Dalam setiap doa usai solat fardu, pasti tidak pernah tertinggal ucapan agar dimurahkan rezeki. Namun, ketidaktentuan bila berakhirnya pandemik COVID-19 yang sedang melanda tanah air tercinta ini menyebabkan ada yang menganggap pintu rezeki mereka telah tertutup. Dalam tafsir al-Quran al-Sya’rawi, rezeki ialah apa yang memberi manfaat bagi kita.
Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan. Sebenarnya terdapat rahsia yang tersembunyi dalam perbuatan kita untuk menarik rezeki.
Foto: Facebook Masjid Negara
Rupa-rupanya mudah saja amalan untuk menjemput rezeki ini.
Ads
√ Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
√ Sisihkan sedikit dari hasil gaji atau upah untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
√ Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
Ads
√ Letakkanlah di dalam bilik sebuah kotak. Setiap kali merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
√ Jika hadir dalam suatu majlis (keluarga atau sahabat), beli 1 atau 2 kota air mineral, niatkan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukannya (seperti orang tua, orang sakit, anak-anak dan lain-lain).
√ Jika membeli barang dari peniaga kecil kemudian apabila peniaga itu ingin mengembalikan wang, berikan wang baki itu untuknya (disedekahkan atau dihadiahkan).
Ads
√ Belilah Mushaf (Al-Quran), letakkan di salah satu masjid. bayangkan berapa pahala yang akan diperoleh dari setiap huruf daripada mereka yang membacanya.
√ Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus.
√ Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
Gambar hiasan.
√ Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah memmafkan setiap orang yang telah berbuat jahat daripada menghina, meyebarkan fitnah dan menzalimimu.
√ Set pada telefon bimbit, tanda peringatan pada waktu-waktu tertentu untuk membaca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas yang dihadiahkan kepada kedua ibu bapa, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses kehamilan dan melahirkan anak sememangnya menjadikan seseorang wanita itu cukup sempurna kejadiannya.
Pun begitu, proses ini tentu sekali mengubah penampilan fizikal kita. Contohnya perubahan bentuk badan, kesan regangan kulit, saiz payudara yang membesar dan kondisi vagina selepas bersalin.
Buat pasangan berkahwin, bahagian sulit merupakan aset yang sangat penting untuk suami. Tapi beberapa perubahan ini adalah hakikat yang mesti pasangan anda terima selepas ia melalui trauma bersalin yang menyakitkan.
(a) Perubahan Warna
Warna bahagian sulit anak gadis dengan wanita yang pernah melahirkan anak tentu sekali jauh berbeza. Hal ini disebabkan luka atau regangan kulit pada kawasan tersebut sewaktu bersalin. Anda akan dapat melihat perubahan warna yang ketara di bahagian vulva dan juga labia yang berubah kehitaman.
(b) Lebih lebar dan longgar
Tidak perlu mempertikaikan mengapa bahagian sulit isteri tidak seketat dahulu. Proses melahirkan anak bukanlah proses yang mudah, malah kesakitannya bersamaan 20 tulang yang dipatahkan serentak.
Apabila mengeluarkan bayi dari dalam perut melaluinya, tentu akan menyebabkan ia melebar. Otot-otot di kawasan itu juga turut longgar. Namun ia akan beransur-ansur sempit semula selepas setahun melahirkan, jadi kerapkan berlatih senaman Kegel untuk menguatkan lantai pelvis.
(c) Terasa ngilu
Ramai wanita yang mengeluh tentang rasa ngilu ini. Ia berlaku disebabkan kesan luka episiotomi iaitu potongan yang dilakukan di kawasan perineum agar bukaan lebih luas untuk bayi keluar. DIsebabkan itu, proses berpantang amat penting untuk penyembuhan bahagian sulit namun ia masih boleh menyebabkan ngilu sewaktu sesi bersama.
(d) Kekeringan
Selepas melahirkan, bahagian sulit akan terasa kering disebabkan penurunan hormon estrogen dalam fasa penyusuan anak. Bantuan produk pelincir sangat penting untuk keselesaan pasangan ketika bersama, selain mengurangkan rasa pedih yang mungkin dialami.
(e) Pendarahan
Pendarahan ini mungkin berupa campuran darah, cecair dan lendir yang sering disebut nifas. Darah yang keluar berasal daripada rahim dan tempoh pembersihan bahagian sulit biasanya berlangsung selama 40 hari atau 6 minggu. Ia adalah normal dalam tempoh tersebut.
Demikianlah 5 perubahan yang biasanya terjadi pada badan wanita selepas melahirkan. Jangan tergesa-gesa membeli produk yang suka memperdayakan pengguna dengan kata-kata manis untuk mengembalikan rupa fizikal kerana ini adalah lumrah seorang ibu. Semoga bermanfaat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendengar hela nafasnya sahaja turut membuatkan dada kita rasa sesak. Jelas tergambar betapa susahnya wanita warganegara Britain yang disahkan positif Covid-19 ini untuk terus bernafas. Tara Jane Langston yang kini dilaporkan dalam proses ‘recovery’ dengan tahap kesihatan semakin baik setiap hari, mencuri tumpuan masyarakat dunia apabila video yang memaparkan Tara merakam keadaan dirinya menggunakan telefon bimbit ketika berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hillingdon Hospital di barat London tersebar. Sehingga ke hari ini, video berkenaan telah ditonton lebih sejuta orang.
Menerusi rakaman video itu kelihatan tiub pernafasan masih terlekat di wajah Tara dan nafasnya tercungap-cungap menceritakan keadaan diri yang kian beransur sembuh. Memetik kenyataan wanita berusia 39 tahun itu ketika dihubungi MailOnline pada Khamis lalu (19 Mac 2020), “Rasa seperti ada serpihan kaca di dalam peparu anda. Ia sukar untuk dijelaskan tetapi apa yang boleh saya katakan adalah setiap nafas itu seperti satu perjuangan.”
Tujuan asal Tara membuat rakaman dan menghantar video itu menerusi aplikasi Whatsapp adalah untuk menasihati rakan-rakannya supaya menjaga kesihatan diri ketika wabak Covid-19 melanda. Difahamkan ibu kepada dua anak ini ialah individu aktif dan menjalani gaya hidup sihat tetapi tidak bernasib baik kerana dijangkiti virus Covid-19 yang memaksa dirinya dikejarkan ke hospital menaiki ambulan sebelum disahkan positif Covid-19.
Sementara itu menurut laporan Associated Press (AP) pula, Tara yang bertugas sebagai pelayan restoran memaklumkan dia berasa ’10 kali ganda lebih sihat’ ketika merakamkan video tersebut berbanding sewaktu dia baru disahkan positif Covid-19. Dia turut berpesan agar mereka berhenti merokok dan peka dengan situasi wabak ini supaya ia tidak terus merebak.
Kata Tara menerusi videonya, “Jika anda masih ambil mudah dengan keadaan ini, tengoklah apa yang berlaku kepada saya sekarang. Saya berada di ICU. Saya tak boleh bernafas sendiri tanpa bantuan (tiub pernafasan) ini. Ada cannula di tangan kiri dan kanan saya, juga catheter (satu tiub fleksibel untuk mengeluarkan cecair dalam badan seperti air kencing).
Saya rasa 10 kali ganda lebih sihat sekarang berbanding sebelum ini. Jika sesiapa masih merokok, berhentilah kerana pada waktu seperti ini (covid-19) anda memerlukan paru-paru yang sihat untuk terus bernyawa. Sekali lagi saya tegaskan, jangan ambil mudah virus ini. Kerana jika anda dijangkiti, anda akan akhirnya berada di sini.”
Kini Tara sudah dibenarkan pulang ke rumah dan terlalu gembira dapat bertemu semula suami dan dua anaknya selepas ditahan di hospital selama 9 hari termasuk 3 hari di ICU akibat Covid-19.
“Saya dah boleh bernafas seperti biasa dan rasa sangat gembira. Kepada suami dan anak-anak, mummy is coming home soon. Make sure you get the house tidy. I love you and miss you and can’t wait to be with you.”
Tara dijemput suaminya, Richard pada pagi Ahad lepas (22 Mac 2020) di hospital dalam suasana penuh emosi. Dia dan suami mempunyai dua anak perempuan iaitu Annabelle berusia 17 tahun dan Meadow, tiga tahun.
Sumber: MailOnline / Associated Press / Tara Jane Langston Facebook
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung minggu lalu, Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Bahagia Che Puan Sofie Louise Johansson berkenan berangkat ke Jajahan Tumpat, Kelantan.
Anggun dan segak mengenakan persalinan sedondon rona krim, keberangkatan tiba baginda dimulai di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Tumpat dan disambut Ketua Jajahan dan isteri, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II dan isteri, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Kelantan, Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan dan isteri, Pengelola Istana D’Raja Kelantan dan isteri, pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
Sebelum membuat lawatan seterusnya, baginda tuanku dan isteri turut diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan dan situasi semasa di Jajahan Tumpat oleh Ketua Jajahan, Timbalan Ketua Polis Tumpat dan Timbalan Pengarah Hospital Tumpat. Dalam pada itu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra juga diraikan dengan Santapan Tengahari.
Usai bersantap, baginda tuanku berkenan berangkat ke kediaman Syazwan Najmi iaitu salah seorang rakyat Kelantan berusia 23 tahun yang menetap di Kampung Pak Keral, Tumpat. Kehidupan pemuda ini telah menarik perhatian baginda selepas kisah kematian isteri tercinta, Siti Nur Nasuha Safie kira-kira lima bulan lalu kerana mengalami komplikasi jangkitan kuman ketika melahirkan anak perempuan kembar pada 31 Mac lepas.
Difahamkan Syazwan menamakan bayi kembar mereka Medina Safiya dan Medina Sofiya sempena menunaikan hasrat arwah isterinya yang mahukan nama tersebut.
Namun, paling menarik perhatian rakyat adalah penampilan Che Puan Sofie yang sopan berbaju tradisi sambil duduk bersimpuh di atas lantai. Meskipun baru mendalami budaya masyarakat Melayu tetapi Che Puan Sofie yang dilahirkan di Sweden kelihatan tidak kekok berbuat demikian dan manis berselendang.
Berpeluang mendukung kedua-dua bayi comel ini, Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie turut menzahirkan kesedihan atas pemergian Siti Nur Nasuha di samping menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh isteri Syazwan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh. Sebelum berangkat pulang, baginda berdua berkenan meneruskan lawatan ke kilang memproses serunding di Tumpat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!