Menyentuh perihal agama, barangkali ia sebuah isu yang begitu sensitif untuk dikupas. Tambahan pula jika dirujuk dalam kelompok masyarakat Malaysia, kepelbagaian agama dan budaya menjadi asas dalam menjadikan negara ini berbeza dari yang lain. Maka, tidak hairanlah sehingga kini, masyarakat dilihat bersifat lebih terbuka untuk memahami serta mendalami setiap agama di Malaysia, tanpa menjadikan sudut perbezaan kepercayaan itu sebagai sebuah tembok penghalang.

Usaha Mencari Pegangan Hidup, Airmata JASMINE SURAYA Mengalir Saat Mendalami Islam

IKLAN

Begitulah yang sedang dilakukan oleh pelakon Jasmine Suraya atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 33, yang berkongsikan tentang usahanya mengikuti kelas agama Islam dalam mencari pegangan hidup yang sebenar. 

Menurut pelakon yang membintangi drama Villa Kristal ini, rasa keterujaannya yang ingin mendalami agama Islam telah membawa dirinya menghadiri ke kelas agama. Air matanya juga turut mengalir saat pertama kali dijemput menghadiri kelas agama Islam sekitar Ogos lalu.

Usaha Mencari Pegangan Hidup, Airmata JASMINE SURAYA Mengalir Saat Mendalami Islam

Tambahnya, airmatanya mengalir kerana tidak berasa dihakimi biarpun dirinya sedang dalam proses mengenali Islam. Hatinya juga berasa tenang dan puas kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama rakan-rakan yang lain.

Oleh kerana itu, dia memberi ruang kepada dirinya untuk perlahan-lahan belajar dan benar-benar memahami Islam.

Usaha Mencari Pegangan Hidup, Airmata JASMINE SURAYA Mengalir Saat Mendalami Islam

Usaha Mencari Pegangan Hidup, Airmata JASMINE SURAYA Mengalir Saat Mendalami Islam

“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’,” katanya.

IKLAN

Usahanya tidak hanya bernokhtah di situ sahaja. Jasmine turut menyertai grup Telegram milik Neelofa untuk memahami lebih mendalam mengenai Islam. Malah, Neelofa juga turut menjemput Jasmine ke kelas agama anjurannya.

Menurut Neelofa, dia berasa teruja dan tersentuh hati apabila Jasmine berminat untuk mengikuti kelas agama bersama-samanya. Malah, kata Neelofa, Jasmine merupakan orang terakhir yang meninggalkan majlis ketika itu.

“Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya.

Usaha Mencari Pegangan Hidup, Airmata JASMINE SURAYA Mengalir Saat Mendalami Islam

IKLAN

Terdahulu Jasmine meraih perhatian ramai apabila terbabit dalam majlis ilmu anjuran Neelofa, pada Ogos lalu. Dia yang memakai pelitup muka untuk tidak dikenali, duduk di bahagian belakang hanya untuk mendengar majlis ilmu tersebut.

Ditanyakan mengenai status kepercayaan agamanya, Jasmine lebih selesa untuk merahsiakannya buat masa ini kerana ia bersifat peribadi.

“Saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak dan ia bersifat peribadi,” katanya.

Sumber: Mstar & Harian Metro

Sumber gambar: Instagram Jasmine Suraya

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI