Dalam seminggu dua ini sibuk sungguh orang memperkatakan tentang skandal wang haram dengan cara penipuan. Macau scam yang berlaku sejak lama dahulu kini sudah terbongkar dengan penglibatan sepasang suami isteri yang sedang hangat diperkatakan.
Tetapi bukan itu yang ingin diceritakan. Tersentuh dengan pertolongan yang disampaikan penceramah terkenal Malaysia, Ustaz Ebit Lew, beliau masih lagi giat menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah serta membantu golongan yang memerlukan.
Baru-baru ini, isu pelajar-pelajar universiti yang terkandas kerana isu penularan Covid 19 yang semakin serius. Kerajaan membuat keputusan pelajar-pelajar kolej dan universiti menyambung pengajian secara online, dan tidak perlu berada di kelas secara fizikal.
https://www.instagram.com/p/CF4eoa_l_hV/
Ads
Tulis Ustaz Ebit di laman Instagram beliau:
“Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online. Ramai juga yang baru daftar. Kasihan dengar. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Ramai pelajar DM saya mohon bantuan. Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI.
Ramai lagi InsyaAllah saya akan aturkan dari UiTM, UTHM, UPSI dan banyak lagi. Iyalah keadaan semasa negara, Covid 19 meningkat. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti…”- Ebit Lew
Ads
Paling seronok apabila membaca posting-posting di laman Instagram Ustaz Ebit mengenai hubungan kekeluargaan. Bersesuaian dengan program Keluarga Sunnah, video beliau bersama isteri dan anak-anak juga sering diselitkan dengan doa-doa dan tips dalam rumahtangga. Inilah kebahagiaan pemilik ElewsMart ini.
Sepanjang 3 bulan berjuang mengekang penularan wabak COVID-19, seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi pengorbanan para petugas barisan hadapan. Kita umpama sebuah keluarga besar yang cekal dan sabar mengharungi saat sukar ini bersama-sama.
Sehinggalah 10 Jun 2020 telah menjadi detik ‘keramat’ yang dinanti-nanti oleh semua apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula. Kes baharu kian menurun, lebih banyak kelonggaran diberikan oleh kerajaan.
Salah seorang petugas barisan hadapan, Dr Nurul Huda Mohd Zainol atau Dr Huda pernah berkongsi pengalaman meruntun jiwa ketika menjaga pesakit COVID-19 di awal penularan wabak ini (baca artikel sebelumnya, KLIK SINI).
Dua hari lalu, Dr Huda kembali berkongsi coretan ringkas di akaun Facebook miliknya, Huda Ninol II. Walaupun tempoh 3 bulan itu sangat menduga namun jauh di sudut hatinya berasa sebak ketika terkenangkan memori suka duka sepanjang berada di wad pesakit COVID-19.
SEBAK
“When this over, you surely will be missing all those good memories in fighting COVID-19 with nation. Sejarah terlakar. Sekarang ada satu cerita lagi untuk anak cucu selain cerita darurat di Mesir.
Berjuang selama 3 bulan, Perdana Menteri mengumumkan kini masuk fasa pemulihan. Sedikit sebanyak rasa sebak di hati. Jumlah pesakit juga makin berkurang.
Aktiviti harian rakyat berjalan semula. Tipulah kalau kata kami tidak takut kalau ada kenaikan kes. Tetapi kami tetap akan sedia membantu. Kerana itulah janji kami dari sekolah perubatan lagi.
Terima kasih warga Malaysia dan seisinya. Sesungguhnya tempoh PKP adalah sangat mencabar. Begitu ramai dihentikan kerja, hilang punca pendapatan dan banyak lagi. Tetapi ketahuilah keadaan Malaysia hari ini tidak akan berlaku tanpa kerjasama semua.
BANGGA BERGELAR DOKTOR Hari pertama bila tahu kena join team COVID-19, minta Mak potongkan rambut sependeknya. Sungguh, itulah pertama kali aku berambut pendek sebab hendak mudah pakai PPE. Pakar dan juga ahli perubatan lain turut memotong rambut. Demi perjuangan baru ini!
