURITE… KONGSIKAN SEDIKIT PERASAAN ANDA…
Saya rasa amat bersyukur kerana mendapat gelaran ini. Sepanjang program ini berlangsung, saya cuba portray dan ikhlas menjadi diri saya yang sebenar. I just be myself! Saya tidak menghiraukan kata-kata orang yang beranggapan saya nampak childish dan sebagainya. Apa yang saya tahu, saya hanya perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu fake. Surprisingly, saya terkejut juga dengan vote yang diperolehi dan membolehkan saya menerima title Dewi Favourite tersebut. Pada mulanya saya agak terkejut dan dalam pada masa yang sama, saya percaya dengan rezeki yang tuhan berikan. Mungkin juga kisah keluarga saya menyumbang kepada undian saya. Juga kisah tanggungjawab saya sebagai seorang kakak yang mempunyai adik autism.
PROGRAM DEWI REMAJA SUDAH PUN TAMAT…APA PERANCANGAN ANDA SELEPAS INI?
Saya memang mencintai bidang seni. Sebab itu jugalah keluarga saya memberi sokongan penuh untuk saya menyertai Dewi Remaja dan program ini menjadi platform bagi saya untuk melebarkan saya dalam dalam industri seni tanah air. Buat masa ini, saya memang banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan menjalani rutin yang sama pada setiap hari. Saya juga amat meminati bidang lakonan dan nyanyian. Mana tahu, pada masa akan datang saya akan keluarkan single sendiri. Jika ada rezeki dan peluang pada masa akan datang, saya menerima dengan hati yang terbuka, Insyaallah.
SIAPAKAH TULANG BELAKANG ANDA SELAMA INI UNTUK MENCEBURI BIDANG INI?
Sudah tentu ibu dan bapa saya! Mereka banyak memberi sokongan dan dorongan untuk menceburi bidang ini. Mereka sangat memahami diri saya dan menjadi kekuatan saya selama ini. Apa sahaja yang saya lakukan dalam hidup, mereka sentiasa berada di belakang saya. Walaupuan ibu-bapa saya memberi lebih tumpuan kepada adik saya memandangkan dia seorang yang istimewa, namun mereka sentiasa cuba memberi yang terbaik buat saya. Saya sangat menghargai segala pengorbanan yang dilakukan dalam memastikan keluarga kami dalam keadaan yang baik.
APAKAH MISI ANDA LIMA TAHUN AKAN DATANG?
Sejujurnya, saya ingin membantu keluarga saya walaupun ia kedengaran agak klishe. Saya ingin menghantar adik saya menjalani terapi kerana kos rawatan terlalu mahal. Autistik bukan satu penyakit dan ia tidak mempunyai rawatan spesifik untuk menyembuhkannya. Tapi sekurang-kurangnya, kita boleh mendidik mereka yang mempunyai autistik ini lebih berdikari untuk masa hadapan. Saya melihat misi saya lebih ke arah itu kerana saya tahu ibu dan bapa saya banyak berkorban untuk adik saya.
APAKAH PRINSIP YANG DIPEGANG ANDA SELAMA INI?
Saya bukan seorang yang sempurna. Saya buat silap dan setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Apa yang pegang selami ini ialah tidak terlalu berharap kepada sesuatu perkara. I go with the flow. Saya percaya pada rezeki tuhan. Saya yakin, jika kita percaya dengan ketentuannya dan sentiasa positif, Inyaallah rezeki itu akan datang.
Melalui Platform Dewi Remaja, Arena Ingin Didik Masyarakat Mengenai ‘Autism Awareness’!

Jemaah Lari Bertempiaran, Tapi IMAM Ini Tetap Teguh Solat! Kuatnya Iman Beliau

MashaAllah, kuatnya iman Imam Masjid As-Syuhada di Bali ini. Dalam keadaan kelam-kabut dan jemaah lari bertempiaran menyelamatkan diri saat gegaran gempa bumi melanda Lombok Ahad lalu, tindakan Imam yang teguh menunaikan solat tersebut nyata menerbitkan rasa kagum di kalangan umat Islam seluruh dunia.
Sesungguhnya beliau membuktikan rasa takut itu hanya kepada Allah dan kepada-Nya juga kita berserah nasib hidup atau mati.
Meskipun rakaman video yang berdurasi seminit dan memaparkan sebahagian detik cemas yang berlaku di Bali itu berlaku dalam tempoh singkat.. namun kesannya cukup menginsafkan!
Dari paparan itu jugalah kita sedar betapa kecilnya manusia. Ajal mungkin datang menjemput pada bila-bila masa walaupun ketika dalam keadaan beribadat. Allahu, bertuahnya mereka yang dikurniakan ‘pemergian’ sebegitu rupa.
Menurut laporan yang dikongsikan Astro Awani, gegaran kuat di Masjid As-Syuhada, Bali mencecah 7.0 skala richter yang menggoncang wilayah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia sekaligus menyebabkan beberapa jemaah meninggalkan saf pada rakaat kedua.
Kejadian cemas yang berlaku 5 Ogos lalu itu juga adalah kali kedua Lombok dilanda bencana gempa bumi selepas gegaran pertamanya pada 29 Julai lepas mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail ketika gegaran gempa bermagnitud 6.4 skala richter.