Kecantikan

Usia 29 Tahun, Kejelitaan Puteri Terengganu YAM Tengku Nadhirah Zahrah Makin Menyerlah

Bakal mencecah usia 29 tahun, kejelitaan anakanda puteri Sultan Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin makin menyerlah.

Seorang yang lembut dan pemalu, Tengku Nadhirah Zahrah merupakan graduan University for the Creative Arts, United Kingdom serta mencintai aktiviti menyelam.

Perihal kejelitaan Puteri Terengganu tersebar luas ke serata negeri. Wajah wanita Melayu asli, beradab sopan dan halus budi pekerti. Apatah lagi apabila memakai adi busana songket asli Terengganu rekaan pereka diraja, Datuk Radzuan Radziwill.

Terpegun menatap potret rasmi terkini Tengku Nadhirah Zahrah di Istana Syarqiyyah baru-baru ini. Tambah langsing dan berseri-seri, puteri kesayangan rakyat Terengganu ini anggun mengenakan busana baju kurung moden songket berwarna biru diraja.

Instagram @tgputerinadhirah
Instagram @tgputerinadhirah
Instagram @tgputerinadhirah

Fabrik songket rekaan jenama warisan Songket Diraja Terengganu itu ditatah dengan sulaman benang emas yang cukup terperinci di bahagian lengan serta hujung kain.

Turut mengenakan aksesori diraja seperti rantai berlian, selempang dan darjah kebesaran, penampilan Tengku Nadhirah Zahrah meraih pujian rakyat jelata.

Makin terserlah kejelitaan puteri Terengganu ini ketika berangkat ke Majlis Malam Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin. Persis ayahanda dan bonda tercinta, kecantikan wajah Tengku Nadhirah Zahrah memancarkan aura seorang puteri yang tiada tolok tandingan.

Kecantikan puteri Terengganu ini diserlahkan lagi dengan sentuhan magis jurusolek diraja, Datin Saidatulnisa Aminuddin. Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia menata rias wajah meletakkan nama wanita hebat ini dalam kelas tersendiri.

“Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.

Saya mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu. Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya,” kongsi Datin Saidatulnisa.

TIP SOLEKAN DATIN SAIDATULNISA

– Sebelum menyolek, baca selawat ke atas junjungan Nabi SAW
– Pegang prinsip less is more
– Kekalkan solekan yang evergreen

Instagram @tgputerinadhirah
Instagram @saidatulnisaaminuddin
Instagram @saidatulnisaaminuddin
Instagram @saidatulnisaaminuddin

Bakal mencecah usia 29 tahun, kejelitaan anakanda puteri Sultan Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin makin menyerlah.

KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996.

Pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zaharah, DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Terengganu Tengku Muhammad Mu’az dan YAM Tengku Puteri Daulath Tengku Fatimatuz Zahra’.

Bonda Tengku Nadhirah Zahrah, KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, merupakan penaung bagi Yayasan Tuanku Nur Zahirah iaitu sebuah yayasan berasaskan kebajikan yang ditubuhkan pada 19 Jun 2007 untuk menolong masyarakat yang berpendapatan rendah, terutamanya kaum wanita.

Baginda juga banyak terlibat dengan aktiviti kemanusiaan iaitu sebagai penaung dalam organisasi, persatuan dan institusi pengajian di Terengganu.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/kecantikan-yb-young-syefura-jadi-perhatian-ahli-parlimen-jelita-kesayangan-warga-bentong/

Share
Published by
Norzalina