Meniti usia 49 tahun kejelitaan Erra Fazira tetap terserlah dan tidak memudar. Disifatkan seorang wanita yang mesra, humble dan berfikiran positif, tidak hairanlah primadona ini sentiasa tampil menawan.
Apatah lagi, Erra mengamalkan gaya hidup sihat dengan pelbagai rutin senaman dan pengambilan diet seimbang.
Selain aktif membintangi bidang lakonan hingga ke hari ini, bakat Erra dalam dunia nyanyian turut masih bersinar.
Dalam usia menghampiri 50 tahun, kemampuan vokal bekas Ratu Cantik Malaysia ini mendapat pujian ramai apabila dia berjaya berpadu suara dengan legenda rock tanah air di Konsert Romantika Awie di Sabah pada Ogos tahun lepas.
Kredit Instagram @errafaziraKredit Instagram @errafaziraKredit Instagram @errafazira
Tanggal 9 Februari lepas, Erra genap berumur 49 tahun. Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan serta usia yang makin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
Bahkan aktres filem Maria Mariana ini gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Ads
Baru-baru ini, Erra berkongsi video bersama Aleesya ketika keluar menonton tayangan filem Barbie.
Kredit Instagram @errafaziraKredit Instagram @errafaziraKredit Instagram @errafazira
“Hari ni mom patut ada sesi usrah tau. Tapi mom lupa dah janji dengan anakanda nak layan Barbie. Terpaksalah mom korbankan sesi mom. Maka ke cinema lah kami.
Ads
Mom dok komplen sebab nak ber’pink’ bagai. Rupanya memang yang menonton movie ni majoriti pakai pink. And guess who we bumped into..?!
It’s @kupu_kupu n @qasander s family. Semua pun pakai pink. Pheww lega. Anyway, kepada yang jarang dengar Aleesya potpet haaa sekarang dah dengar kan? Dia kalau potpet mom pun kalah.”
Sejak beberapa tahun lepas, kelibat Erra Fazira sering kelihatan menghadiri banyak majlis ilmu. Setiap kali rakan-rakan artis mengadakan sesi usrah di kediaman mereka, pasti jelitawan ini hadir untuk mendalami ilmu agama.
Ads
Kredit Instagram @errafaziraKredit Instagram @errafaziraKredit Instagram @errafazira
Malah, ada ketika dia turut membawa anak tersayang ke majlis seumpama itu.
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias Nona Oktober 2018, dia yang merupakan wanita berdikari dan berstatus ibu tunggal tak mahu menjadikan ia halangan mengejar impian.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah.
Kredit Instagram @errafaziraKredit Instagram @errafazira
Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengambilan cuka epal atau apple cider vinegar sememangnya memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Dengan cara yang betul, ia mampu memberi kesan yang positif, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.
Cuka epal diperbuat daripada cider (jus perahan untuk cuka) dan mempunyai rasa masam kerana asid asetik dan asid malik. Pada zaman dahulu, pahlawan Samurai Jepun dikatakan meminum cuka epal untuk meningkatkan kekuatan dan imunisasi mereka.
Antara khasiat terbaik cuka epal adalah menurunkan berat badan dan mengekalkan tahap gula darah. Jadi cukup dengan mencampurkan sesudu cuka epal dengan kira-kira 250ml air untuk mendapatkan khasiatnya.
Mengambil hikmah berpuasa iaitu menahan lapar dan dahaga, waktu ini juga sesuai untuk mengimbangi semula kesihatan dalaman perut dengan cuka epal. Namun, elakkan tiga kesilapan ini ya!
(1) Kuantiti
Ketika berpuasa, tubuh badan lazimnya tinggi stres. Ini akan meningkatkan histamin, seterusnya asid perut dan keradangan bagi mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Jadi, elakkan mengambil cuka epal dalam kuantiti banyak. Memadai 2-3 titik, dan naikkan kuantitinya sedikit demi sedikit. Bukan terus satu sudu ya!
(2) Masa Pengambilan
Bimbang rasa kurang senang selepas mengambil cuka epal? Nah, mungkin anda salah masa pengambilannya. Sebaik-baik waktu adalah selepas makan, pagi atau selepas bersahur. Bancuh dulu dengan air sejuk dan madu.
(3) Cuka Dalam Botol Plastik
Sebenarnya botol plastik akan cepat rosak apabila terkena asid asetik di dalam cuka. Bahan yang rosak ini bukan sahaja menjejaskan hormon, malah meningkatkan histamin dan asid perut. Sebab itu kena beli cuka epal dalam botol kaca!
Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor dulu sebelum memulakan diet berasaskan cuka epal. Walaupun ia merupakan makanan semula jadi, tapi reaksi setiap badan tu berbeza! Selamat mencuba.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tabassum Fatima Hashmi atau nama seninya, Tabu sudah berkecimpung dalam dunia perfileman Bollywood sejak era 80-an.
Sehingga kini, wajah jelita Tabu masih lagi mewarnai filem-filem terkenal.
Melihat kepada penampilan dan pesona wajahnya, Tabu yang kini mencecah usia 52 tahun tidak banyak berubah. Awet muda!
Memetik laporan India Today, Tabu turut membintangi filem yang di ‘remake’ daripada blockbuster Tamil berjudul Kaithi (2019). Filem ini diberi nama Bholaa yang akan ditayangkan pada 30 Mac 2023.
Ternyata, kehadirannya dalam filem terbaharu ini membuktikan bakat Tabu masih ‘berbisa’ dalam dunia lakonan.
Berbicara mengenai karier seni dan kehidupan peribadi, Nona kongsikan 11 fakta menarik mengenai Tabu.
Dilahirkan pada 4 November 1970 dan merupakan anak kepada pelakon, Jamal Hashmi.
Memulakan debutnya menerusi filem Hum Naujawan (1985). Pertama kali Tabu memegang watak utama ialah dalam filem Telugu Coolie No. 1 (1991).
Merupakan bekas pelajar St Ann’s Scholl dan St Xavier’s College.
Biarpun Tabu kini berusia 52 tahun namun wajahnya kekal jelita dan awet muda.
Sebelum ini Tabu dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan Sanjay Kapoor.
Mempunyai penampilan yang ‘sempurna’di samping karier yang cemerlang.
Hobinya mengumpul minyak wangi, menulis puisi dan membaca buku.
Telah membintangi 52 buah filem antaranya Life of Pi (2012), Drishyam (2015), Jawaani Jaaneman (2020), dan Bhool Bhulaiyaa (2022).
Menerima pelbagai pengiktirafan termasuk anugerah filem Nasional untuk Pelakon Terbaik 2003, dan Anugerah Skrin untuk Jodi No.1 pada 2015.
Bersahabat baik dengan ramai selebriti Bollywood tersohor seperti Ajay Devgan, Anil Kapoor, Shilpa Shetty, Karen Johar, Salman Khan dan ramai lagi.
Membintangi filem Bholaa yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2023 ini.
Kredit Foto: Instagram @tabutiful
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang Sultanah Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Setiap kali terlihat kelibat baginda, mata bagaikan tertawan dengan pesona yang dimiliki. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan. Sering mengukir senyuman tatkala bertemu rakyat jelata, penampilan Sultanah Nur Zahirah yang gemar mengenakan persalinan tradisi seperti songket dan batik ternyata menarik perhatian ramai.
Paling mencuri tumpuan… gaya fesyen tudung Sultanah Nur Zahirah sejak Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13. Dari dulu hingga kini tetap sama. Pendek kata, gaya tudung jenis awning sudah begitu sinonim dengan penampilan Sultanah Nur Zahirah ketika bergelar Raja Permaisuri Agong lagi.
Di samping DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal AbidinSultanah Nur Zahirah bersama KDYMM Raja Permaisuri Agong
DYMM Sultanah Nur Zahirah ketika berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-17
Berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-17 pada 16 November lalu, Sultanah Nur Zahirah yang lengkap menyarung persalinan jubah konvokesyen berwarna merah jambu turut memakai jenis tudung kegemaran baginda dalam rona senada.
Meskipun terdapat pelbagai jenis rekaan tudung di pasaran hari ini namun baginda tetap setia mengenakan tudung awning. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi negara, bersantai mahupun sebaliknya. Mungkin pemakaian hijab ini lebih mudah dan praktikal selain sesuai dengan bentuk muka Sultanah Nur Zahirah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996.
Pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sumber: Instagram Terengganu Royal Family & Royal Terengganu Songket
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.