Tiada wanita yang tak mahu kelihatan cantik kerana ia adalah lumrah. Bukan sekadar wajah cantik dan penampilan menarik, berjaya mengekalkan bentuk badan ideal juga umpama menang sebuah trofi.
Hakikatnya, program menurunkan berat badan tidak menuntut perbelanjaan yang tinggi kerana paling penting ialah kesungguhan dan komitmen masa.
Apa yang penting ada matlamat kenapa nak kurus. Mulakan usaha dari sekarang.
JANGAN ‘SKIP’ SARAPAN
Sarapan merupakan waktu makan paling penting bagi permulaan hari. Tetapi, ada segelintirnya tidak mengendahkan sarapan. Mengelakkan sarapan adalah kesilapan terbesar dalam berdiet. Sarapan membantu mengembalikan tenaga yang hilang dan mengawal nafsu makan hingga ke penghujung hari.
Ambil sarapan tinggi kandungan serat kerana ia lambat dihadam dan memberi rasa kenyang lebih lama. Antaranya ialah bijirin sarapan berkhasiat yang rendah gula seperti emping jagung, muesli dan oat.
Taburi hirisan buah-buahan segar seperti anggur, kiwi atau strawberi di atasnya. Jika mahu lebih tenaga, ambil semangkuk putih telur setengah masak bersama roti gandum bakar yang enak. Pelbagaikan hidangan dengan buah-buahan seperti oren dan pisang.
Ads
TENGAHARI
Sebaiknya, bawalah bekal ke pejabat. Bukan saja dapat kawal saiz hidangan, dapat juga jimatkan kos. Antaranya sandwich tuna, burger sayuran atau roti gandum berjem. Ia rendah kalori serta mampu meningkatkan jumlah pengambilan serat. Variasikan dengan snek sihat seperti yogurt rendah lemak dan sebiji epal.
Jika terpaksa makan di luar, elak berkunjung ke restoran makanan segera. Pergilah ke restoran deli atau restoran makanan tempatan yang menyajikan hidangan sandwich, buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menyihatkan.
MAKAN MALAM
Makanlah di rumah kerana ia lebih menjimatkan, berkhasiat dan elak makan berlebihan. Selepas makan, buat senaman ringan seperti membersihkan dapur atau membasuh pinggan mangkuk, berbanding terus menikmati semangkuk aiskrim yang tinggi kalori.
Jika memilih makan di luar, pilihlah salad segar berbanding stik atau mi tempatan. Elak mengambil nasi yang banyak dan lauk-pauk yang berat.
Ads
SOALAN LAZIM
Kenapa berat badan belum kurang?
Makan 5-6 hidangan kecil sepanjang hari lebih ideal berbanding 2-3 hidangan besar. Jika lapar kudaplah snek sihat seperti kekacang, buah-buahan kering atau yogurt.
Usah cepat terpedaya dengan ayat ‘jangan makan nasi atau roti’ untuk kurus kerana karbohidrat amat penting untuk membekal tenaga.
“Alah, cuma secawan latte. Apa salahnya?”
Awas, secawan mocha caramel latte yang dititip krim putar mampu menjadi ‘bencana’ kepada diet anda!
Ads
Malah minuman seperti soda, jus buah-buahan, isotonik, latte dan sebagainya kaya dengan kalori. Cecair masih tetap makanan dan ia mengandungi kalori.
Berbaloi ke ambil pil pelangsing?
Ramai yang ambil jalan pintas dengan memakan pil pelangsing, kapsul pembakar lemak dan minuman tertentu untuk menguruskan badan.
Realitinya, tidak wujud jalan mudah untuk langsing. Setiap kisah sukses individu tercetus dengan pelan pemakanan yang bijak dan latihan kecergasan yang berterusan.
Kredit Foto: www.pexels.com
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati tak keruan saat membelek wajah di cermin. Melihat bintik-bintik hitam yang degil, jengkel dan memalukan mengundang tidak yakin diri. Sudah penat berusaha cegah bintik-bintik hitam ini timbul tetapi kehadiran yang tidak di undang ini seperti tidak mahu beralih. Tidak mahu bintik-bintik hitam ini terus mencacatkan penampilan, ayuh singkir bintik-bintik hitam daripada terus melekat di lapisan luar kulit agar kelihatan cantik dan berseri.
KELUPAS DENGAN SODA BIKARBONAT
Pori-pori yang tersumbat sebenarnya merupakan punca terjadinya bintik-bintik hitam ini. Soda bikarbonat mampu menyingkirkan segala bintik-bintik hitam umpama membuat rawatan micro dermabrasion di pusat rawatan kecantikan. Caranya sangat mudah dengan mencampurkan soda bikarbonat dengan air sehingga membentuk seperti tekstur pes. Sapukan di wajah terutama di kawasan yang mempunyai bintik-bintik hitam. Jika sering dilakukan dapat menyingkir segala bintik-bintik hitam di wajah.
PORE STRIPS
Pore Strips telah diangkat sebagai hero untuk menyingkirkan bintik-bintik hitam yang melekat di wajah. Telah digunakan sejak dahulu lagi dan ternyata terbukti keberkesanannya. Tidak perlu bersusah payah, cuma beli pore strips di kedai atau farmasi. Basahkan kawasan yang mahu dirawat dan letak pore strips di situ, biarkan selama 15 minit. Apabila sudah kering tarik pore strip serentak. Tarik dengan lembut agar tidak menyakitkan kulit. Hasilnya, bintik-bintik hitam akan melekat keluar mengikut pore strips. Kemudian, jangan biarkan pori-pori terus terbuka, sapu pelembap untuk mengelak kerengsaan kulit.
CLAY MASKS
Topeng muka yang berasaskan tanah liat mampu menyedut keluar ketidaksempurnaan kulit umpama sebuah mesin penyedut. Tanah liat umpama magnet yang boleh menyingkirkan bintik-bintik hitam atas kulit. Selagi kerap membersihkan wajah dengan topeng muka berasaskan tanah liat ini, anda pasti teruja dengan hasilnya. Sebaik-baiknya guna topeng muka ini seminggu sekali dengan menyapu ke seluruh bahagian wajah. Biar seketika dan bersihkan dengan air suam sehingga bersih.
SALICYLIC DAN GLYCOLIC ACID
Jadikan kedua-dua jenis asid ini sebagai BFF. Ketika memilih untuk membeli pencuci muka dan penyegar, pastikan kedua-dua jenis asid ini terpampang di label kandungannya. Salicylic acid adalah lipophilic mampu menarik lemak atau minyak di lapisan kulit. Bukan itu sahaja konsentrasi asid ini boleh membersihkan liang pori-pori kulit. Penggunaan secara konsisten boleh membantu mengelakkan bintik-bintik hitam hadir dan membantu kulit yang sihat dan cantik. Manakala glycolic acid pula merupakan alpha hydroxy acid (AHA) berkuasa menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran di atas kulit. Kombinasi kedua-dua asid ini boleh membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam daripada terus menular.
RETINOIDS
Biasanya retinoids ini akan di pek bersama vitamin A untuk mendapat kesan yang optimum pada kulit. Retonoids ini membantu memperbaiki pertumbuhan kulit agar jerawat tidak muncul. Malah ia juga boleh membantu menyingkirkan sel kulit mati dengan berkesan. Ketika pertama kali menggunakannya kulit akan mengelupas seperti selepas melakukan proses pengelupasan. Selepas dua atau tiga minggu kulit tidak akan mengelupas dan akan menjadi lebih cerah dan cantik secara semula jadi. Boleh memilih produk mengandungi retinoids yang dibeli di farmasi atau mendapatkan preskripsi doktor yang bertauliah.
JANGAN PICIT
Seperti biasa apabila terdapat bintik-bintik hitam atau jerawat di wajah pantas sahaja tangan hendak memicitnya keluar. Jangan sekali-kali memicit bintik-bintik hitam dengan tangan lebih-lebih lagi jika terdapat bakteria yang tidak kelihatan di tangan. Memang tidak sabar melihat bintik-bintik hitam di wajah tetapi tindakan memicit keluar hanya akan memburukkan lagi keadaan sahaja. Biar sahaja mereka yang pakar sahaja mengeluarkan bintik-bintik hitam itu. HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon cantik Anne Hathaway kini berusia 40-an. Pun begitu, pelakon yang membawakan watak Mia dalam filem Princess Diary ini masih kelihatan berseri seolah-olah tak menua.
Solekannya sentiasa bersih, segar dan semula jadi. Anne sering muncul dengan kulit wajah yang hampir sempurna, licin, cerah dan sihat dengan sentuhan solekan asas yang ringan namun sekata.
Selai itu, Anne sentiasa mengekalkan trademark kening tebal dan kemas memberikan ekspresi wajah yang kuat.
Manakala penyeri matanya adalah celak halus dan sapuan maskara yang menyerlahkan bulu mata tanpa terlalu dramatik.
Hari ini dah 26 Ramadan menandakan hanya lagi 4 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam empat hari ini mesti ramai lagi yang belum menyediakan kelengkapan secukupnya. Baru meriah raya nanti!
Lebih-lebih lagi mak-mak yang bukan hanya fikir tentang keperluan sendiri tetapi kena fikirkan tentang kelengkapan suami dan anak-anak. Itu belum termasuk juadah raya dan deko rumah. Itu yang kadang-kadang mak-mak tak sempat nak sediakan keperluan diri sendiri.
Biasanya setiap tahun mak-mak akan menyediakan tema. Warna-warna pilihan yang dekat dengan hati pasti menghiasi timeline masing-masing pada raya pertama nanti. Agak-agaknya warna apa yang paling popular tahun ini?
Bagi yang masih tercari-cari lagi tema untuk digayakan pada pagi raya nanti mungkin boleh mengambil idea dari rekaan yang ditampilkan di sini.
Tudung Raya
TUDUNG ARIANITUDUNG CAKENISTUDUNG RUFFLE
Baju Raya
ARIANI RTWSCAFFEYAMINIMALACE
Solekan Raya
SEPHORABRUSH SET SEPHORA
Aksesori Raya
WANDERLUST + COLES GEORGETTES
Wangian Raya
JO MALONE
Beg Tangan Raya
CARLO RINO
Kasut Raya
CARLO RINO
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.