ERICYA BAIDURI

Bertuah wanita bernama Ericya Baiduri Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Madammu ini kerana dikurniakan seorang suami penyayang! Selain kisah kejayaannya sebagai usahawan menjadi pencetus semangat kepada ramai wanita, perjalanan Madammu untuk hamil dan memiliki zuriat juga tidak kurang hebatnya.

IKLAN

Lebih-lebih lagi dalam kalangan isteri yang sudah bertahun-tahun menunggu untuk bergelar ibu.

Pengasas Noir Health & Beauty ini sah menjadi isteri Muhammad Azri Che Noh ketika berusia 25 tahun. Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami serta tiga anak tiri hidup bahagia meskipun belum berpeluang mempunyai zuriat sendiri.

Sejak awal tahun ini, Madammu terbuka berkongsi kisah in vitro fertilization (IVF) yang dilakukannya bersama followers selepas beberapa kali menunda prosedur kesuburan tersebut kerana takut. Ini merupakan kali ketiga dan dia akhirnya nekad menjalani proses berkenaan.

Usaha Dapat Zuriat Lepas 7 Tahun Kahwin, MADAMMU Buat IVF & Terima ‘Pregnancy Gift’ Kereta Mewah!
Credit Instagram @eriyca.baiduri
Usaha Dapat Zuriat Lepas 7 Tahun Kahwin, MADAMMU Buat IVF & Terima ‘Pregnancy Gift’ Kereta Mewah!
Credit Instagram @eriyca.baiduri
Usaha Dapat Zuriat Lepas 7 Tahun Kahwin, MADAMMU Buat IVF & Terima ‘Pregnancy Gift’ Kereta Mewah!
Credit Instagram @eriyca.baiduri

Bagaimana pun selepas melalui beberapa prosedur, doktor mendapati tiub fallopian kanan Madammu tersumbat dan terpaksa dibuang kerana membengkak serta terdapat jangkitan kuman. Tanggal 18 Julai, dia perlu menjalani pembedahan dan kini berada di wad dalam keadaan stabil.

“18/7/2022, Isnin 10.00am Madammu perlu melalui prosedur remove fallopian tube. Satu prosedur yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu laluinya juga.

Teringat 5/7/2022 apabila Dr Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embryo.”

Besar sungguh pengorbanan seorang wanita bergelar isteri untuk menjadi ibu.

Namun yang lebih menyentuh perasaan ramai apabila suami tercinta menghadiahkan sebuah kereta mewah buat Madammu yang dianggap sebagai pregnancy gift.

IKLAN
Usaha Dapat Zuriat Lepas 7 Tahun Kahwin, MADAMMU Buat IVF & Terima ‘Pregnancy Gift’ Kereta Mewah!
Credit Instagram @eriyca.baiduri
Usaha Dapat Zuriat Lepas 7 Tahun Kahwin, MADAMMU Buat IVF & Terima ‘Pregnancy Gift’ Kereta Mewah!
Credit Instagram @eriyca.baiduri
Usaha Dapat Zuriat Lepas 7 Tahun Kahwin, MADAMMU Buat IVF & Terima ‘Pregnancy Gift’ Kereta Mewah!
Credit Instagram @eriyca.baiduri

“Madammu jarang nak berkongsi tentang kereta, hadiah atau apa saja yang melibatkan kebendaan. Dua sesi konsultasi IVF sebelum ini berlaku dalam masa 10 bulan dan dalam masa itu jugalah TP (Tuan Penasihat) sangat teruja dan terus membuat pre-order Mercedes Benz jenis G 63 AMG kononnya sebagai hadiah pregnancy untuk Madammu.

Beberapa hari lepas terima berita mengejutkan mengenai pembedahan tiub fallopian itu, Madammu terima pula berita pregnancy gift yang TP tempah telah sampai. Masa ini hanya Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya hati Madammu. Sepatutnya sewaktu gift ini sampai, Madammu dah pregnant!

Usaha Dapat Zuriat Lepas 7 Tahun Kahwin, MADAMMU Buat IVF & Terima ‘Pregnancy Gift’ Kereta Mewah!
Credit Instagram @eriyca.baiduri

IKLAN

Ya Allah, Madammu lupa yang Madammu ini hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segala-galanya. Pada masa TP terima panggilan tentang ketibaan pregnancy gift ini, sebenarnya ia sampai lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.”

Difahamkan harga kereta Mercedes Benz G 63 AMG berwarna hitam itu mencecah harga bermula RM1.45 juta!

Semoga usaha Madammu untuk timang cahaya mata mendapat keredaan Allah SWT dan berjalan lancar. Madammu membina legasi empayar niaganya sejak 2017 dan meraih jualan mencecah RM32 juta.

Pohon doa dalam penampilan selesa kepadaNya dengan Telekung Rawdah Nayla Set. Dapatkan dengan harga promo kod NONGSP5 dan klik DI SINI.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI