Tahun ini Nabila Razali mampu tersenyum bangga dengan dirinya kerana berjaya membeli sebuah kediaman yang menjadi impiannya selama ini. Tahniah! Nabila, semoga apa yang dicapai ini mampu menyuntik inpsirasi buat wanita lain untuk mengecap kejayaan seperti anda.

IKLAN
Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Foto: Koleksi Majalah Nona

Siapa yang tak bangga dapat memiliki kediaman yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Nabila begitu teruja berkongsi kegembiraannya di laman media sosialnya apabila mendapat kunci rumah idamannya. “Alhamdulillah, syukur Ya Allah. One more achievement unlocked. My dream house!” tulis Nabila di laman Instagramnya.

Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Nabila Razali teruja dapat kunci rumah idaman. Foto: Instagram @nabila.razali
Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Nabila Razali bergambar di hadapan kediamannya. Foto: Instagram @nabila.razali

Seperti yang kita tahu Nabila yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Kejuruteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini pernah bekerja sebagai arkitek sebelum melangkah kaki ke dalam dunia seni. “Saya sempat bekerja 6 bulan tapi berhenti kerja sebab nak sambung belajar peringkat sarjana.

Baru saja 1 semester tapi tak sempat menghabiskan pengajian sebab dah mula sibuk dan terikat dengan karier seni. Walaupun rasa cinta dalam dunia arkitek tak pernah padam tapi saya anggap peluang yang macam ini tak datang selalu.

Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Foto: Instagram @nabila.razali
Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Foto: Instagram @nabila.razali

Jadi apa salahnya saya rebut peluang yang ada. Alhamdulillah, Nabila Razali sudah berada di sini tapi masih jauh lagi perjalanan saya,” tutur finalis Akademi Fantasia (AF) 2013 ini. Tak sabar nak tengok dekorasi kediaman gadis manis ini nanti.

IKLAN

Sebelum ini Nabila pernah berkongsi bekerja sebagai pelayan restoran (waitress) di salah sebuah restoran Jepun. Tanpa segan-silu Nabila Razali berkongsi cerita eksklusif ini di program Selebriti First Job.

IKLAN
Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Foto: Instagram @nabila.razali
Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Foto: Instagram @nabila.razali

Malah penyanyi lagu Peluang Kedua ini turut berkongsi momen yang tak dapat dilupakannya. “Inilah tempat first time Bella pegang tray jatuh air tumpah kat customer,” kongsi Nabila Razali yang mesra membahasakan dirinya Bella sambil mengimbau kenangan bekerja sebagai pelayan restoran Jepun.

Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Foto: Instagram @nabila.razali
Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Foto: Instagram @nabila.razali
Usaha Gigih NABILA RAZALI Berbaloi! ‘Reward’ Diri Rumah Impian Di Usia 28 
Foto: Instagram @nabila.razali

Memulakan langkah dalam bidang seni dengan menyertai Akademi Fantasia pada tahun 2013, membuat Nabila Razali terus melangkah ke depan. Usahanya berbaloi dan Nabila Razali boleh tersenyum bangga dengan pencapaian lagu-lagunya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI