Bidang pendidikan sememangnya menawarkan pelbagai peluang pendidikan untuk individu yang mempunyai keinginan untuk mempertingkatkan prestasi diri. Sehubungan dengan itu, peningkatan dari segi alat bantuan pembelajaran yang berteknologi tinggi juga diperlukan untuk melestarikan pendidikan pada peringkat terbaik.
Diatas iltizam untuk mempertingkatkan bidang pendidikan, syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn Bhd optimis menjalinkan kerjasama membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor. Ia seiring dengan usaha serta komitmen kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa pendidikan dan membina hubungan sinergi antara sektor berkenaan dengan industri teknologi memberi impak positif kepada masa depan pendidikan negara.
Ini terbukti dengan peningkatan prestasi secara keseluruhan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022. Antara kerjasama terkini yang harus diberi galakan adalah di antara Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Selangor (SSTP) dengan syarikat terbabit.
Dalam kerjasama dicetuskan, Israk Solutions berperanan sebagai perunding pakar teknologi maklumat dan turut menyediakan program latihan yang dikenali sebagai Arvia Certified Educator (ACE).
Ads
Menurut Pengarah Urusan Israk Solutions Sdn Bhd, Ahmad Najib Habeb berkata, program berkala ini direka khas bagi memberi peluang kepada guru dan pendidik untuk belajar, mengalami, dan mengaplikasikan penggunaan alat bantu mengajar,
“Terutamanya penggunaan papan pintar interaktif. Justeru, kami sangat berharap bahawa inisiatif ini akan lebih memperkukuh penggunaan teknologi dalam pendidikan dan memberikan manfaat yang besar kepada guru dan pelajar di Selangor.
“Kerjasama ini merupakan langkah ke hadapan dalam memenuhi keperluan penghadapan pendidikan,” kata Ahmad Najib Habeb ketika berlangsungnya majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Selayan Baru 6 Julai lalu.
Ads
Terdahulu pada majlis sama, turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan Selangor.
Malah sebagai inisiatif yang menyokong usaha itu, Selangor turut mewujudkan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) yang menyediakan fasiliti dan kemudahan pembelajaran mengikut keperluan industri terkini. Antara kursus yang ditawarkan di STDC ialah Teknologi Maklumat, Automotif, Elektronik, Elektrik, Kulinari, Motosikal, Tekstil Pakaian dan lain-lain.
Ads
“Selangor mempunyai bilangan sekolah dan institusi pendidikan yang paling banyak di Malaysia. Justeru perkembangan sektor pendidikan harus diberi keutamaan kerana ia akan menjadi tarikan kepada pelabur luar. Kita turut mahu menggalakkan kerjasama antara sektor pendidikan dan industri teknologi tempatan,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Zainal Ismail yang menyuarakan sokongannya terhadap sebarang aktiviti yang membabitkan pendigitalan dalam pendidikan kerana ia telah terbukti sangat membantu guru dalam mengukuhkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid ketika sesi PdPc berlangsung.
“Ia juga adalah selaras dengan salah satu teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah,” kata Zainal Ismail.
Untuk makluman beberapa buah Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan telah pun mengunakan teknologi smartboard Arvia ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Portal Majalah Pa&Ma di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME di bawah tajaan utama KARIHOME.
Program ini telah berlangsung di Park Royal Collection Hotel, Kuala Lumpur bermula pada pukul 1.30 petang hingga 5.30 petang.
Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan bagi meraikan pelajar-pelajar anak yatim yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2.
Seramai enam (6) orang pelajar yang merekodkan prestasi yang cemerlang telah menerima sumbangan yang berbentuk wang ringgit beserta hamper istimewa daripada Karihome.
Semoga majlis sebegini mendorong motivasi lebih ramai pelajar kurang berkemampuan agar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan. Syabas dan semoga maju jaya!
Pemenang-pemenang pertandingan Sedondon Raya Pa&Ma
Bersama anak yatim terpilih dari SK Bukit Kemuning 2 yang menerima sumbangan
Barisan pengurusan Nu Ideaktiv, Pa&Ma, Karihome, dam artis jemputan, Irma Hasmie dan Haziq Hussni
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim Tahun Baru Cina sudah hampir bermula. Rata-ratanya mulai sibuk merancang perjalanan, sama ada pulang beraya di kampung atau bercuti dengan orang tersayang. Bagi yang memandu, inilah masanya menuju ke PUSPAKOM berdekatan – pastikan kereta selamat dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma!
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula 11 hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets, PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
“Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baru Cina.
PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan.
PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh.
Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat, VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa.
Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi.” Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Disember menjadi pilihan ramai selebriti untuk berangkat ke Tanah Suci dan mengerjakan umrah. Tidak ketinggalan, Azrinaz Mazhar Hakim yang turut mengambil peluang akhir tahun ini untuk berada di sana dan lebih ‘dekat’ dengan Allah SWT.
Menerusi perkongsian di media sosial, Azrinaz sempat memuat naik foto di samping suami tercinta ketika berada di lapangan terbang sebelum berangkat ke Mekah.
Wajah bekas personaliti televisyen ini kelihatan berseri-seri yang tampil anggun dalam persalinan jubah putih dan tudung rona senada.
Kongsinya, “A journey to unlock the gates of mercy, forgiveness, and blessings also an opportunity to reset your spiritual compass and find yourself closer to Allah.”
Melihat penampilan anggun Azrinaz Mazhar Hakim, rata-rata peminat dan followers kesayangan memuji imej jelitawan ini. Apatah lagi, figura berusia 45 tahun berkenaan memiliki aura dan rupa paras cantik.
Di ruangan komen, Azrinaz turut ramah dan rajin membalas pertanyaan followers tersayang.
Ada yang meminta untuk mendoakan kesejahteraan, tidak kurang juga yang mendoakan agar perjalanan selebriti ini menunaikan ibadah umrah berjalan lancar serta mendapat umrah yang mabrur.
Dalam pada itu, ibu empat anak ini turut berkongsi Instagram Stories yang memaparkan dirinya berada di perkarangan Masjidil Haram untuk beribadah, melakukan ibadah tawaf dan saie serta cuba menyentuh Kaabah bersama-sama para jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang lain.
Azrinaz mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.