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan bergelar seorang doktor. Doakan semua kakitangan kesihatan yang ada di sini mendapat kebaikan dalam kerjaya. Moga Allah SWT merahmati semua jasa doktor yang memerah keringat siang dan malam menjaga pesakit.
Kepuasan itu yang menyebabkan ada daya dalam kehidupan ini. PadaNya ku bersujud menjadikan hati ini ikhlas seikhlasnya bekerja.”
Terima kasih dan tahniah buat para petugas barisan hadapan atas komitmen yang diberikan demi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
Apa pun kita terus budayakan kehidupan baharu dalam kehidupan seharian seperti menjaga kebersihan dan penjarakan sosial dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Semoga wabak ini beransur hilang seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. Tanggungjawab mengawal penularan wabak COVID-19 kini terletak di bahu kita semua.
Kredit: Facebook Huda Ninol II
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi pop terkenal Dua Lipa kini secara rasmi memegang tiga kewarganegaraan.
Pada 1 Ogos 2025, Dua Lipa bergelar warganegara Kosovo melengkapkan status kewarganegaraannya dengan UK dan Albania.
Pemberian kerakyatan Kosovo menjadi detik paling bermakna dalam kehidupan selebriti berusia 30 tahun ini.
Malah, Presiden Kosovo iaitu Vjosa Osmani secara peribadi membentangkan dokumen kewarganegaraan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan besar Dua Lipa.
Ianya mengiktiraf pengaruh dan peranan Dua Lipa dalam mempromosikan imej positif negaranya di persada global.
Keputusan ini bukan sahaja menambah senarai pencapaiannya tetapi juga mengukuhkan ikatan emosi dengan tanah air nenek moyangnya.
Dua Lipa sendiri meluahkan betapa bermakna status kerakyatan itu terhadap dirinya dan keluarga.
Dua Lipa dilahirkan di London pada 1995, secara automatik memegang kerakyatan British. Ibu bapanya, Anesa dan Dukagjin Lipa adalah etnik Albania dari Kosovo yang berpindah ke UK pada 1990-an.
Pada November 2022, Dua Lipa turut diberikan kewarganegaraan Albania oleh Presiden Albania Bajram Begaj. Penghormatan ini diberikan sebagai mengiktiraf peranan penting beliau dalam menyebarkan kemasyhuran antarabangsa Albania melalui muzik.
Presiden Begaj menyatakan Lipa telah membawa kebanggaan besar kepada Albania dan rakyatnya di seluruh dunia.
Terbaharu, pada 1 Ogos 2025 Dua Lipa menjadi warganegara Kosovo. Presiden Kosovo, Vjosa Osmani, memuji Lipa sebagai salah seorang tokoh budaya dan seni paling ikonik dalam sejarah negara mereka.
Kewarganegaraan ini juga menyerlahkan pengaruh penting Dua Lipa terhadap imej antarabangsa Kosovo.
Walau dilahirkan dan dibesarkan di London, Dua Lipa mempunyai akar yang mendalam di Kosovo. Ibu bapanya berasal dari Pristina, ibu kota Kosovo, dan terpaksa meninggalkan negara itu kerana ketidakstabilan politik di Balkan.
Hubungan ini dengan tanah air nenek moyangnya sentiasa menjadi sebahagian daripada identiti Dua Lipa.
Pada usia 11 tahun, Dua Lipa berpindah ke Pristina bersama keluarganya selepas Kosovo mencapai kemerdekaan pada 2008. Dia menghabiskan beberapa tahun di sana sebelum kembali ke London pada usia 15 tahun untuk meneruskan kerjaya muziknya.
Pengalaman ini membentuk pandangannya dan menguatkan lagi kecintaannya kepada Kosovo.
Dua Lipa secara konsisten menggunakan platform globalnya untuk mempromosikan budaya dan imej positif Kosovo. Bersama bapanya, dia mengasaskan Yayasan Sunny Hill pada 2016.
Yayasan ini bertujuan untuk mengumpul dana melalui konsert tahunan di Kosovo bagi membantu komuniti memerlukan. Dia juga mengasaskan Festival Sunny Hill pada 2018, festival muzik tahunan di Pristina.
Matlamat utama festival ini ialah untuk mengubah retorik tentang pendapat orang tentang Kosovo dan negerinya yang dilanda perang. Pada 2022, sebagai mengiktiraf dedikasinya, Dua Lipa dilantik sebagai Duta Kehormat Kosovo oleh Presiden Osmani. Ini menunjukkan sumbangan besarnya kepada negara.
Bagi Dua Lipa, kerakyatan Kosovo mempunyai makna mendalam. Dia menyatakan status tersebut melengkapkan dualiti yang sering dimiliki. Ia mencerminkan identitinya sebagai individu yang dibesarkan di England tetapi mempunyai warisan budaya Kosovo yang kuat.
Kewarganegaraan itu bukan sekadar formaliti bahkan pengiktirafan rasmi terhadap ikatan emosi dan sumbangan Dua Lipa. Ia mengukuhkan kedudukannya sebagai jambatan budaya antara Kosovo dan masyarakat antarabangsa. Melalui muzik dan aktiviti kebajikannya, dia berjaya membawa Kosovo ke pentas global.
Peranan Dua Lipa dalam mengubah persepsi dunia terhadap Kosovo adalah penting. Dia telah menunjukkan Kosovo adalah sebuah negara yang kaya dengan budaya dan potensi, bukan hanya wilayah yang dilanda konflik. Kehadirannya sebagai warganegara dan ikon global memberikan harapan dan inspirasi kepada generasi muda Kosovo.
Dengan kerakyatan ketiga ini, Dua Lipa lebih mantap dalam peranannya sebagai duta budaya. Dia terus memberi inspirasi kepada ramai orang dengan kerjaya dan dedikasinya kepada tanah air nenek moyangnya. Ini adalah bukti jelas bagaimana seorang artis boleh memberi impak positif yang luar biasa kepada negaranya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau suaminya, Shukri Yahaya merupakan bintang popular dan dikenali ramai, Tya Adnan enggan menumpang populariti suami untuk hidup senang. Sebaliknya, dia selesa berdikari di atas kaki sendiri untuk menjana pendapatan.
Bukanlah bererti Tya menidakkan wang daripada suami tercinta, sebaliknya dia menjadikan minat berniaga sebagai kerjaya. Dalam masa sama, dapat membantu suami menampung perbelanjaan keluarga.
Alhamdulillah, untung Shukri dikurniakan seorang isteri yang tidak hanya cantik tetapi juga pandai cari duit!
Gemar berkongsi rutin dan perkembangan bisnes di media sosial, Tya nyata bijak membahagikan masa di antara perniagaan dan keluarga. Biarpun sibuk menguruskan empayar niaga, tanggungjawab sebagai ibu dan isteri tetap menjadi keutamaan.
Difahamkan sebelum berkahwin dengan aktor kacak tersebut, Tya juga seorang pelakon. Wanita berusia 30 tahun ini pernah membintangi filem Karak, Ular dan Sunti. Pun begitu dia memilih meninggalkan dunia seni untuk memberi sepenuh perhatian kepada keluarga.
Tidak sekadar duduk di rumah, Tya ligat mengemudi perniagaan miliknya sendiri dengan sokongan suami tercinta. Dia kini merupakan pemilik perniagaan tudung jenama Si Gadis Tya dan produk kecantikan Glocerie.
Jenama Si Gadis Tya tidak hanya terhad dengan himpunan koleksi tudung shawl, bawal dan instant. Malah ia turut menawarkan seleksi kaftan, jubah dress dan sweatshirt.
Tya atau nama penuhnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan mendirikan rumah tangga bersama Shukri pada 20 November 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.