
Kate Middleton kini kembali sihat selepas menjalani rawatan kansernya. Kate kini aktif melakukan aktiviti seperti biasa menemani suaminya, Putera William menghadiri pelbagai acara.

Terbaharu, Kate Middleton menghadiri garden party di Istana Buckingham setelah tidak menghadiri acara itu selama dua tahun.
William dan Kate turut diiringi Putera Edward dan Sophie, Duchess of Edinburgh, serta Duke dan Duchess of Gloucester.
BACA JUGA: Kekal Menawan & Sihat Pada Usia 41, Pakar Diet Diraja Dedah Rahsia KATE MIDDLETON
Penampilan Tarik Perhatian
Penampilan Kate sememangnya sering mencuri perhatian. Kate memilih pakaian rona cerah bersesuaian dengan tema acara.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini tampil dengan pakaian dan aksesori yang pernah dipakainya sebelum ini.
Calon ratu ini mengenakaan penampilan yang sama ketika menghadiri acara Thanksgiving Jun 2022 bagi menghormati Jubli Platinum Ratu Elizabeth dan 70 tahun bersejarahnya di atas takhta.
Anting-anting pula adalah yang dipakainya ketika majlis perkahwinannya dahulu. Berikut adalah enam gaya Kate Middleton di acara garden party tersebut.
Kate Middleton menyarungkan gaun kuning cerah Emilia Wickstead yang pernah dipakainya pada 2022.
Kate melengkapkan gayanya dengan topi fascinator daripada Philip Treacy, digabungkan dengan aksesori bunga di belakang topi. Rambutnya diikat ke belakang dan disanggul.
Puteri Wales ini tampil berkilauan dengan anting-anting berlian Robinson Pelham yang pernah dipakainya semasa berkahwin dengan Putera William pada April 2011.
Anting-anting Robinson Pelham adalah hadiah istimewa daripada ibu bapanya, Carole dan Michael Middleton. Ia menampilkan butiran daun oak dengan berlian berbentuk pir serta biji berlian yang tergantung di tengah.
Kate melengkapkan penampilannya dengan kasut tumit stiletto dan nude clutchh yang sangat kontra dengan pakaiannya.
Wajah Kate dirias dengan solekan minimalis, hanya pemerah pipi merah jambu di;ayangkan berserta gincu nude. Manakala solekan matanya dirias lebih gelap.