Pelakon Avaa Vanja tidak menutup ruang hatinya untuk menerima jodoh yang baru. Malah, kisah perkahwinannya selama 10 tahun yang gagal dipertahankan menjadikan dirinya lebih dewasa dan redha dengan kententuan-Nya.

IKLAN

“Usah Berkeras Dengan Allah SWT”- Tidak Menolak Jodoh, AVAA VANJA Sedia Terima Teman Hidup Baru

Avaa Vanja atau nama penuh Avaa Vanja Mohamad Ramli, 42, percaya dan yakin dengan segala perancangan Allah SWT. Tidak melatah dan tidak pula menyalahkan takdir, pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah menerima dengan hati yang terbuka sekiranya menerima jodoh yang baru dalam hidupnya.

“Usah Berkeras Dengan Allah SWT”- Tidak Menolak Jodoh, AVAA VANJA Sedia Terima Teman Hidup Baru

Katanya, selepas mendengar ceramah dari Mufti Menk, dia percaya bahawa perkahwinan itu boleh dilakukan lebih dari sekali kerana itulah rahsia jodoh.

“Selepas mendengar ceramah Mufti Menk, saya tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima jodoh yang baru. Biarpun saya akui, alam perkahwinan sebelum ini gagal dipertahankan, namun ia bukanlah alasan kukuh untuk saya tidak menerima kehadiran lelaki dalam hidup”

“Usah Berkeras Dengan Allah SWT”- Tidak Menolak Jodoh, AVAA VANJA Sedia Terima Teman Hidup Baru

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini, sekiranya dia memaksa diri untuk tidak menerima jodoh yang hadir dalam hidupnya, ia bermaksud dia menolak segala ketentuan takdir Allah SWT.

IKLAN

Sesungguhnya, usah tanamkan rasa benci dalam hati. Jika keras hati, bermaksud kita berkeras dengan Allah

“Usah Berkeras Dengan Allah SWT”- Tidak Menolak Jodoh, AVAA VANJA Sedia Terima Teman Hidup Baru

Sentiasa ingin menjadi versi yang lebih baik dari semalam, Avaa yang kini tampil dengan imej berhijab melihat segala yang berlaku dalam alam perkahwinannya sebelum ini sebagai sebuah pengalaman yang bernilai. Malah, dia sentiasa berdoa dan berharap agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat membawanya ke jalan yang baik dan membimbing dirinnya untuk lebih dekat dengan Allah.

IKLAN

Jujur saya katakan, apabila bercakap soal jodoh, pasti semuanya inginkan yang terbaik. Bagi saya, untuk saat ini, jika ada yang mahu  berkenalan dengan serius, saya terima dengan hati yang terbuka

Hasil perkahwinannya bersama bekas suami, Aamil Sulaiman pada 2011, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maleena. Namun, mahligai cinta yang terbina musnah dan pasangan ini bercerai pada 7 Februari lalu. Avaa diceraikan dengan talak satu selepas 10 tahun perkahwinan terbina.

Sumber:Mstar

Sumber gambar: Instagram Avaa Vanja

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI