Usah Risau Buat Wanita BAHU BIDANG, Ini 6 Trik Fesyen Mudah Untuk Anda Tampil Yakin Dan Menawan!

353

Setiap wanita pastinya mengidamkan bentuk badan yang mungil dan cantik menggoda. Rutin senaman yang sihat dan konsisten antara aktiviti yang boleh diamalkan bagi memperolehi tubuh idaman ini. Namun, tubuh setiap orang berbeza dan ramai dikalangan wanita Malaysia mempunyai saiz bahu yang agak lebar atau berbidang seperti lelaki. Mungkin disebabkan faktor genetik atau aktiviti sukan yang menghasilkan bentuk bahu dan berdada bidang.

IKLAN

Tentunya anda akan berasa kurang selesa dan tidak yakin setiap kali ingin bergaya. Perkara yang paling membuat anda berasa rendah diri bila anda perasan yang anda tampak kurang menarik dimata orang. Hey! Cantik itu bersifat subjektif. Jadi apa yang kami boleh bantu ialah berkongsi dengan anda bagaimana untuk ‘melembutkan’ bahagian tersebut dan bermain helah mata menggunakan tips fesyen mudah. Jom ikuti trik mudah ini!

IKLAN

1. ELAKKAN PAKAIAN YANG MEMPUNYAI BUKAAN LEHER YANG LUAR

Elakkan baju seperti strapless top atau leher berbentuk bateau, pasti tertonjol bentuk bahu anda yang luas itu. Juga jangan sesekali memakai baju bercorak melintang seperti didalam gambar, ia akan memberi ilusi bahu nampak lebih lebar.

2. PILIH PAKAIAN MEMPUNYAI LEHER V (V-NECK)

Leher baju berbentuk V merupakan helah mata supaya bahagian bahu yang lebar tidak terdedah. Awas! Jangan memilih bentuk leher V yang luas, cukup yang nampak selesa dan tidak keterlaluan.

3. TAMBAH AKSESORI

Gayakan rantai panjang supaya menarik mata si pemerhati melihat keatas dan kebawah untuk mengelakkan mereka melihat kiri ke kanan dari garis bahu anda.

4. GELAP DI ATAS, CERAH DI BAWAH

Cuba jadi sedikit kreatif dengan bermain warna cerah dan gelap bersama. Tekniknya mudah, anda hanya perlu gayakan baju berwarna gelap dan untuk seluar atau skirt serlah dengan warna-warna cerah. Bila anda memakai baju berwarna gelap, ia memberi ilusi badan atas kelihat lebih kecil dan berjaya mengimbangi bentuk badan. Malah, anda pun tampak bergaya!

5. TARIK PERHATIAN DENGAN CORAK BERJALUR

Bosan dengan bermain dengan warna senada, apa kata anda cuba dengan corak berjalur, tapi ingat ya bukan jalur garis menegak tapi kenakan corak garisan menegak (atas ke bawah). Helah ilusi ini membuat badan anda nampak lebih ramping dan mengaburi mata untuk melihat kawasan bahu anda.

6. PILIH YANG KEMBANG-KEMBANG

Tiada alasan lagi untuk anda mencuba skirt atau jeans kembang. Skirt kembang berbentuk A atau jeans berkaki kembang memberi ilusi badan atas kelihatan lebih tirus, ianya pilihan yang tepat untuk tampak stail dan yang paling dapat menutup ‘kekurangan’.